Advertisements

Tips Apply Loan Rumah Untuk Peniaga Kecil. Sediakan 5 Dokumen Ni!

Advertisements

TIPS APPLY LOAN & BELI RUMAH UNTUK PENIAGA KECIL

Selalunya kalau kita nak buat pinjaman bank, perlu ada slip gaji dan laporan kewangan.

Tapi jika anda bekerja sendiri atau berniaga kecil-kecilan, pendapatan ini juga boleh dipertimbangkan untuk membuat pinjaman.

Jadi, apa peniaga kena tahu dan kena ada sebelum boleh beli rumah melalui pinjaman bank?

Rujuk tips apply loan untuk beli rumah pertama bagi peniaga tanpa slip gaji :

1. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Tolong DAFTARKAN perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) segera dan pastikan sentiasa AKTIF.

Jangan tangguh-tangguh, walaupun bukan sekarang anda nak apply loan rumah.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tapi sangat penting untuk anda bertindak sekarang,Sebabnya kebanyakan bank meletakkan syarat perniagaan anda mesti beroperasi minima 2 tahun iaitu dari tarikh anda daftar SSM anda.

Kalau syarikat anda daftar sebagai ‘enterprise’ perlu bawa borang E semasa apply loan.

2. Penyata akaun bank syarikat (akaun semasa)

Ramai peniaga kurang ambil kisah kepentingan memasukkan duit hasil berniaga ke dalam akaun semasa mereka.

Akaun semasa penting untuk mengasingkan hasil perniagaan dengan kegunaan peribadi.

Tahukah anda semakin kerap hasil berniaga dimasukkan kedalam akaun semasa, semakin anda menonjol di mata bank seterusnya semakin mudah anda mendapat kemudahan fasiliti dari mereka.

Pernah semak di beberapa helaian terakhir penyata bank anda?

Ada rumusan baki akhir, baki lejer, jumlah kemasukan & jumlah pengeluaran. Angka-angka ini memainkan peranan yang amat besar.

Nak buka akaun semasa sekarang pun dah mudah, tak perlu lagi pakai introducer.

Rujuk : SME First-i : Cara Buka Akaun Semasa Maybank Online (2021)

Apakah pula dokumen akaun?

Ini termasuk

  • statement bank
  • rekod cash
  • rekod sale
  • invoice belian
  • resit perbelanjaan
  • bil-bil utiliti

Sebagai pemilik enterprise atau perniagaan kecil-kecilan, dokumen di atas ini penting sangat untuk menyediakan akaun untung rugi.

Dari akaun untung rugi inilah anda boleh declare cukai taksiran.

Sebagai pemilik enterprise, Borang B cukai anda adalah seperti SLIP GAJI anda.

Jadi, pastikan anda merekodkan semua jualan, perbelanjaaan, dan simpan resit-resit berkaitan. Jika tak tahu nak buat akaun untung rugi, boleh minta perkhidmatan akauntan.

Selalu peniaga ENTERPRISE tanya macam mana nak ambil ‘gaji’ dari akaun semasa bisnes ?

i) Senaraikan komitmen peribadi anda setiap bulan. Contoh :sewa rumah RM500, bil utiliti RM200, barang dapur RM300, petrol RM100,lain-lain RM400

ii) Jumlahkan komitmen tersebut. Dari senarai di atas jumlahnya RM1,500.

iii) Transfer amaun di atas ke akaun simpanan anda pada setiap bulan, sebaik-baiknya pada awal bulan. Buat seolah-olah anda juga seorang pekerja yang makan gaji dengan bisnes anda sendiri. Anda boleh tulis reference sebagai GAJI BOS.

iv) Dengan cara di atas, ia dapat mengajar anda untuk merancang perbelanjaan dengan lebih baik. Anda juga takkan sewenang-wenangnya mengambil duit dari akaun bisnes untuk tujuan peribadi yg tidak tersenarai.

Jika anda bekerja dan ada gaji sendiri, bawa juga penyata akaun bank sendiri.

Sediakan sekurang-kurangnya penyata 6 bulan yang terkini.

3. Slip Cukai LHDN

Pastikan anda declare income tax anda untuk 2 tahun terkini.

Slip pengesahan penerimaan e-B bagi tahun taksiran dan bukti pembayaran perlu disediakan juga bagi yang menggunakan perkhidmatan e-filing.

Apabila dah buat penyata akaun, anda akan dapat jumlah untung bersih.

Daripada sinilah kita boleh tentukan berapa cukai pendapatan berdasarkan jadual cukai yang dikeluarkan oleh LHDN.

tips apply loan rumah

4. CCRIS

Slip CCRIS atau laporan kewangan ini boleh didapatkan dari Bank Negara atau secara online.

Pastikan CCRIS anda berada dalam keadaan yang baik.

Rujuk cara mohon CCRIS online di sini: Cara Buat Semakan CCRIS Online & Manual Melalui Bank Negara

tips apply loan rumah

5. Rekod Akaun Simpanan

Kalau ada simpanan yang baik, sediakan juga dokumen sokongan simpanan tersebut seperti Akaun Bank simpanan, ASB, Tabung Haji dan lain-lain.

Rujuk cara dapatkan penyata kewangan online di sini:

Kerja sendiri ni best sebab tak ada orang yang akan mengarah-arah.

Tapi yang tak bestnya bila bank susah nak luluskan permohonan nak buat loan.

Tapi masalah ni boleh je diatasi bila korang ikuti tips-tips dekat yang diberitahu tadi.

Jadi, ingat saja 5 asas ini ok!

  1. SSM berusia 2 tahun ke atas
  2. Ada akaun semasa dan aktif
  3. Buat akaun untung & rugi
  4. Declare income tax
  5. Bayar income tax jika layak

Semoga bermanfaat!

Sumber rujukan : https://www.facebook.com/syafiqsuhaiminco

Leave a Comment