Permohonan TNB Protege Ready To Work 2022

PROGRAM PROTEGE Ready To Work TNB FASA 7 2022

Pengambilan Terkini Protege TNB Ready For Work kini dibuka! Calon yang berminat boleh memohon sekarang.

  • Elaun latihan sehingga RM2000.
  • Peluang diserap bekerja secara tetap.
  • Kelayakan ijazah sarjana muda dan keutamaan diberikan kepada golongan B40 dan M40

Baca juga:

Apa itu PROTEGE TNB READY TO WORK?

Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) merupakan satu Unit di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Objektif utama PROTÉGÉ adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 melalui Teras 1: Membudayakan Keusahawanan Dalam Segenap Lapisan Masyarakat serta menyokong aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 melalui Teras 3 : Transformasi Modal Insan, PROTÉGÉ melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan menganggur dan terbuka kepada pelbagai bidang pengajian.

Antara instrumen penting di bawah PROTÉGÉ untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur mendapatkan peluang pekerjaan adalah melalui program PROTÉGÉ – Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW).

Program ini melibatkan latihan penempatan dan bimbingan bersama syarikat-syarikat yang mengambil bahagian bagi tempoh 12bulan termasuklah di stesen-stesen TNB / Anak Syarikat TNB seluruh Malaysia.

Struktur Latihan TNB Protege Ready To Work

Tempoh keseluruhan pelaksanaan PROTÉGÉ-RTW adalah 12 bulan yang terdiri dari 2 komponen latihan iaitu:
a) Soft-skills Training
b) On-the-Job Training

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik, Business Analytics, Pemasaran Antarabangsa, Psikologi, Undang-Undang dan lain- lain bidang, serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia.
  • SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
  • Had umur tidak melebihi 27 tahun.
  • Graduan ijazah dari dalam dan luar negara yang masih belum mendapat pekerjaan
  • Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).
  • Sanggup mengikuti latihan di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB atau Anak Syarikat TNB.
  • Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Keluarga Berpendapatan dalam kategori B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (seperti kekangan untuk menjaga ahli keluarga).
  • Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.

Faedah Penyertaan

  • Elaun Saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
  • Kelayakan Cuti Tahunan
  • Potongan PERKESO & EiS
  • Bayaran balik rawatan perubatan

Cara Permohonan TNB Protege Ready To Work

Untuk memohon, sila ke pautan berikut:

https://jobs.tnb.com.my/job/PROGRAM-PROT%C3%89G%C3%89-Ready-To-Work-TNB-FASA-7-2022/758237501/

Tarikh Tutup Permohonan TNB Protege Ready To Work

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Januari 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila layari https://jobs.tnb.com.my/job/PROGRAM-PROT%C3%89G%C3%89-Ready-To-Work-TNB-FASA-7-2022/758237501/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!