Orang ramai kini boleh tukar Lesen P ke Lesen Penuh dengan hanya menerusi aplikasi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu MyJPJ.
Pengenalan fungsi baharu tersebut bertujuan untuk memudahkan orang ramai membuat permohonan Lesen Memandu Kompeten (CDL) atau Lesen Penuh secara dalam talian, tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.
Fungsi ini boleh diakses oleh para pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL) yang layak untuk membuat pertukaran kepada lesen CDL bermula 17 Februari 2025 (Isnin).
Mengenai MyJPJ
MyJPJ merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kegunaan orang awam membuat transaksi seperti berikut:
- Semakan berkaitan Pelesenan Kenderaan seperti nombor terkini dan tarikh tamat Lesen Kenderaan Motor(LKM).
- Semakan berkaitan Pelesenan Pemandu seperti tarikh tamat lesen memandu dan keputusan ujian memandu.
- Semakan berkaitan Saman JPJ seperti mata demerit, saman dan senarai hitam.
- Pautan ke aplikasi bidaan nombor kenderaan(JPJeBid) dan aplikasi nombor giliran (JPJeQ).
- Laporan aduan kesalahan trafik (eAduan@JPJ).
- Laporan LMM dan LKM secara digital di profil pengguna
- Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) – fungsi baharu pada masa depan yang akan dimaklumkan kelak
Kini, aplikasi ini turut menawarkan pertukaran Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL).
Permohonan Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Lesen PDL dan CDL
Pernah dengar PDL tak? Tentu jarang atau tak pernah dengar. Tapi jika sebut lesen P, semua orang akan tahu.
PDL ialah Probationary Driving licence. Nak kenal orang yang ada lesen P ni senang je. Mereka diwajibkan menampal pelekat P di kenderaan yang mereka pandu.
Macam mana boleh dapat lesen P ni? Bila seseorang itu dah lulus ujian memandu dengan JPJ. Maka dia layak mendapatkan lesen P. Tempoh lesen P ialah selama 2 tahun sebelum layak menerima CDL.
Apa pula CDL? Competent Driving Licence atau lesen memandu kompeten, ialah lesen penuh yang setelah tamat tempoh percubaan selama 2 tahun.
Kelayakan bagi permohonan CDL:
- Lesen memandu boleh dipohon bagi tempoh 1 hingga 5 tahun
- Memohon dalam tempoh 7 hari sebelum tamat tempoh percubaan
- Tempoh permohonan adalah satu (1) tahun dari tarikh tamat tempoh kuatkuasa PDL
- Pemilik tidak disenaraihitam
Kelebihan Tukar Lesen P Ke Lesen Penuh Melalui MyJPJ
Terdapat beberapa kelebihan penukaran lesen ini melalui MyJPJ iaitu:
- Mudah dan Cepat: Proses permohonan CDL menjadi lebih mudah dan cepat dengan hanya beberapa langkah di aplikasi MyJPJ.
- Jimat Masa: Pemohon tidak perlu lagi meluangkan masa untuk pergi ke kaunter JPJ.
- Fleksibel: Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
- Mesra Pengguna: Aplikasi MyJPJ direka dengan antara muka yang mesra pengguna, memudahkan semua golongan untuk menggunakan fungsi baharu ini.
Cara Permohonan Penukaran
Cara permohonan penukaran ini boleh dibuat adalah seperti berikut:
- Muat turun atau kemas kini aplikasi MyJPJ ke versi terkini.
- Muat turun android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info&hl=ms
- Muat turun Apple : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311
- Log masuk ke akaun MyJPJ.
- Pilih menu “Permohonan CDL”.
- Pilih “Tempoh Pembaharuan”.
- Pilih “Mod Bayaran” dan bayar fi permohonan secara dalam talian.
- Permohonan akan diproses dan pemohon akan menerima notifikasi status permohonan.
Cara Daftar MyJPJ
Jika anda masih belum menjadi pengguna aplikasi MyJPJ, anda boleh mendaftar mengikut langkah-langkah ini:
PAUTAN MUAT TURUN APLIKASI_MYJPJ
- Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
- Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311
RUJUK PANDUAN PENUH :
Setelah mendaftar, anda kini boleh membuat semakan cukai jalan dan lesen memandu secara digital di aplikasi MyJPJ.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai penukaran lesen P kepada Lesen Penuh ini, sila layari laman web JPJ iaitu https://www.jpj.gov.my/.
Baca juga: Cara Tukar Nama Pemilik Kenderaan Online JPJ