Tol Percuma Sempena Deepavali 2024 – Tarikh & Masa

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

KERAJAAN MADANI SETUJU TOL PERCUMA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI DEEPAVALI TAHUN 2024

Berita baik bagi semua rakyat Malaysia yang merancang nak balik kampung sempena cuti perayaan Hari Deepavali minggu ini, ada tol percuma tau!

Jom kami kongsikan tarikh, waktu dan cara nak dapatkan tol percuma ini.

Pengumuman Tol Percuma Sempena Hari Deepavali 2024

Kerajaan Madani telah bersetuju untuk memberikan tol percuma pada 29 dan 30 Oktober 2024 bagi membolehkan pengguna lebuhraya berbilang kaum terutamanya masyarakat India beragama Hindu menyambut perayaan Hari Deepavali 2024 dalam suasana gembira, harmoni dan saling hormat-menghormati.

Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di SEMUA lebuh raya pada ketetapan berikut:

  • Mula : 12.01 tengah malam, 29 Oktober 2024 (Selasa)
  • Berakhir : 11.59 malam, 30 Oktober 2024 (Rabu)
  • Pengecualian diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja di SEMUA plaza tol KECUALI plaza tol di sempadan negara iaitu :
    • Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
    • Tol Tanjung Kupang, Laluan Lebuhraya Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) Johor Darul Takzim

Kos pemberian tol percuma yang dianggarkan sebanyak RM388 juta akan ditanggung oleh Kerajaan dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.

Cadangan Waktu Perjalanan

Sudah bersedia untuk balik kampung?

Pastikan anda rancang perjalanan anda sempena cuti Deepavali ini dengan MyPLUS-TTA untuk perjalanan yang lebih selesa dan selamat. Anda boleh tengok kesesakan lebuhraya melalui : [LIVE] Semakan CCTV Trafik Di Highway PLUS

Hanya muat turun aplikasi PLUS hari ini untuk menggunakan fungsi MyPLUS-TTA dan semak keadaan trafik semasa di https://bit.ly/3MqOxrk

Anda juga boleh merancang perjalanan anda dengan menggunakan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Lebuhraya KL-Karak (KLK) & Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) sempena Perayaan Deepavali ini bagi menikmati perjalanan yang lebih selesa & lancar.

Selamat merancang perjalanan dan semoga anda tiba di destinasi dengan selamat.

Baca juga :

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut