Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM – Format, Contoh Soalan & Tips
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah salah satu penanda aras yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Salah satu komponen dalam SPM adalah Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (UBBI) atau English Speaking Test.
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris adalah bertujuan untuk mengukur kecekapan pelajar dalam berkomunikasi secara lisan. Ia bukan sahaja menilai kemampuan pelajar untuk bercakap dalam bahasa Inggeris, tetapi juga kefasihan, kejelasan sebutan, penguasaan tatabahasa, dan kosa kata.
Ujian ini dirangka untuk mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran masa depan dalam dunia pekerjaan dan pendidikan tinggi yang kompetitif.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai format, contoh soalan dan tips menjawab Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM.
BACA JUGA: Tarikh & Jadual SPM 2024 (Lembaga Peperiksaan Malaysia)
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (UBBI) SPM 2024/2025
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (UBBI) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah komponen ujian lisan yang bertujuan untuk mengukur kecekapan pelajar dalam berkomunikasi secara verbal dalam Bahasa Inggeris.
Ia dirangka berdasarkan piawaian Common European Framework of Reference for Languages (CEFR), yang memastikan pelajar mampu berkomunikasi dengan jelas, lancar, dan sesuai dengan konteks
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2024/2025 akan berlangsung dari 16 hingga 19 Disember 2024.
Komponen Ujian
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (UBBI) SPM terbahagi kepada tiga bahagian utama yang masing-masing menilai aspek berbeza dalam kemahiran komunikasi lisan pelajar, iaitu:
1. Temu Bual (Interview):
Bahagian ini bertujuan menilai kemampuan pelajar untuk menjawab soalan yang diajukan oleh pemeriksa. Ia biasanya melibatkan soalan berkaitan pengalaman peribadi, hobi, atau pandangan pelajar terhadap topik ringan.
Pemeriksa akan bertanya soalan berbentuk langsung, contohnya: “Can you tell me about your family?”, “What is your favorite activity and why?”
>> Kemahiran yang Dinilai:
- Kefasihan dan kelancaran bercakap.
- Kejelasan sebutan.
- Penggunaan kosa kata dan tatabahasa asas
>> Tips Menjawab: Pelajar dinasihatkan menjawab dengan yakin, menggunakan ayat lengkap, dan memberi penjelasan tambahan jika perlu.
2. Giliran Panjang Individu (Individual Long-Turn)
Bahagian ini memberi peluang kepada pelajar untuk bercakap secara berterusan mengenai satu topik yang diberikan. Pelajar akan diberikan masa beberapa saat (20 saat) untuk berfikir sebelum mula bercakap.
Pemeriksa akan memberikan satu topik spesifik. Pelajar perlu bercakap selama 1-2 minit tanpa gangguan. Contohnya: “Describe a memorable trip you have been on.”, “What are your ambitions after finishing school?”
>> Kemahiran yang Dinilai:
- Keupayaan menyampaikan idea secara tersusun.
- Kepelbagaian kosa kata dan struktur ayat.
- Keyakinan dan konsistensi dalam menyampaikan maklumat.
>> Tips Menjawab:
Pelajar perlu menggunakan struktur seperti:
- Pendahuluan: Menyatakan topik.
- Isi utama: Menyokong dengan contoh.
- Penutup: Merumuskan pandangan.
3. Perbincangan (Discussion)
Bahagian ini menguji keupayaan pelajar untuk bertindak balas secara spontan dalam perbualan. Pelajar perlu berbincang secara aktif dengan rakan atau pemeriksa tentang satu topik yang diberikan.
Perbincangan boleh melibatkan pandangan peribadi atau cadangan mengenai isu tertentu. Contohnya: “What are the advantages of recycling?”, “How has technology changed the way students learn?”
>> Kemahiran yang Dinilai:
- Keupayaan mendengar dan bertindak balas secara relevan.
- Penggunaan bahasa persuasif dan meyakinkan.
- Kerjasama dan penglibatan dalam perbincangan.
>> Tips Menjawab:
- Dengar dengan teliti dan fahami pandangan rakan.
- Berikan respon yang logik dan sopan.
- Sokong hujah dengan alasan dan contoh.
Penilaian dan Skor
Setiap komponen dinilai berdasarkan empat aspek utama:
- Kefasihan dan Kelancaran
- Sebutan
- Tatabahasa dan Kosa Kata
- Interaksi dan Keberkesanan Komunikasi
BACA JUGA: Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM : Format & Contoh Soalan
Format Ujian Bertutur Bahasa Inggeris
Ujian ini mempunyai tiga bahagian. Keseluruhan ujian ini mengambil masa kira-kira 11 hingga 13 minit dan bertujuan untuk menilai kemahiran berkomunikasi secara lisan dalam bahasa Inggeris.
Bahagian 1:
Pengenalan & Soalan Umum
Dalam bahagian ini, pemeriksa akan mengemukakan soalan-soalan ringkas tentang diri calon. Bahagian ini bertujuan untuk membiasakan calon dengan situasi ujian dan menilai kemahiran asas komunikasi.
Pemeriksa akan memperkenalkan diri dan memulakan perbualan ringan.
Soalan-soalan umum akan ditanya, seperti:
- “What is your name?”
- “Where do you live/come from?”
- “How do you come to school?”
Rutin Harian dan Minat
Seterusnya, pemeriksa akan menanyakan soalan tentang kehidupan seharian pelajar:
- “What do you normally do after you wake up?”
- “What do you usually do in the evening?”
- “How do you spend your school holiday?”
- “What subject do you like in school?”
- “What do you do to keep yourself fit?”
Bahagian 2:
Calon akan diberi satu topik dan diminta untuk bercakap tentangnya selama beberapa minit. Topik-topik ini biasanya berkaitan dengan pengalaman peribadi atau pendapat calon tentang sesuatu isu.
Contoh topik: “A good deed that you have experienced” atau “A memorable celebration in school”
Pelajar perlu menerangkan beberapa aspek seperti apa, bila, bagaimana, dan kesannya.
Bahagian 3:
Bahagian terakhir melibatkan perbincangan dengan pemeriksa atau calon lain tentang topik yang lebih kompleks. Ini menguji kemampuan calon untuk berinteraksi, memberi pendapat, dan mempertahankan idea calon dalam bahasa Inggeris. Calon perlu berbincang dan membuat keputusan.
Bahagian ini menguji kemampuan pelajar untuk memberi pendapat dan berhujah.
Topik Umum:
Contoh topik-topik yang mungkin dibincangkan:
- “How could tourism boards ensure cleanliness at tourist spots?”
- “Ways to raise mental awareness among students”
- “What are useful ways to save our wildlife?
Topik Isu Semasa dan Masa Depan:
Pelajar mungkin ditanya tentang isu-isu semasa atau rancangan masa depan:
- “How can students protect the environment?”
- “What are your future plans?”
- “What are options do students have after SPM?”
Rujuk video di bawah untuk panduan penuh:
Contoh Soalan
Berikut ialah contoh soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM mengikut bahagian:
Tips Menjawab Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM
Berikut adalah beberapa tips berkesan untuk menjawab soalan ujian bertutur Bahasa Inggeris dengan yakin dan cemerlang:
1. Fahami Format Ujian
- Kenali Bahagian Ujian: Temu bual, Giliran Panjang Individu, dan Perbincangan. Pastikan anda memahami bagaimana setiap komponen dijalankan dan jenis soalan yang mungkin diajukan.
- Berlatih dengan Rakan: Lakukan simulasi ujian mengikut format sebenar untuk membiasakan diri dengan situasi semasa ujian,
2. Bina Kosa Kata
- Kembangkan Perbendaharaan Kata: Hafal kata-kata yang sesuai dengan tema lazim seperti keluarga, pendidikan, alam sekitar, teknologi, dan hobi.
- Gunakan Sinonim dan Frasa Lain: Elakkan pengulangan perkataan yang sama untuk menambah variasi dalam jawapan anda. Contoh: Gunakan “delighted” atau “pleased” sebagai pengganti “happy.”
3. Kuasai Sebutan dan Intonasi
- Latihan Sebutan: Dengarkan bahan audio Bahasa Inggeris dan ulangi untuk memperbaiki kejelasan dan kelancaran.
- Gunakan Intonasi yang Sesuai: Tekankan pada perkataan penting untuk menambahkan penekanan pada jawapan anda.
4. Susun Jawapan Anda
Jawab secara berstruktur seperti berikut:
- Pendahuluan: Mulakan dengan memperkenalkan topik.
- Isi Utama: Berikan penjelasan atau pandangan dengan contoh.
- Penutup: Akhiri dengan rumusan atau pendapat anda.
Contoh dalam Giliran Panjang Individu: - Pendahuluan: “I would like to share about a recent holiday that left a big impact on me.”
- Isi utama: “We visited Langkawi, and I enjoyed the breathtaking beaches and rich culture. The highlight was exploring the mangroves.”
- Penutup: “Overall, it was an unforgettable experience that brought my family closer together.”
5. Berikan Jawapan yang Berkembang
Jangan memberi jawapan dengan jawapan yang pendek. Contohnya, jika ditanya, “What is your favorite food?”, jangan hanya menjawab “I like nasi lemak.”
Tambahkan butiran seperti: “I like nasi lemak because it is flavorful and represents Malaysian culture. I enjoy it with sambal and a boiled egg.”
6. Tingkatkan Keyakinan
- Latih Secara Konsisten: Amalkan bercakap dalam Bahasa Inggeris setiap hari untuk meningkatkan keyakinan.
- Jangan Takut Melakukan Kesilapan: Fokus pada komunikasi yang jelas, bukan kesempurnaan.
7. Dengar dan Respon dengan Tepat
- Perhatikan Soalan: Dengarkan dengan teliti sebelum menjawab untuk memastikan jawapan anda relevan.
- Gunakan Masa untuk Berfikir: Ambil masa sejenak untuk menyusun jawapan jika perlu. Anda boleh berkata, “Let me think about that for a moment.”
8. Gunakan Teknik Non-Verbal
- Isyarat Mata: Pandang pemeriksa untuk menunjukkan keyakinan.
- Gunakan Gerak Isyarat: Sokong jawapan anda dengan gerak tubuh yang sederhana tetapi meyakinkan.
Rujukan:
- Cikgu Wislah – Format of UBBI SPM
- Educator OmniTube
- Tiktok – englishwithsirazwan