Ujian Bertutur Bahasa Melayu: Format & Contoh Soalan

ujian bertutur bahasa melayu
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi murid yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), selain peperiksaan bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, salah satu ujian yang perlu diambil ialah Ujian Bertutur Bahasa Melayu.

Pelajar akan dinilai dan diberikan pemarkahan ujian ini sama ada:

  • Cemerlang
  • Kepujian
  • Baik
  • Penguasaan minimum
  • Tidak mencapai tahap minimum

Mengenai Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM

Ujian bertutur ini dijalankan bagi menilai tahap penguasaan bertutur Bahasa Melayu murid secara individu dan berkumpulan.

Selain itu, ujian ini juga diadakan untuk menguji kebolehan pelajar berkomunikasi dengan betul.

Keputusan ujian ini akan dipaparkan di dalam keputusan peperiksaan SPM yang bakal diperoleh oleh murid di seluruh Malaysia.

Pelaksanaan Ujian Bertutur Bahasa Melayu

Ujian ini akan melibatkan pentaksiran individu dan juga berkumpulan.

i) Individu

  • Calon diberi satu bahan rangsangan yang mengandungi gambar dan petikan untuk dibaca, diteliti dan difahami semasa berada di dalam bilik menunggu selama 3 minit diawasi oleh PENGAWAS BILIK MENUNGGU.
  • Kemudian, calon bergerak ke bilik ujian. Di bilik ujian, calon akan membaca secara mekanis (kuat) bahan rangsangan yang telah dibaca di bilik menunggu di hadapan 2 orang pentaksir.
  • Bacaan mekanis dinilai dari segi sebutan, intonasi dan nada.
  • Kemudian calon akan diuji dengan 4 soalan, iaitu 2 soalan berdasarkan bahan rangsangan dan 2 soalan KBAT yang berkaitan bahan rangsangan tersebut.
  • Calon akan diuji dalam tempoh masa 3 hingga 5 minit.
  • Selepas selesai ujian bertutur individu, calon dikehendaki menyerahkan bahan rangsangan kepada pentaksir sebelum bergerak ke bilik kuarantin untuk persediaan ujian bertutur kumpulan.

ii) Berkumpulan

  • Ahli kumpulan (3 – 5 orang mengikut angka giliran) masuk ke dalam bilik kuarantin untuk persediaan ujian bertutur kumpulan.
  • Pengawas calon akan memberikan soalan kepada calon untuk perbincangan selama 10 minit sebelum diuji di bilik ujian.
  • Setelah cukup masa 10 minit berbincang, calon akan bergerak ke bilik ujian untuk memulakan ujian bertutur kumpulan.
  • Setiap kumpulan diberi masa 12 hingga 15 minit untuk menyelesaikan ujian mereka.
  • Perbincangan kumpulan akan berlangsung dalam 2 pusingan. Pusingan pertama calon akan bertutur mengikut giliran masing-masing. Pusingan kedua calon bebas mengemukakan pendapat.

Kaedah Penskoran

Kaedah penskoran melibatkan kaedah analitik bagi individu dan kaedah holistik bagi berkumpulan.

Pemarkahan dibuat menerusi kriteria berikut:

  • Tatabahasa dan kosa kata
  • Sebutan, intonansi dan nada
  • Kefasihan dan kelancaran
  • Idea dan bermakna

Tips Menjawab Soalan

Tips menjawab soalan ini bagi individu atau berkumpulan adalah seperti berikut:

i) Individu

  • Semasa di bilik menungggu, baca dan fahami bahan yang diberikan. Jika bahan mengandungi gambar yang mempunyai maklumat, kebiasaannya ada soalan yang akan ditanya.
  • Semasa di bilik ujian, baca petikan secara kuat. Pastikan sebutan jelas (bahasa baku), berintonasi dan lancar.
  • Jawab semua soalan yang diberikan. Soalan i dan ii wajib berdasarkan bahan yang dibaca (sama ada dalam gambar atau petikan. Manakala soalan iii dan iv ialah soalan pendapat sendiri.
  • Pastikan jawapan dalam ayat Iengkap. Mulakan setiap jawapan dengan menyatakan sebahagian FRASA SOALAN yang ditanya. Gunakan penanda wacana yang sesuai.

ii) Berkumpulan

  • Semasa di bilik kuarantin, gunakan masa 10 minit yang diberi untuk membincangkan tema/tajuk yang diperoleh.
  • Kembangkan idea menggunakan teknik pengembangan isi/idea seperti menulis karangan.
  • Aktif dalam perbincangan kumpulan. JANGAN DIAM.
  • Semasa calon lain memberi pendapat, raikan pendapat mereka dengan mendengar/fokus kepada calon tersebut (boleh angguk sekali sekali menandakan anda turut serta mendengar pendapatnya).
  • Pastikan duduk secara tegap, jangan menunduk dan duduk secara sopan.
  • Setelah semua calon selesai memberikan pendapat dalam pusingan pertama, mana-mana calon boleh menambah idea/pendapat dalam pusingan kedua. Wujudkan sesi mencelah secara santun. Gunakan frasa-frasa sesuai sesuai semasa ingin mencelah (rujuk contoh yang diberikan).

Contoh Soalan

Contoh soalan bagi individu atau berkumpulan adalah seperti berikut:

i) Contoh soalan individu

ii) Contoh soalan berkumpulan

Info Lanjut

Info lanjut mengenai peperiksaan ini, sila layari laman web Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my/index.php.

Baca juga: UPBMG 2024 – Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut