Touch ‘n Go Login: Daftar eWallet, Aktifkan Kad & Tambah Nilai Online

touch n go
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Cara Daftar Touch n Go (TNG eWallet), Login & Topup

Touch ‘n Go eWallet telah melancarkan fungsi DuitNow Transfer yang membolehkan penggunanya memindahkan wang mereka dari mana-mana akaun perbankan dalam talian secara terus ke e-dompet tersebut.

Selain memberikan fungsi dan fleksibiliti yang lebih besar kepada pengguna, ia mengembangkan Touch ‘n Go eWallet ke ruang perkhidmatan kewangan digital dengan lebih jauh.

DuitNow Transfer adalah fungsi pemindahan dana segera yang dimulakan dari akaun perbankan dalam talian dan juga eDompet yang mengambil bahagian. 

Ia dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet), rangkaian pembayaran nasional dan infrastruktur pusat bersama untuk pasaran kewangan Malaysia.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara login dan tambah nilai Touch n Go bagi yang baru mendaftar aplikasi ini.

Apakah Touch n Go eWallet?

Touch n Go (TNG) eWallet merupakan dompet elektronik (e-dompet) yang mengandungi wang elektronik (e-wang).

Perkhidmatan aplikasi mudah alih ini ditawarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD).

TNG eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua di Malaysia.

TNG eWallet menyediakan pelbagai perkhidmatan menarik yang memudahkan hidup anda.

  • Pindahan wang ke pengguna TNG eWallet yang lain
  • Tambah nilai prabayar telefon anda
  • Membayar bil utiliti dan pascabayar anda
  • Beli tiket wayang
  • Pembayaran kod QR di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
  • Pembayaran kod QR dinamik di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
  • Untuk membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect

Cara Daftar Touch n Go eWallet

Untuk mendaftar Touch ‘n Go eWallet, sila rujuk langkah di bawah:

  1. Muat turun aplikasi TNG eWallet sama ada melalui
  2. Hanya SATU ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU akaun TNG eWallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU nombor mudah alih yang unik.
  3. Isikan maklumat dan butiran diri anda dengan lengkap.
  4. Anda akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.
  5. Setelah berdaftar, anda kini boleh menggunakan TNG eWallet

Untuk lebih mudah, anda juga boleh merujuk video tutorial rasmi dari Touch ‘n Go di bawah ini:

Baca juga: Cara Daftar Netflix Malaysia, Harga Pelan Langganan & Pembatalan Akaun

Cara Tambah Nilai Kad Touch’n Go Secara Online

Tahukah anda, jika anda telah membuat pautan kad Touch ‘n Go dengan eWallet anda, bayaran tol dan parking di lokasi tertentu akan ditolak dari baki eWallet anda melalui fungsi Paydirect.

Ia merupakan sebuah alternatif untuk membantu pengguna tol menambah nilai dengan mudah.

Jom ketahui lebih lanjut tentang fungsi PayDirect TNG.

touch n go

APAKAH TOUCH’N GO PAYDIRECT?

  • Dengan PayDirect, anda boleh melalui tol dengan mudah, tanpa perlu menambah nilai kad Touch’n’ Go anda secara fizikal.
  • Anda hanya perlu memastikan bahawa eWallet anda mempunyai baki yang mencukupi – dan anda boleh menambah nilai bila-bila masa, di mana sahaja. Anda tidak perlu bimbang tentang baki yang tidak mencukupi dalam kad Touch’n Go anda di tol.
  • Anda boleh melihat baki dan rekod transaksi kad Touch ‘n Go anda sehingga 90 hari lepas.
  • Baki kad Touch’n Go dikemas kini setiap 48 jam.

CARA AKTIFKAN PAYDIRECT & TOPUP TOUCH ‘N GO ONLINE

Langkah 1: Lancarkan aplikasi Touch’n Go eWallet.

Langkah 2: Klik ikon PayDirect untuk tambah kad Touch’n Go (Jika anda belum tambah kad Touch ‘n Go ke dalam eWallet) Klik ikon PayDirect untuk menanda kotak persetujuan (Jika anda telah tambah kad Touch ‘n Go ke dalam eWallet)

Langkah 3: Tambah nilai  eWallet anda melalui kad kredit/debit, perbankan Internet FPX, atau dengan PIN Tambah Nilai TNG.

Langkah 4: Gunakan kad Touch’n Go anda seperti biasa di plaza tol di lebuh raya yang mengambil bahagian (imbas pada pembaca kad atau dengan SmartTAG)

Langkah 5: Kadar tol akan dipotong terus dari eWallet anda.

NOTA:

Pada masa ini, PayDirect hanya boleh didapati di semua sistem tol terbuka di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

Lihat senarai penuh lebuh raya yang mengambil bahagian dalam fungsi PayDirect di pautan berikut: https://www.tngdigital.com.my/paydirect

Cara Aktifkan DuitNow Transfer

Untuk mengaktifkan DuitNow Touch’n Go bagi urusan pemindahan wang, sila ikuti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Touch’n Go eWallet
  2. Tekan pada ikon ‘Profile’
  3. Klik ‘DuitNow’
  4. Pilih ‘Link eWallet with DuitNow’
  5. Tekan ‘Activate with TNG eWallet’
  6. Tandakan (/) pada kotak kecil setelah membaca terma dan syarat. Tekan butang ‘Setuju’.
  7. Masukkan nombor OTP yang akan diterima di telefon bimbit anda.
  8. Selesai. Anda akan menerima notifikasi pengaktifan DuitNow di aplikasi Touch’n Go anda.

Rujuk video di bawah untuk maklumat lanjut:

Baca juga: Cara Check No Astro (Semakan Nombor Akaun Astro Anda)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Touch n Go eWallet, sila layari https://support.tngdigital.com.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut