Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang 2022

tunas usahawan zakat pulau pinang
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PROGRAM TUNAS USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG (TUZPP)

Perhatian kepada Usahawan-Usahawan di negeri Pulau Pinang

Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama SME CORP Malaysia akan menganjurkan Program TUZPP yang bertujuan mengubah paradigma usahawan dan menambah baik taraf hidup golongan asnaf.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman bersama.

Apakah Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP)?

Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) adalah sebuah program kerjasama oleh SME Corp dengan Zakat Pulau Pinang.

Program ini akan dibangunkan melalui perkongsian maklumat, latihan pembangunan modal insan, pengurusan kewangan, pembiayaan khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan melalui TUZPP bagi membolehkan mereka menjana pendapatan jangka panjang.

Syarat Kelayakan

Permohonan TERBUKA kepada mereka yang memenuhi kriteria serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan bermula 28 Januari sehingga 4 Februari 2022.

Berikut adalah syarat-syarat penuh:

  1. Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
  2. Berumur 18 hingga 46 tahun (pada tarikh tutup permohonan)
  3. Mempunyai lesen perniagaan SSM (Sekurang-kurangnya telah berdaftar 6 bulan).
  4. Tidak hamil / dalam tempoh berpantang.
  5. Sihat tubuh badan serta bebas alahan serius.
  6. Tidak pernah menjalani pembedahan / mengalami patah tulang.
  7. Tiada rekod jenayah / bankrap / dalam tindakan mahkamah.
  8. Hanya salah seorang sahaja daripada pertalian satu keluarga layak memohon.
  9. Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta
  10. Tidak pernah menyertai program ini sebelumnya.
tunas usahawan zakat pulau pinang

Baca juga:

Cara Permohonan

Mohon melalui pautan Google Form: https://bit.ly/3hqcmQU atau imbas QR Code dalam poster di atas.

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut klik https://wa.me/601128724558
Bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut