Ubat Cacing Dewasa: Jenis, Cara Makan & Tanda Anda Perlu Rawatan

ubat cacing dewasa
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ubat cacing dewasa merupakan rawatan yang berkesan untuk membasmi pelbagai jenis cacing parasit dalam tubuh.

Namun, pengambilannya tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa nasihat doktor, terutamanya bagi wanita hamil, kerana sebahagian ubat cacing dewasa boleh menyebabkan kesan sampingan tertentu yang memudaratkan.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda beberapa jenis ubat cacing dewasa yang sesuai dan perlu untuk anda ambil.

Baca juga: Ubat Cacing Budak: Jenis dan Waktu Sesuai Untuk Diambil

Jangkitan Cacing pada Dewasa

ubat cacing dewasa
Cirit-birit, loya, kembung, keletihan dan penurunan berat badan antara simptom umum jangkitan cacing

1. Pengaruh Tabiat Pemakanan terhadap Jangkitan

    Jangkitan cacing dalam kalangan orang dewasa boleh disebabkan oleh pelbagai jenis parasit seperti cacing kerawit (hookworm), cacing benang (pinworm), cacing pita (tapeworm) dan cacing gelang (roundworm),

    Jangkitan ini biasanya berlaku apabila seseorang bersentuhan langsung dengan parasit atau secara tidak sedar mengambil makanan atau minuman yang tercemar dengan telur cacing.

    Individu yang tinggal atau bekerja di kawasan dengan tahap kebersihan rendah, atau yang sering berurusan dengan haiwan ternakan, juga tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk dijangkiti cacing.

    2. Pengaruh Tabiat Pemakanan terhadap Jangkitan

    Pemakanan yang tidak sihat turut menyumbang kepada risiko jangkitan cacing. Pengambilan makanan yang tidak dimasak sepenuhnya seperti daging mentah, ikan mentah, atau sayur-sayuran yang tidak dibasuh bersih boleh menjadi punca utama jangkitan.

    Selain itu, meminum air dari sumber yang tercemar atau tidak dirawat dengan sempurna boleh menyebabkan telur cacing memasuki sistem pencernaan dan membiak dalam tubuh manusia.

    3. Kurang Penjagaan Kebersihan Diri

    Amalan kebersihan yang tidak mencukupi turut mempercepatkan penularan jangkitan cacing. Antaranya ialah tidak mencuci tangan dengan sabun selepas ke tandas, sebelum makan atau selepas menyentuh haiwan peliharaan.

    Aktiviti harian seperti berjalan tanpas alas kaki di atas tanah yang tercemar atau menggunakan peralatan makan yang tidak bersih juga membuka ruang kepada telur cacing untuk memasuki tubuh.

    Kebersihan diri dan persekitaran adalah aspek penting dalam mencegah jangkitan parasit seperti ini.

    4. Gejala Jangkitan Cacing pada Orang Dewasa

    Tanda-tanda jangkitan cacing berbeza mengikut jenis cacing yang menjangkiti tubuh. Namun begitu, antara simptom yang lazim dialami termasuklah gangguan pencernaan seperti cirit-birit, loya, muntah, atau kembung perut.

    Ada juga yang mengalami hilang selera makan, penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, keletihan melampau atau masalah anemia.

    Sesetengah jangkitan mungkin tidak menunjukkan gejala yang ketara pada peringkat awal, namun boleh membawa kepada komplikasi kesihatan sekiranya tidak dirawat segera.

    5. Kepentingan Diagnosis dan Rawatan Awal

    Jika anda mengalami gejala yang disebutkan atau mempunyai sebab untuk mengesyaki jangkitan cacing, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.

    Rawatan yang sesuai seperti pengambilan ubat cacing dewasa yang disyorkan oleh pakar kesihatan boleh membantu membasmi parasit dalam tubuh secara efektif.

    Pengesanan awal bukan sahaja mempercepatkan proses penyembuhan, tetapi juga mencegah risiko penyebaran kepada ahli keluarga atau komuniti sekeliling.

    Jenis Ubat Cacing Dewasa

    ubat cacing dewasa
    Rawatan menggunakan ubat cacing yang bertindak membunuh atau melumpuhkan cacing dalam sistem usus

    Setiap jenis ubat cacing berfungsi dengan cara yang berbeza mengikut kelas parasit yang disasarkan. Ada ubat yang melumpuhkan cacing, menjadikannya tidak berdaya dan mudah dikeluarkan melalui najis.

    Ada juga yang menghalang cacing daripada menyerap glukosa, menyebabkan ia kebuluran lalu mati.

    Dalam kes lain, terdapat ubat yang membunuh cacing secara perlahan dan membenarkan tubuh menghancurkannya secara semula jadi melalui sistem pencernaan. Berikut adalah antara jenis ubat cacing dewasa:

    1. Niclosamide

    Niclosamide digunakan untuk merawat jangkitan cacing pita seperti broad tapeworm, fish tapeworm, dwarf tapeworm dan beef tapeworm.

    Ia bertindak secara khusus terhadap cacing pita dan tidak berkesan untuk jenis cacing lain seperti cacing benang atau cacing gelang.

    Ubat ini biasanya diambil dalam rawatan jangkitan usus yang disebabkan oleh pengambilan daging atau ikan yang mentah.

    2. Praziquantel

    Praziquantel ialah sejenis sebatian isoquinoline yang digunakan secara meluas untuk merawat schistosomiasis, iaitu sejenis penyakit yang disebabkan oleh cacing trematod (flatworms).

    Ubat ini bertindak dengan melumpuhkan otot cacing, menyebabkan ia mati dan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan. Ia sangat berkesan dalam rawatan penyakit parasit yang banyak berlaku di kawasan tropika.

    Ubat Cacing Dewasa #3. Albendazole

    Albendazole digunakan untuk pelbagai jenis jangkitan cacing termasuk cacing gelang, cacing pita dan cacing kerawit.

    Ia berfungsi dengan menghalang penyerapan gula (glukosa) oleh cacing, menyebabkan cacing kehilangan tenaga dan akhirnya mati.

    Ubat ini hanya boleh didapati melalui preskripsi doktor dan biasa digunakan dalam rawatan jangkitan yang lebih serius.

    4. Diethylcarbamazine

    Diethylcarbamazine digunakan untuk merawat penyakit parasit yang disebabkan oleh cacing Filarioidea, seperti filariasis limfatik, loiasis, dan tropical pulmonary eosinophilia.

    Ia berkesan membunuh larva dan cacing dewasa yang menyebabkan pembengkakan tisu dan sistem limfa.

    Ubat ini sering digunakan di kawasan yang mengalami penularan penyakit bawaan nyamuk yang tinggi.

    5. Mebendazole

    Mebendazole juga digunakan untuk merawat pelbagai jangkitan cacing seperti cacing gelang, cacing kerawit dan cacing benang.

    Seperti albendazole, ia menghalang cacing daripada menyerap glukosa, menyebabkan cacing kehilangan tenaga lalu mati.

    Ia boleh didapati dalam bentuk tablet kunyah dan hanya diberikan dengan preskripsi doktor.

    Ubat Cacing Dewasa #6. Tiabendazole

    Thiabendazole digunakan untuk merawat jangkitan threadworm, dan juga boleh digunakan untuk cacing benang, cacing kerawit, cacing cambuk, cacing gelang, serta trichinosis.

    Ia bertindak dengan mengganggu sistem saraf cacing, menyebabkan kematian cacing tersebut. Thiabendazole juga boleh digunakan dalam kes kombinasi jangkitan beberapa jenis cacing sekaligus.

    Bila Perlu Ambil Ubat Cacing Dewasa

    Pengambilan ubat cacing dewasa tidak seharusnya dilakukan hanya apabila gejala muncul, sebaliknya ia perlu dijadikan sebahagian daripada langkah pencegahan kesihatan, terutamanya jika anda berada dalam persekitaran berisiko tinggi.

    Jangkitan cacing (helminth) boleh berlaku tanpa disedari kerana sesetengah individu tidak menunjukkan simptom yang jelas, walaupun sudah dijangkiti.

    Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berumur lebih dua tahun, disarankan untuk mengambil ubat cacing secara berkala 2 hingga 3 kali setahun, iaitu setiap 4 hingga 6 bulan sekali.

    Pendekatan ini membantu mencegah pembiakan semula cacing dalam tubuh dan melindungi sistem pencernaan daripada kerosakan jangka panjang.

    Untuk kanak-kanak di bawah usia 2 tahun, sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan cacing, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu.

    Doktor akan menilai keadaan dan memberikan saranan rawatan yang sesuai, kerana tidak semua jenis ubat cacing selamat untuk golongan bayi.

    Secara umum, pengambilan ubat cacing digalakkan apabila anda:

    • Kerap mengalami gangguan pencernaan tanpa sebab jelas
    • Tinggal di kawasan kurang bersih atau berisiko tinggi
    • Mempunyai haiwan peliharaan yang tidak diberi ubat cacing secara berkala
    • Baru pulang dari kawasan endemik penyakit cacing
    • Menunjukkan gejala seperti keletihan melampau, penurunan berat badan, atau gatal di bahagian dubur

    Baca juga: Cacing Dalam Perut : Jenis, Gejala dan Rawatan

    Tips untuk Mencegah Jangkitan Cacing

    Boleh berlaku walaupun seseorang menjaga kebersihan, terutamanya jika terdedah kepada makanan atau air yang tercemar

    Amalan Yang Perlu Dilakukan

    • Cuci tangan dengan sabun sebelum makan, sebelum menyediakan makanan, selepas menggunakan tandas atau menyentuh tanah.
    • Minum air yang telah dimasak atau dibotolkan jika berada di kawasan berisiko tinggi (tiada sistem kumbahan moden).
    • Beri ubat cacing secara berkala kepada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
    • Buang najis haiwan peliharaan ke dalam tong sampah secepat mungkin.
    • Basuh buah dan sayur-sayuran yang ditanam di kebun dengan bersih sebelum dimakan.

    Amalan Yang Perlu Dielakkan

    • Jangan benarkan kanak-kanak bermain di kawasan yang banyak najis kucing atau anjing.
    • Jangan makan buah atau sayur mentah di kawasan berisiko tinggi tanpa membasuhnya terlebih dahulu.
    • Jangan berjalan tanpa alas kaki di kawasan yang tercemar atau berisiko.
    • Jangan makan daging khinzir, daging lembu atau ikan air tawar yang mentah atau tidak dimasak sempurna.

    Kesimpulan

    Kesimpulannya, ubat cacing dewasa memainkan peranan penting dalam merawat jangkitan cacing yang sering tidak disedari oleh ramai orang.

    Ia bertindak membunuh atau melumpuhkan cacing dalam badan, membantu mengembalikan kesihatan usus dan mencegah komplikasi seperti keletihan, kekurangan zat dan anemia.

    Namun, penggunaan ubat ini perlu dilakukan dengan berhati-hati, terutama bagi wanita hamil atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan tertentu.

    Penting untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan rawatan dan memilih jenis ubat yang sesuai dengan keadaan anda.

    Sumber:

    1. What You Need to Know About Parasitic Worms in Humans. Healthline
    2. Common Intestinal Parasitic Infection. Centre for Health Protection
    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut