Apakah ubat batuk untuk ibu mengandung yang sesuai untuk digunakan dengan selamat? Adakah bahaya pula seorang ibu mengandung menggunakan ubat batuk?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ubat batuk untuk ibu mengandung yang terbaik boleh anda pilih dan kesannya.
Baca juga:
Ibu hamil vs ubat batuk
Perkara penting bagi seorang ibu hamil adalah kesihatan. Justeru bila mana mereka sakit, ia pasti membuatkan setiap orang disekelilingnya susah hati.
Sebagai contoh masalah batuk. Semasa ibu hamil mengalami batuk, untuk merawatnya tidak semua ubat batuk yang selamat untuk digunakan semasa kehamilan.
Hal ini kerana, sesetengah ubat batuk mengandungi bahan aktif yang boleh mempengaruhi kehamilan.
Ubat batuk untuk ibu hamil yang selamat biasanya tidak mengandungi bahan aktif yang boleh mempengaruhi kehamilan.
Biasanya, setiap ibu hamil akan mendapatkan saranan daripada doktor sebelum mengambil sebarang ubat batuk, dan mengikuti dos yang disyorkan dengan teliti.
Jenama ubat batuk untuk ibu hamil
Terdapat beberapa jenama ubat batuk untuk ibu hamil di pasaran yang sesuai untuk anda gunakan. Berikut adalah beberapa saranannya:
1. Mucolix Elixir
Mucolix Elixir adalah antara jenis ubat batuk yang dikeluarkan oleh Xepa dan selamat digunakan oleh ibu hamil. Ia membantu meredakan batuk dan mengurangkan masalah lendir.
Kebanyakkan klinik atau hospital akan menggunakan ubat batuk ini untuk diberikan kepada ibu hamil.
2. African Sea Coconut Cough Mixture
African Sea Coconut Cough Mixture atau Ubat Batuk Kelapa Laut Afrika adalah jenama tradisional yang digunakan sejak dulu lagi.
Ia mengandungi banyak bahan semula jadi seperti minyak kelapa laut yang khasianya dapat membantu melegakan batuk.
3. Breacol
Breacol ialah ubat dari kategori ekspektoran yang mengandungi Guaifenesin sebagai bahan aktif untuk mencairkan kahak agar ia lebih senang dikeluarkan.
Ia digunakan untuk merawat dan melegakan gejala demam dan selesema yang melibatkan batuk berkahak.
Ubat batuk untuk ibu mengandung ini sesuai digunakan kerana sifatnya yang lembut.
4. Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak
Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak dari jenama Malaysia dan tergolong dalam perawatan tradisional.
Hal ini kerana ia mengandungi 14 jenis herba semula jadi termasuklah madu.
Ubat batuk berkesan untuk meredakan batuk dengan cepat dan tidak memberi kesan sampingan kepada ibu atau bayi dalma kandungan.
5. Rhinathiol
Rhinathiol berfungsi untuk membantuk mencairkan kahak. Ia berupaya memecahkan kahal dalam paru-paru sehingga memudahkan pernafasan seseorang.
Ubat batuk ini berguna kepada ibu mengandung khususnya yang mengalami kesukaran bernafas kerana kahak yang tebal.
6. Himalaya Koflet Lozeng
Himalaya Koflet Lozeng antara pilihan ubat batuk berbentuk lozeng yang mengandungi herba-herba selamat bagi mengurangkan masalah batuk dan melegakan kerongkong.
7. Semburan hidung
Semburan hidung ipratropium bromida sangat berkesan untuk melegakan hidung tersumbat. Anda boleh gunakan dalam 3 – 4 kali sehari.
Jenis ubat batuk yang perlu dielakkan
Menurut Dr. Imelda Balchin, pakar Obstetrik dan Ginekologi, ubat batuk Prospan dan lozenge Difflam adalah dua produk yang perlu dielakkan bagi wanita hamil.
- Ubat batuk Prospan
- Lozenge Difflam
Pengeluar kedua-dua ubat batuk dan lozenge teleh membuat kenyataan, belum ada kajian perubatan yang membuktikan ia selamat di ambil oleh ibu hamil atau ibu yang menyusukan bayi.
Bahkan untuk pengetahuan anda, kedua-dua ini sebenarnya tidak boleh menyembuhkan jangkitan virus.
Ia hanya boleh melegakan simptom batuk dan sakit tekak dan tidak boleh mencepatkan kesembuhan.
Apa yang sebenarnya menyembuhkan anda ialah sistem imun badan anda, tetapi anda mesti memberi masa untuk badan sembuh sendiri.
Tips ambil ubat semasa sedang hamil
Berikut adalah beberapa tips apabila anda ingin mengambil ubat batuk untuk hamil:
- Ambil dos yang disyorkan doktor sahaja dan jangan sesekali ambil lebih daripada sukatan yang sepatutnya.
- Baca label dan semak maklumat ubat batuk.
- Tanya doktor mengenai berapa lama ubat tersebut selamat untuk dimakan.
- Jangan berhenti makan ubat yang telah diberikan doktor tanpa berbincang dulu dengan doktor.
Alternatif lain selain ubat batuk
Terdapat pelbagai ubat batuk semulajadi yang boleh membantu melegakan batuk dan meredakan simptom yang dirasai. Antaranya adalah seperti berikut:
- Madu asli
- Teh herba (chamomile, peppermint, dan licorice)
- Terapi wap air panas
- Ubat batuk lozenge
- Bawang putih
- Kunyit
- Cuka epal
- Kumur dengan air garam
- Minum air suam
- Halia
Bila perlu jumpa doktor?
Sekiranya batuk atau selsema tersebut disertai dengan demam, anda perlu segera berjumpa dengan doktor.
Selain itu, ibu hamil yang mengalami masalah batuk lebih daripada sepuluh hari dan keadaanya semakn teruk, anda juga perlu segera dapatkan rawatan di hospital.
Dapatkan perbincangan dengan doktor tentang sebarang kemungkinan penyebab lain yang memerlukan rawatan.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ubat batuk untuk ibu mengandung dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
Sumber:
- Petua Hilangkan Batuk Secara Semulajadi Dengan Bahan Terbaik. My Sihat
- What Can I Take for a Cough While Pregnant? Coughs & Pregnancy. Medicine Net
- What Medicines Can I Take While Pregnant? Healthline