Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru atau UPBMG merupakan satu ujian yang baru diperkenalkan pada tahu 2022 dimana ujian ini dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Sasaran utama bagi tahun 2022-2025 adalah calon yang terdiri daripada guru bukan opsyen Bahasa Melayu yang sedang mengajar subjek tersebut di sekolah.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang ujian ini.
Pengenalan
Ujian ini telah dicadangkan dalam Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 untuk semua guru bahasa Melayu (BM) yang bertujuan untuk menghasilkan guru bahasa Melayu yang kompeten dan profesional.
Calon UPBMG dipilih dalam kalangan guru yang mengajar Bahasa Melayu, sama ada guru opsyen atau guru bukan opsyen yang mana guru-guru ini adalah guru dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di bawah KPM.
Kumpulan Sasar
Berikut merupakan kumpulan sasaran bagi pelaksanaan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) yang bermula tahun 2022 ini:
- Guru opsyen dan bukan opsyen Tingkatan 6
- Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah menengah atas
- Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah menengah rendah
- Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah kebangsaan
- Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah jenis kebangsaan Cina
- Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah jenis kebangsaan Tamil
Untuk mengetahui adakah anda diwajibkan menduduki UPBMG 2024, sila masukkan no. kad pengenalan dan semak nama anda di sini : http://apps.mpm.edu.my/
Matlamat & Objektif Pelaksanaan Ujian
Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) diperkenalkan bagi mencapai matlamat dan objek berikut:
- Mengenal pasti tahap kecekapan berbahasa dalam kalangan guru Bahasa Melayu opsyen dan bukan opsyen.
- Meningkatkan profesionalisme guru Bahasa Melayu melalui kursus kecekapan berbahasa secara berfokus.
Artikel menarik: Rancangan Pengajaran Harian (RPH): Kandungan, Templat & Tips
Komponen Ujian UPBMG
Empat kemahiran yang diuji dalam Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) ialah:
- Kemahiran Mendengar
- Kemahiran Bertutur
- Kemahiran Membaca
- Kemahiran Menulis
Keempat-empat komponen kemahiran bahasa tersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam KSBM.
Format UPBMG
Keempat-empat kemahiran di atas akan diuuji dalam Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) berdasarkan format dan kaedah berikut:
1. Kemahiran Mendengar
- Mendengar maklumat daripada sesuatu idea yang kritis dalam pelbagai bahan yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
- Mendengar maklumat daripada sesuatu idea kritis dalam pelbagai bahan yang kompleks menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
- Mendengar maklumat daripada bahan pelbagai tema dan situasi yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
2. Kemahiran Bertutur
- Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam sesuatu situasi.
- Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam menyampaikan idea yang kreatif.
- Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam membuat penilaian secara kritis terhadap bahan pelbagai tema.
3. Kemahiran Membaca
- Membaca pelbagai bahan yang kompleks yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
- Membaca bahan yang kompleks daripada pelbagai tema yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
- Membaca bahan yang kompleks daripada pelbagai bidang yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
4. Kemahiran Menulis
- Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
- Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dan berstruktur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
- Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi olahan pemikiran kritis dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
Pendaftaran
Pendaftaran bagi tahun 2024 telah dibuka mulai 27 Mei 2024 hingga 26 Julai 2024.
Sila rujuk Arahan dan Panduan UPBMG melalui lampiran di bawah:
TARIKH PENTING UJIAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU GURU (UPBMG) TAHUN 2024
Bagi tahun 2024, Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengumumkan tarikh-tarikh penting seperti berikut:
- TARIKH UJIAN
- Ujian Membaca, Menulis dan Mendengar – 19 Oktober 2024
- Ujian Bertutur – 8.9.10 dan 14 Oktober 2024
- TARIKH PENDAFTARAN
- 27 Mei 2024 hingga 26 Julai 2024
- PAUTAN PENDAFTARAN – http://apps.mpm.edu.my/
- CALON UJIAN
- Tarikh tertakluk kepada pindaan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
- Guru yang terpilih untuk menduduki UPBMG 2024 ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
- Untuk menyemak nama anda, sila masuk ke Sistem Pendaftaran UPBMG di portal MPM https://www.mpm.edu.my atau terus ke pautan pantas http://apps.mpm.edu.my/
Semakan Keputusan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023 / 2024
Semakan Keputusan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru Tahun biasanya boleh dibuat pada bulan November setiap tahun.
Semakan boleh dibuat melalui langkah berikut :
- Semakan melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) : https://www.mpm.edu.my
- Laman Utama > Calon Peperiksaan > UPBMG > Semak Keputusan UPBMG
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian pembinaan dan Pengendalian Kompetensi di talian 03-612 61634 / 03-6012 617 45
ATAU
Sila e-mel pertanyaan anda ke [email protected]
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG), sila rujuk saluran berikut:
- Laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia : https://www.mpm.edu.my/
- Laman Facebook rasmi : Majlis Peperiksaan Malaysia