TVET Instructor EProfiling System (singkatannya TiPS) atau Sistem Profil Pengajar Kemahiran Malaysia merupakan sebuah aplikasi dalam talian yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bersama-sama Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) untuk golongan pengajar dan penuntut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Pelancaran aplikasi TiPS telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST pada 19 Ogos 2020 yang lalu.
Pengenalan
TVET Instructor EProfiling System (TiPS) merupakan sebuah sistem yang digunakan untuk mengenalpasti tahap kompetensi tenaga Pengajar TVET dengan kaedah yang sistematik supaya perancangan dan pelaksanaan latihan yang tepat dan berstruktur dikenalpassti dan dilaksanakan.
Antara fungsi TiPS adalah:
- Pangkalan data profil
- Pengurusan pembangunan pengajar
- Pengukur tahap kompetensi
Pengguna TiPS
Pendaftaran TVET Instructor EProfiling System (TiPS) terbuka kepada
- Semua pengajar TVET
- Personel yang dilantik untuk mengurus sistem eProfiling
Artikel berkaitan: Program Asasi TVET 2023 – Syarat, Lokasi & Permohonan
Kelebihan Sistem TiPS
- Penilaian Berasaskan CUDBAS
- Penilaian dan analisa yang sistematik
- Capaian yang pantas dan luas
- Sokongan pelbagai peranti/skrin
- Keputusan dan hasil yang segera
- Right Trainer, Right Training & Right Time
Pendaftaran TiPS
Terlebih dahulu anda perlu melengkapkan pendaftaran akaun sebelum boleh menggunakan segala fungsi yang terdapat dalam sistem TVET Instructor EProfiling System (TiPS):
- Layari laman https://www.ciast.gov.my/profiling/
- Klik pada “Pendaftaran” di bahagian menu
- Klik pada butang “Daftar Sekarang”
- Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik butang “Periksa”
- Lengkapkan semua maklumat yang diminta dan klik butang “Daftar”
- Buka emel yang digunakan untuk pendaftaran dan klik pada pautan yang dihantar untuk mengesahhkan pendaftaran akaun anda
Kemudian, anda perlu menghubungsi Admin Institut (AI) untuk mengaktifkan akaun eProfiling anda.
Carian Admin Institut boleh dilakukan di halaman https://eprofiling.ciast.gov.my/index.php/site/admin-list
Log Masuk TiPS
Selepas anda melengkapkan pendaftaran, anda boleh teru log masuk ke akaun anda dengan mengikuti langkah berikut:
- Layari laman https://www.ciast.gov.my/profiling/
- Klik pada “Log Masuk” di bahagian menu
- Masukkan kata nama dan kata laluan
Prosedur penggunaan TiPS
Pendaftaran Pengajar
- Pengajar mendaftar dalam TiPS
- Admin institut mengaktifkan akaun
- Pengajar mengesahkan emell dan log masuk menggunakan katalaluan sementara
Kemaskini Maklumat Personel
- Pengajar mengemaskini maklumat personel, perjawatan, kelulusan, bidang kompetensi, penglibatan, anugerah dan tukar katalaluan
- Admin institus mengesahkan maklumat personal pengajar
Penilaian Komptensi
- Admin Institut (AI) menngemaskini maklumat bidang di institut
- Pengajar menambah bidang kompetensi
- Pengajar melengkapkan penilaian kompetensiPenyelia menilai kompetensi pengajar di bawah seliaan
Laporan Kompetensi
- Laporan peta abiliti pengajar diperolehi
- Laporan analisan kompetensi pengajar dapat dijana
Perancangan Latihan
- Institut dapat merancang dan merekabentuk latihan kepada pengajar berdasarkan analisa kompetensi TiPS
Pelaksanaan Latihan Menggunaan Platform TiPS
- Latihan/Kursus kepada pengajar (Reskilling, Upskilling, Sijil Profesional)
- Latihan Sangkutan Indusstri (LSI)
- Perkongsi Kepakaran Industri (PKI)
- Coaching & Mentoring & Latihan Kendiri
Pengajar melengkapkan penilaian Kompetensi selepsas hadir kursus
- Kompetensi pengajar selepas hadir latihan/kursus dapat diperolehi
Pentaksiran Pengajar
- Pentaksiran pengajar dapat dilaksanakan berdasarkan laporan kompetensi dan latihan yang dihadiri melalui platform TiPS
Pertanyaan dan maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai sistem TVET Instructor EProfiling System (TiPS) ini, sila hubungi pegawai yang bertugas seperti yang tertera di bawah ini:
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
Jalan Petani 19/1,
Seksyen 19,
40900 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5543 8200
Faks: 03-5543 8359