Ubat Psoriasis Untuk Kepala dan Kulit Yang Boleh Didapati di Farmasi

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Hanya pesakit yang tahu betapa tidak selesanya kulit yang dilanda psoriasis. Mana tidaknya, ia menyebabkan kegatalan, kulit bersisik sehingga kemerahan.

Walaupun penyakit ini tidak boleh sembuh, namun ia tidak boleh berjangkit. 

Ia juga boleh dikawal dalam jangka masa panjang menerusi rawatan. 

Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Apa Itu Psoriasis?

Psoriasis merupakan keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit menjadi tebal lebih cepat daripada biasa.

Kawasan yang sering berlaku psoriasis seperti kaki, lutut, kulit kepala dan siku juga biasa menjadi merah, gatal dan bersisik. 

Terdapat beberapa jenis ubat psoriasis di pasaran yang anda boleh cuba bagi mengawal penyakit ini. 

Ayuh kita semak bersama-sama. 

Ubat Psoriasis Kulit Kepala

1. MG217 Psoriasis 3% Coal Tar

ubat psoriasis

Turut diiktiraf oleh National Psoriasis Foundation, syampu yang diformulasikan dengan 3% tar arang (coal tar) ini dikatakan mampu merawat kegatalan, keradangan, kemerahan serta kulit bersisik di bahagian kepala akibat psoriasis.

Berbanding kebanyakan syampu berubat yang mempunyai bau agak kuat, syampu MG217 Psoriasis ini juga mempunyai haruman herba yang segar.

Walau bagaimanapun, tar arang batu boleh menyebabkan kulit sensitif pada cahaya matahari. Oleh itu, anda perlulah gunakan pelindung seperti topi atau tudung bagi melindungi kulit kepala ketika keluar rumah.

2. Nizoral

ubat psoriasis

Syampu berasaskan 1% ketoconazole ini merupakan antara syampu berubat yang popular bagi mengawal masalah psoriasis di kepala.

Jenama Nizoral turut menjamin keberkesanan selepas penggunaan pertama dan selamat untuk rambut beruban dan rambut yang diwarnakan.

3. Neutrogena T/Gel Therapeutic Shampoo

ubat psoriasis

Mengandungi 1% coal tar, syampu dari jenama Neutrogena ini dikatakan mampu mengurangkan kegatalan kulit kepala selepas penggunaan pertama.

Pengguna turut mengesyorkan syampu ini bagi mengatasi masalah kulit kepala yang kering, gatal dan berkelemumur.

4. Selsun Blue

Selsun Blue merupakan jenama syampu kelemumur yang sangat popular di pasaran. Syampu yang mengandungi selenium sulfide dan menthol ini berfungsi untuk mengurangkan pembiakan kulat yang mengakibatkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala akibat psoriasis.

5. Ketazon

Merupakan satu lagi syampu dengan bahan aktif ketoconazole, ia berperanan untuk membunuh kulat yang mengakibatkan jangkitan.

Ketazon juga dilihat berkesan untuk merawat serta mencegah panau, keradangan kulit berminyak serta masalah kelemumur.

Ubat Sapu Psoriasis

1. Ubat Sapu Hydrocortisone

    Ubat sapu Hydrocort sesuai untuk psoriasis ringan dan kawasan sensitif seperti muka, leher, bawah lengan dan bahagian kemaluan.

    Disebabkan ia bersifat lebih ringan, kesannya mungkin lambat dan tidak sesuai untuk kes psoriasis yang lebih teruk.

      2. EgoPsoryl TA

      ubat psoriasis

      Berasaskan bahan aktif iaitu coal tar untuk membantu perlahankna pertumbuhan sel kulit baharu. Pada masa yang sama, ia juga mengandungi phenol untuk mencegah jangkitan pada kulit, mengurangkan kegatalan.

      Precipitated sulphur pula bertindak sebagai exfoliator untuk membuang sel kulit mati. Krim sapuan ini juga sesuai untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, namun tidak sesuai untuk ibu mengandung dan sedang menyusu.

      3. Melomet

      ubat psoriasis

      Mengandungi bahan aktif fometasone furoate, ia berfungsi sebagai krim antiradang dan menekan tindak balas imun yang menjadi punca pembentukan plak psoriasis.

      Melomet juga dianggap efektif dengan risiko kesan sampingan yang rendah berbanding krim gatal steroid.

      4. Beprosone

      Merupakan kortikosteroid topical yang kuat, Beprosone yang berasaskan bethamethasone dipropionate dilihat berkesan untuk mencegah psoriasis teruk atau tebal.

      Ia juga mampu mengurangkan pengelupasan dan penebalan kulit di kawasan yang bermasalah. Walau bagaimanapun, pesakit tidak digalakkan untuk menggunakan krim ini pada jangka masa panjang kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti penipisan kulit

      Kesimpulan

      Meskipun terdapat pelbagai pilihan ubat psoriasis yang boleh dicuba dan boleh dibeli tanpa preskripsi, namun kaedah yang terbaik adalah untuk berjumpa dengan doktor.

      Ini dapat membantu anda mengenalpasti masalah kulit yang anda alami serta kaedah rawatannya secara khusus.

      Mengikut kondisi psoriasis, doktor boleh mencadangkan beberapa ubat atau rawatan seperti :
      1. Krim yang berasaskan coal tar, kortison dan lain-lain jenis pelembap .
      2. Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine atau Calcipatriol
      3. Cahaya ultraviolet NBUVB dan fototerapi PUVA

      Pada masa yang sama, pesakit juga digalakkan untuk mengambil langkah-langkah kawalan seperti :

      • Gunakan produk pelembap kulit seperti sabun dan krim.
      • Jangan garu atau kikis sisik psoriasis kerana ia boleh membuatkan psoriasis semakin teruk
      • Amalkan pemakanan sihat dan kerap lakukan senaman.
      • Pilih pencuci badan dan muka yang ‘soap-free’, ‘pH balanced’ dan lembut pada kulit.

      Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menguruskan masalah psoriasis dengan lebih baik.

      Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, Dewan Kosmik, Healthline

      Baca Juga : Ubat Gatal Kulit : Jenis Ubat dan Krim Sapuan Serta Fungsinya

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut