Rancangan Pengajaran Harian (RPH): Kandungan, Templat & Tips

Bagi guru-guru, anda pastinya maklum akan keperluan untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian atau RPH.

Walaupun penyediaan RPH atau Lesson Plan ini mungkin dianggap remeh oleh seseorang, kita tidak dapat menafikan kepentingan dokumen RPH ini dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam berjalan dengan sempurna seperti yang dirancang.

Apakah itu Rancangan Pengajaran Harian (RPH)?

RPH merupakan satu dokumen mengenai perancangan dan penerangan terperinci setiap guru tentang pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah yang disediakan sebelum proses pembelajaran di kelas.

Dokumen ini bertindak sebagai panduan (guideline) yang komprehensif tentang topik yang akan diajar agar selari dengan silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

RPH juga berfungsi memberi gambaran tentang bagaimana sesuatu topik atau sukatan pelajaran akan diajar.

Kepentingan RPH

Proses penyediaan RPH mungkin sedikit merumitkan bagi sesetengah guru tapi ianya memberi manfaat yang berikut:

  1. Menjadi bukti dokumen persediaan guru-guru sebelum mengajar 
  2. Membolehkan sesuatu kelemahan yang perlu diperbaiki dan boleh diusahakan untuk sesi PdP akan datang
  3. Memberi guru panduan yang terperinci untuk diikuti, jadi ia membantu mereka menjadi guru yang lebih baik
  4. Memastikan keseluruhan kelas anda berada di landasan yang betul mengikut silibus yang telah ditetapkan

Isi kandungan RPH

Sebagai panduan, berikut merupakan antara isi kandungan penting yang bolehh dimasukkan dalam dokumen Rancangan Pengajaran Harian (RPH) guru-guru:

  1. Objektif pembelajaran – Ia seharusnya perlu realistik dan boleh dicapai serta diukur pada akhir sesi PdP.
  2. Kandungan atau topik khusus – Isi kandungan termasuk topik khusus dan bagaimana ia berkaitan kembali dengan sukatan kurikulum kebangsaan adalah perkara kedua yang biasanya terdapat dalam RPH.
  3. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran – Rancangan yang terperinci, ini termasuk rutin yang dijangkakan, aktiviti yang akan dijalankan serta soalan dan jawapan kepada penilaian.
  4. Penilaian – Penilaian adalah pelbagai dan boleh berbentuk soalan aneka pilihan atau ujian formatif
  5. Tugasan – Komponen ini subjektif kerana rancangan tugasan juga boleh terkandung semasa PdP yang biasanya terdiri daripada soalan, latihan dan set latihan yang ditentukan oleh guru mengikut topik dan keperluan sukatan kurikulum.

Muat turun panduan menulis RPH

Untuk panduan RPH yang lebih komprehensif, sila muat turun Panduan Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang disediakan oleh pihak MARA di bawah ini:

Kredit: AnyFlip

Muat turun template RPH

Untuk permulaan, anda boleh menggunakan contoh templat Rancangan Pengajaran Harian dibawah sebagai rujukan dan panduan anda.

Kredit: Academia.edu

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!