Hari Ibu 2024: Contoh Ucapan Hari Ibu & Hadis Berkenaan Ibu

Hari Ibu 2024: Contoh Ucapan Hari Ibu & Hadis Berkenaan Ibu

Di Malaysia, Hari Ibu disambut pada bulan Mei setiap tahun sebagai hari yang istimewa untuk menghargai kasih sayang dan pengorbanan yang diberikan oleh seorang ibu. 

Ibu adalah merupakan sosok yang tiada bandingannya, sentiasa bersedia memberikan segala yang terbaik untuk anak-anaknya tanpa mengharapkan balasan. 

Untuk merayakan Hari Ibu 2024 dengan penuh bermakna, di bawah dikongsikan beberapa contoh ucapan Hari Ibu yang dapat anda jadikan rujukan untuk mengungkapkan rasa terima kasih kepada ibu anda. 

BACA JUGA: Ikan Untuk Ibu Berpantang: 18 Jenis Ikan Berkhasiat Tinggi

Tarikh Hari Ibu 2024

Hari Ibu 2024: Contoh Ucapan Hari Ibu & Hadis Berkenaan Ibu

Sambutan Hari Ibu berbeza-beza pada setiap negara. Ada yang menyambutnya pada bulan Mac, Disember dan sebagainya. 

Hal ini kerana, sebahagian negara mengikuti tarikh rasmi Hari Ibu yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Ahad kedua bulan Mei, manakala sesetengah negara mempunyai cuti dan perayaan tradisional mereka sendiri yang kini juga disebut sebagai Hari Ibu.

Di Malaysia, pada tahun 2024 ini, Hari Ibu disambut pada 12 Mei 2024 bersamaan hari Ahad. 

20 Contoh Ucapan Hari Ibu

1. Terima kasih, ibu, kerana menjadi pelita dalam kegelapan, kekuatan dalam kelemahan, dan kasih sayang dalam setiap langkah hidupku. Selamat Hari Ibu!

2. Ibu, engkaulah pahlawanku yang sejati. Tiada kata yang dapat mengungkapkan betapa besar pengorbanan dan cinta yang engkau berikan. Terima kasih ibu dan Selamat Hari Ibu!

3. Hari Ibu bukan hanya tentang mengucapkan terima kasih, tetapi juga tentang menghargai setiap detik bersamamu. Semoga cinta dan kasih sayangmu sentiasa mengalir dalam hidupku. Selamat Hari Ibu, ibu tercinta!

4. Di setiap doa yang kupanjatkan, namamu selalu menjadi yang pertama. Terima kasih ibu kerana menjadi inspirasi dalam hidupku. Selamat Hari Ibu!

5. Ibu, dalam setiap langkah hidupku, engkaulah yang selalu bersamaku. Pengorbananmu tiada tara, dan kasih sayangmu tiada bertepi. Selamat Hari Ibu, ibu terhebat di dunia!

Hari Ibu 2024: Contoh Ucapan Hari Ibu & Hadis Berkenaan Ibu

6. Pada Hari Ibu ini, aku ingin menyampaikan rasa terima kasih yang tak terhingga kepada ibu. Engkau adalah teladan sempurna tentang kasih sayang dan pengorbanan. Selamat Hari Ibu!

7. Pengorbananmu tiada tara, kasih sayangmu tiada bertepi. Selamat Hari Ibu kepada wanita yang penuh kekuatan dan cinta!

8. Kasih sayang seorang ibu adalah ladang yang subur bagi cinta sejati. Terima kasih atas segala yang engkau lakukan. Selamat Hari Ibu!

9. Hari ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu, yang telah mengajariku arti sejati tentang cinta dan pengorbanan. Selamat Hari Ibu buat ibuku tercinta!

10. Ibu, engkau adalah contoh sejati tentang kekuatan dan ketabahan. Terima kasih untuk segala dukunganmu. Selamat Hari Ibu!

11. Pada Hari Ibu ini, aku ingin menyampaikan rasa terima kasihku yang tak terhingga kepada ibu, yang selalu menjadi benteng pertahanan dan pelindung dalam hidupku. Selamat Hari Ibu!

12. Ibu, dengan segala kelembutan dan kekuatanmu, engkaulah yang selalu memberikan sinar dalam kegelapan. Terima kasih atas cinta dan pengorbananmu. Selamat Hari Ibu!

13. Kepada ibu tercinta, terima kasih untuk segala hal lucu dan kenangan indah yang telah dilalui bersama. Selamat Hari Ibu, semoga ibu sentiasa penuh keceriaan dan tawa!

14. Ibu, dengan setiap tawamu, engkau mengisi hidupku dengan keceriaan. Terima kasih atas segala kebahagiaan yang engkau bawa. Selamat Hari Ibu!

15. Selamat Hari Ibu, bu. Sayang ibu dunia akhirat. Halalkan makan minum dan segala kasih sayang yang ibu berikan. Kami janji akan sentiasa berusaha bersunguh-sungguh dan ingat pesanan ibu sampai bila-bila. 

Hari Ibu 2024: Contoh Ucapan Hari Ibu & Hadis Berkenaan Ibu

16. Ibu, setiap detik tanpamu adalah sebuah kesedihan yang mendalam. Aku merindukanmu lebih dari kata-kata dapat ungkapkan. Selamat Hari Ibu di sana, semoga kau bahagia di sisi Tuhan. 

17. Ibu, tiap tahun yang berlalu hanya membuat rasa kehilangan ini semakin dalam. Terima kasih atas segala cinta dan kepedulianmu yang tak tergantikan. Selamat Hari Ibu di syurga. 

18. Ibu, tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa aku merindukanmu setiap hari. Terima kasih atas segala pengorbananmu. Selamat Hari Ibu. 

19. Ibu, kehilanganmu meninggalkan luka yang tak terubati dalam hatiku. Aku merindukanmu setiap hari. Selamat Hari Ibu, ibu. Along sayang ibu.

20. Kepada ibuku yang jauh di mata dekat di hati, selamat Hari Ibu. Tanpa ibu, siapalah kami. Semoga Allah berikan pahala yang berlimpah buat ibu atas setiap lelah dan pengorban ibu. Amin. 

BACA JUGA: Susu Ibu Tahan Berapa Lama? Ini Panduan Urus Yang Betul

Hadis Berkenaan Ibu

Sambil merayakan Hari Ibu, mari kita juga renungkan hadis-hadis yang menggariskan keutamaan dan jasa seorang ibu dalam Islam:

1. Keutamaan Berbakti Kepada Ibu

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah S.A.W. menjawab:

أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ

Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.

Riwayat Muslim (2548)

Berdasarkan penjelasan dalam laman sesawang Mufti WP, perkataan حُسْنِ الصُّحْبَةِ di dalam hadis di atas membawa maksud berbuat baik, berlemah lembut, merendahkan diri di hadapan mereka, mengasihi, memuliakan, serta mentaati mereka dalam hal-hal yang makruf. 

Ini dibuktikan dengan beberapa firman Allah S.W.T, antaranya:

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ

Maksudnya: Dan rendahkanlah kepada kedua ibubapa kamu sayap kehinaan (rendahkan diri kamu) disebabkan perasaan kasih sayang (kepada mereka).

Surah al-Isra’ (24)

2. Amal Baik Kepada Ibu Mendekatkan Diri Kepada Allah

Dari Ibnu Abbas RA, ada seorang lelaki datang menemuinya dan berkata, “Aku meminang seorang perempuan, tetapi ia menolakku. Lelaki lainnya meminangnya, lantas ia menerimanya dan menikah dengannya. Aku pun cemburu, lantas perempuan itu kubunuh. Akankah taubatku diterima?”

Ibnu Abbas balik bertanya, “Apakah ibumu masih hidup?” Ia menjawab, “Tidak,” Ibnu Abbas pun berkata kepadanya, “Bertaubatlah kepada Allah dan lakukanlah yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah.”

Atha’ bin Yasar yang menuturkan riwayat ini dari Ibnu Abbas pun datang kepadanya. Ia berkata, “Kenapa engkau bertanya apakah ibunya masih hidup?” Ibnu Abbas menjawab, “Kerana aku tidak tahu amal baik lain yang lebih mendekatkan orang kepada Allah selain berbakti kepada ibunya.”

(HR Bukhari)

3. Syurga Di Telapak Kaki Ibu

Diriwayatkan oleh Muʻawiyah bin Jahimah al-Salami, Rasulullah SAW bersabda;

أَنَّ جَاهِمَةَ جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَدْتُ أَنْ أَغْزُوَ، وَقَدْ جِئْتُ أَسْتَشِيْرُكَ. فَقَالَ: هَلْ لَكَ مِنْ أُمٍّ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: فَالْزَمْهَا، فَإِنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ رِجْلَيْهَا

Maksudnya: Bahwasanya Jahimah pernah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah SAW, aku ingin pergi jihad, dan sungguh aku datang kepadamu untuk meminta pendapatmu. Baginda bertanya: “Apakah engkau masih mempunyai ibu?” Dia menjawab: Ya, masih. Baginda bersabda: “Hendaklah engkau tetap berbakti kepadanya, maka sesungguhnya syurga itu di bawah kedua kakinya.”

(Riwayat al-Nasa’i)

4. Berbakti Kepada Ibu Bapa Lebih Utama

Abu `Amru Asy Syaibani berkata; telah mengkhabarkan kepada kami pemilik rumah ini, sambil menunjuk ke rumah Abdullah dia berkata; saya bertanya kepada Nabi SAW; “Amalan apakah yang paling dicintai Allah? 

Baginda bersabda: “Solat tepat pada waktunya.” Dia bertanya lagi; “Kemudian apa?” Bagindamenjawab: “Berbakti kepada kedua orang tua.” Dia bertanya; “Kemudian apa lagi?” Baginda menjawab: “Berjuang di jalan Allah.” 

(HR. Bukhari) 

5. Redha Allah bergantung Redha Ibu Bapa

Dari Abdullah bin Amr RA dari Nabi SAW, Baginda bersabda: “Redha Allah terdapat pada redha orang tua, dan murka Allah juga terdapat pada murkanya orang tua.” 

(HR. Tirmidzi) [No. 1899 Maktabatu Al Ma`arif Riyadh]

CONTOH UCAPAN HARI IBU

Ibu,
Ibu adalah cinta abadi,
Sebuah cinta yang luar biasa,
Seseorang yang sentiasa berada di sisi,
Dialah yang benar-benar peduli.
Segala pemberian yang aku berikan,
Tidak akan dapat setanding dengan kasih sayangmu,
Terima kasih telah membawaku ke dunia ini,
Dan selalu melihat yang terbaik dalam diriku,
Hari Ibu, doa terbaik untukmu,
Cinta dan doa dari kami hanya untukmu yang bergelar Ibu.

Kredit sumber asal : TV Alhijrah

CONTOH UCAPAN HARI IBU

Selamat Menyambut Hari Ibu buat semua insan yang yang bergelar Ibu.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Nisa’ ayat 36 yang bermaksud : “Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.”

Terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini. Hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalas segala jasa ibu kita semua.

Kredit sumber asal : JAKIM

Kelebihan Berbuat Baik Kepada Ibu Menerusi Nas Dari Al-Quran Dan Al-Sunnah – Mufti WP

Hari Ibu 2024: Contoh Ucapan Hari Ibu & Hadis Berkenaan Ibu

1. Diberikan Sifat yang Santun & Bahagia

Firman Allah S.W.T:

وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا

Maksudnya: Dan aku (Nabi Isa) berbuat baik kepada ibuku dan Allah tidak menjadikan aku ini bersikap keras dan derita.

Surah Maryam (32)

Huraian: Nabi Isa menjadi individu yang santun dan bahagia disebabkan ketaatan baginda kepada ibunya Maryam.

2. Memperoleh Kemustajaban Doa

Perbuatan berbuat baik dan mentaati ibu akan menjadikan seseorang itu memperoleh doa yang mustajab.

Sumber:

  1. AL-KAFI #1203 : MENGAPAKAH DIDAHULUKAN BERBUAT BAIK KEPADA IBU SEBANYAK TIGA KALI? – Mufti WP
  2. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 577: STATUS HADIS SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI PARA IBU – Mufti WP
Bantu kami share artikel ini: