Cara Topup Maxis Hotlink Prepaid

Sekiranya anda pengguna Maxis Hotlink Prepaid, terdapat banyak cara atau kaedah untuk topup kredit anda.

Berbeza dengan plan postpaid, pengguna prepaid perlu memastikan akaun Hotlink mereka mempunyai kredit untuk menggunakan segala perkhidmatan yang disediakan seperti membuat panggilan, penghantaran khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya.

Nak topup Maxis Hotlink tidaklah sukar, berikut adalah beberapa cara yang boleh anda cuba:

1. Tunai

Paling mudah, pergi sahaja ke kios stesyen minyak, supermarket, rangkaian kedai runcit (tidak semua), 7-eleven dan ejen-ejen yang menjual kad kopup.

Kemudian, dial *111* dari telefon mudah alih anda dan masukkan 14 digit PIN yang diberikan oleh penjual dan diakhiri dengan #.

Pastikan anda menyimpan 14 digit PIN topup yang diberikan kepada anda dan tidak berkongsi di media sosial kerana ianya mungkin digunakan orang lain.

2. Maxis Pay

Anda juga boleh topup secara online melalui perkhidmatan Maxis Pay.

Dengan beberapa klik sahaja, anda boleh topup kredit Maxis Hotlink anda di mana sahaja.

Perkhidmatan Maxis Pay ini disediakan melalui aplikasi Hotlink yang boleh dimuat turun daripada pautan di bawah:

Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit, perbankan internet, GrabPay, Touch ‘N Go dan Boost.

Selain kemudahan topup, aplikasi Hotlink ini turut mempunyai beberapa lagi kemudahan lain untuk semua pengguna Hotlink.

3. Perbankan Internet

Ramai yang tidak tahu sesetengah bank turut menyediakan perkhidmatan topup kredit Hotlink melalui perkhidmatan perbankan internet mereka.

Maybank dan CIMB misalnya, menyediakan perkhidmatan ini yang membolehkan bayaran dibuat terus daripada akaun bank anda.

Maybank2u: Setelah log masuk akaun anda, pilih Pay & Transfer diikuti pilihan Reload untuk topup kredit Hotlink anda.

CIMB Clicks: Setelah log masuk, klik Prepaid Reload pada bahagian Menu.

4. Mesin ATM

Ramai yang tidak tahu bank-bank seperti Maybank, CIMB, BSN, Public Bank dan banyak lagi bank turut menyediakan perkhidmatan topup kredit prepaid Maxis Hotlink terus melalui mesin ATM mereka.

Jumlah kredit yang di tambah nilai pada Hotlink anda akan ditolak terus daripada akaun bank anda.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!