Template Ucapan Innalillahiwainnailaihirojiun

template ucapan innalilahiwainnailaihirajiun
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Apabila kita mendengar berita tentang kematian, kita boleh menggunakan template ucapan Innalillahiwainnailaihirojiun bagi menyampaikan ucapan tersebut kepada umum.

Ini kerana mengucapkan perkataan tersebut dianjurkan di dalam Islam sama ada kita mendengar kematian atau ditimpa musibah mahupun bencana.

Definisi Innalillahiwainnailaihirojiun

Perkataan Innalillahiwainnailaihirojiun atau Istirja’ datangnya daripada ayat Al-Quran yang membawa maksud “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.

Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 155-156 iaitu:

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ﴿١٥٥﴾ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.

Kegunaan Ayat Innalillahiwainnailaihirojiun

Ayat ini boleh diungkapkan untuk:

  • Mendengar kematian.
  • Mendengar ditimpa musibah sama ada musibah tersebut kecil ataupun besar.
  • Mendapat musibah ataupun dugaan.

Hadis daripada Ummu Salamah R.A berkata bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

“مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللهُ: {إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ} [البقرة: 156]، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَخْلَفَ اللهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا”.

Maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah lalu ia membaca apa yang telah diperintahkan oleh Allah, “Innaa lillahi wainnaa ilaihi raaji’uun allahumma`jurnii fii mushiibati wa akhlif lii khairan minhaa (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Ya Allah, berilah kami pahala karena mushibah ini dan tukarlah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya).’ melainkan Allah menukar baginya dengan yang lebih baik”.

Hukum Melafazkannya

Imam al-Nawawi menyebut sunat melafazkannya kerana Rasulullah S.A.W disuruh melafazkannya dan ayat al-Quran juga menunjukkan hal yang sama begitu juga ijma’ muslimin.

Sumber: https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3922-al-kafi-1493-hukum-mengucapkan-lafaz-istirja

Template Ucapan Innalillahiwainnailaihirojiun

Template ucapan Innalillahiwainnailaihirojiun yang boleh digunakan disebabkan kematian adalah seperti di bawah:

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut