Tun Mahathir – Biodata, Sumbangan & Gelaran

tun mahathir
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh serta merupakan salah seorang pemimpin atau tokoh yang terkemuka di Malaysia.

Ketika era pemerintahannya, beliau telah memberikan banyak sumbangan kepada negara khususnya terhadap dasar dan pembangunan negara.

Beliau merupakan Perdana Menteri yang paling lama mentadbir negara iaitu selama 22 tahun bermula 1981 sehingga 2003 dan 1 tahun 10 bulan mulai 2018-2020.

Latar Belakang

NamaMahathir bin Mohamad
Tarikh Lahir20 Disember 1925
Tempat LahirLorong Kilang Ais Seberang Perak, Alor Setar Kedah
PendidikanIjazah Sarjana Muda, King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura
PekerjaanDoktor, Perdana Menteri ke-4 dan ke-7

Kehidupan Peribadi

Ketika Tun Mahathir memasuki Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura beliau telah bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah, juga seorang pelajar perubatan.

Pada tahun 1956, mereka telah berkahwin dalam satu majlis di Jalan Imbi di Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan tujuh orang anak, iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura, dan Mazhar.

Kerjaya Politik & Profesional

Pada kariernya, pada tahun 1983, Tun Mahathir membuat housemanship di Hospital Besar, Pulau Pinang dan di antara tahun 1954 hingga 1956.

Beliau menjadi Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Star dan kemudiannya di Pulau Langkawi.

Pada tahun 1957, beliau telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan dan membuka klinik MAHA yang merupakan klinik yang pertama yang diusahakan oleh seorang anak Melayu di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar.

Beliau juga telah berkecimpung di dalam arena politik sejak usia yang muda sehingga kini dan beliau mempunyai banyak pengalaman di dalam kerajaan dan politik.

Kerajaan

  • 1974: Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Razak
  • 1976 : Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan
  • 1978: Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Industri
  • 1981 : Perdana Menteri Malaysia (ke-4)
  • 1981-1986 : Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan
  • 1986 : Perdana Menteri (penggal kedua) dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
  • 1987: Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Keadilan
  • 1990: Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Keadilan
  • 1995: Perdana Menteri (penggal keempat) dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
  • 1998 : Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Kewangan Pertama
  • 2003: Letak jawatan Perdana Menteri
  • 2018: Dilantik Perdana Menteri setelah PRU-14
  • 2020: Letak jawatan Perdana Menteri

Politik

  • 1946: Menyertai UMNO
  • 1965: Dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO
  • 1969: Dipecat daripada UMNO
  • 1972: Masuk semula UMNO
  • 1978: Dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO
  • 1981: Dilantik sebagai Presiden UMNO
  • 2003: Meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO
  • 2016: Keluar daripada UMNO
  • 2017: Mengasaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai Pengerusi
  • 2020: Dipecat daripada BERSATU
  • 2020: Menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG)
  • 2023: Keluar daripada PEJUANG

Sumbangan Tun Mahathir

Tun Mahathir telah melakukan banyak perubahan dan sumbangan di dalam pentadbiran negara.

Semenjak awal pelantikan, beliau telah menyeragamkan sistem dan cara bekerja dengan mengadakan sistem kad perakam waktu, pengenalan tag nama, sistem simpanan fail, urusan surat menyurat dan pos, panduan dan penyelarasan dalam segala urusan pejabat.

Beliau juga telah memperkenalkan slogan di dalam pentadbiran awam negara di antaranya Kepimpinan melalui Tauladan, Dasar Pandang ke Timur dan Penerapan Nilai-Nilai Islam di dalam pentadbiran.

Melalui usaha ini, telah banyak perubahan telah dilaksanakan seperti etika kerja yang baik, penerapan nilai-nilai murni yang positif, rajin, efektif serta efisyen dan lain-lain.

Beliau juga telah melancarkan usaha memerangi Rasuah dengan slogan “Bersih, Cekap dan Amanah” kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan.

Di zaman pentadbiran beliau, masalah ekonomi dunia telah dilanda kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara seluruh dunia terutama negara-negara Asia seperti Thailand, Filipina dan Indonesia.

Malah, beliau juga telah berjaya menyelesaikan masalah ini dengan menambat mata wang ringgit Malaysia kepada Dollar Amerika.

Badan Kewangan Dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) telah mengkritik tindakan beliau namun ia terbukti berjaya apabila Malaysia merupakan satu-satunya negara yang terlepas dari belenggu kegawatan dan pelbagai syarat yang ditetapkan oleh mereka.

Gelaran Tun Mahathir

Beliau telah diberikan gelaran sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia” sebagai pengiktirafan beliau sebagai negarawan ulung yang membawa Malaysia ke mercu kejayaan sehingga mendapat penghormatan negara-negara asing.

Ketika era pemerintahan beliau, Malaysia muncul sebagai pusat pelaburan baru di Asia Tenggara menjadi alternatif kepada pelabur-pelabur asing selepas Singapura.

Selain itu, Malaysia dikenali kerana kejayaan projek-projek mega yang diilhamkan oleh dengan Tun Mahathir antaranya Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Tower), Menara KL (KL Tower), Jambatan Pulau Pinang, Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton), Perusahaan Otomobil Kedua Negara (Perodua) Litar Formula One Litar Sepang,  pembangunan Putrajaya dan mengalihkan pusat pentadbiran negara daripada ibunegara Kuala Lumpur ke Putrajaya.

Sumber: https://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/tun-dr-mahathir-mohamad/biografi/.

Baca juga: Tun Abdullah Ahmad Badawi – Biodata, Pencapaian & Sumbangan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut