Semakan Keputusan UPUOnline Sesi Akademik 2025/2026

Semakan Keputusan UPUOnline Sesi Akademik 2025/2026
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Semakan Keputusan UPUOnline – Bagi lepasan SPM, STPM / Setaraf Sesi Akademik 2025/2026

[PEMAKLUMAN] Keputusan UPUOnline Sesi Akademik 2025/2026 boleh disemak secara atas talian melalui portal rasmi UPU.

Sila rujuk butiran di bawah untuk maklumat selanjutnya.

Semakan Keputusan Permohonan UPUOnline 2025/2026

HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN UPUONLINE® LEPASAN SPM, STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2025/2026

Keputusan permohonan boleh disemak mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam takwim, iaitu :

  • Lepasan SPM – Minggu ketiga Jun 2025
  • Lepasan STPM – Minggu pertama September 2025

Tarikh tepat semakan keputusan akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam masa terdekat.

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA MENDAPAT TAWARAN, TEMPOH SETUJU TERIMA TAWARAN: AKAN DIKEMASKINI

SEMAKAN MELALUI APLIKASI UPUPOCKET ATAU DIPAUTAN BERIKUT :

BACA JUGA: UPUOnline – Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM

    Tempoh Semakan Keputusan & Pendaftaran Kemasukan Sesi 2025/2026

    Sila rujuk tarikh-tarikh penting di bawah untuk mengetahui tempoh semakan keputusan UPUOnline Sesi Akademik 2025/2026:

    CALON LEPASAN SPM

    Tempoh setuju terima adalah selama 9 hari dan surat tawaran akan dikeluarkan 1 hari selepas hebahan rasmi.

    Tempoh rayuan akan diberikan selama 10 hari.

    Manakala pendaftaran pelajar baharu akan bermula pada tarikh berikut:

    • Pendaftaran pelajar baharu : Minggu ke-2 Julai 2025
    • Pendaftaran Pelajar Baharu (Rayuan) : Minggu pertama Ogos 2025

    Bagi pelajar yang memilih kursus yang mempunyai temuduga atau ujian, proses ini akan bermula April 2025 sehingga Mei 2025.

    CALON LEPASAN STPM

    Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), tarikh hebahan keputusan bagi pemohon lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM / Diploma / Setaraf akan bermula pada MINGGU PERTAMA SEPTEMBER 2025.

    Tempoh setuju terima adalah selama 9 hari dan surat tawaran akan dikeluarkan 1 hari selepas hebahan rasmi.

    Tempoh rayuan akan diberikan selama 10 hari.

    Manakala pendaftaran pelajar baharu akan bermula pada tarikh berikut:

    • Pendaftaran pelajar baharu : Minggu ke-4 September 2025
    • Pendaftaran Pelajar Baharu (Rayuan) : Minggu ke-2 Oktober 2025

    SEMAKAN JUGA BOLEH DILAKUKAKAN MELALUI APLIKASI UPUPOCKET. APLIKASI UPUPOCKET BOLEH DIMUAT TURUN DI GOOGLE PLAY, APPSTORE & APPGALLERY.

    Cara Semakan Keputusan Melalui UPUOnline

    1. Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.
    2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
    3. Log masuk seperti biasa.
    4. Semak keputusan rayuan yang tertera.
    5. Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan.

    Semakan UPUOnline Melalui Aplikasi UPU Pocket

    Selain membuat semakan UPU online melalui laman web, anda juga boleh menggunakan aplikasi UPU Pocket.

    Apa itu UPUPocket?

    UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

    keputusan rayuan upuonline

    Antara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:

    • memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
    • memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.
    • boleh mendapat informasi terkini tentang UPU.
    • terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.

    Aplikasi UPU Pocket ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store di SINI.

    BACA JUGA: UPUPocket: Aplikasi e-Panduan dan Permohonan UPU

    Maklumat Lanjut

    Sebarang pertanyaaan berkenaan UPUOnline® boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui:

    No tel : 03 – 8684 2363
    Emel : [email protected]
    Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
    UPUChat http://upu-chat.ml/UPUChat/

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

    Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
    Jabatan Pendidikan Tinggi,
    Kementerian Pengajian Tinggi
    Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut