Zahara Garden di Gopeng, Perak – Harga Tiket Masuk

Zahara Garden
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Zahara Garden di Gopeng, Perak – Harga Tiket Masuk

Bagi yang sedang merancang percutian bersama keluarga ke Perak, anda boleh singgah di Zahara Garden di Gopeng. 

Taman ini semakin popular sebagai lokasi ‘hidden gem’ untuk percutian santai dan juga para pencinta haiwan. 

Ada apa kat sini? Berapa harga tiket masuk ke Zahara Garden ni? 

Jom baca perkongsian di bawah!

BACA JUGA: 35 Tempat Menarik di Taiping, Perak [2025]

Zahara Garden di Gopeng, Perak

Zahara Garden yang terletak di Gopeng, Perak ini adalah sebuah taman rekreasi dan juga mini-zoo yang baru dibuka setahun lalu, 26 April 2024. 

Taman ini menawarkan pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga terutama untuk keluarga yang membawa anak kecil.

Di sini, anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan termasuklah alpaca dan juga haiwan eksotik yang jarang ditemui di Malaysia. 

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh memberi makan dan bergambar bersama haiwan-haiwan yang ada di sini dalam suasana yang selamat. 

Menariknya lagi, taman ini juga direka dengan landskap yang cantik. Setiap sudut taman dihias dengan bunga-bungaan dan pokok-pokok yang menambah suasana tenang dan mendamaikan. 

Lokasi & Waktu Operasi

Untuk ke sini, anda hanya perlu keluar di Tol Gopeng, kemudian teruskan perjalanan ke arah Kampung Jelintoh. Zahara Garden terletak sebelum Balai Bomba Gopeng di sebelah kanan jalan.

Bagi yang menggunakan aplikasi navigasi seperti Google Maps atau Waze, hanya masukkan kata kunci “Zahara Garden Gopeng” untuk rujukan lokasi yang tepat. Tempat letak kereta juga disediakan untuk kemudahan pengunjung. 

Tiada perkhidmatan pengangkutan awam terus, jadi sebaiknya merancang melalui Grab atau sewa kenderaan jika tiada pengangkutan sendiri.

Harga Tiket 

Harga tiket masuk ke Zahara Garden adalah sangat berpatutan dan mesra keluarga:

  • Dewasa: RM25
  • Kanak-kanak (bawah 12 tahun) & Warga Emas (atas 70 tahun): RM15
  • Diskaun: Warga emas mendapat harga istimewa RM20 jika berumur lebih 70 tahun.

Tiket boleh dibeli secara walk-in di kaunter masuk. Harga ini termasuk akses ke semua kawasan taman, haiwan dan aktiviti asas seperti zon mewarna untuk kanak-kanak. 

Namun, sesetengah aktiviti seperti Flying Fox mungkin dikenakan caj tambahan.

Kemudahan

Zahara Garden menyediakan pelbagai kemudahan untuk memastikan keselesaan pengunjung. Antaranya ialah:

  • Tempat letak kereta yang luas dan mudah diakses.
  • Kafe dan gerai makanan yang menawarkan pelbagai pilihan minuman serta makanan ringan seperti waffle. Anda juga dibenarkan membawa makanan dari luar untuk berkelah di kawasan yang disediakan.
  • Zon mewarna untuk kanak-kanak.
  • Tandas awam yang bersih dan terjaga.
  • Tempat duduk dan gazebo di sekitar taman untuk berehat.
  • Laluan pejalan kaki yang selamat dan sesuai untuk stroller bayi.

Apa yang Menarik di Zahara Garden di Gopeng, Perak?

1. Ada Alpaca!

Salah satu tarikan utama di Zahara Garden adalah kehadiran alpaca. Pengunjung boleh berinteraksi secara dekat, memberi makan, menyentuh dan bergambar dengan haiwan comel ini. 

Pengalaman ini pasti sangat menyeronokkan terutama untuk kanak-kanak dan mereka yang pertama kali melihat alpaca secara langsung. 

2. Mini Zoo dengan Pelbagai Haiwan Jinak

Selain alpaca, taman ini turut menempatkan beberapa jenis haiwan lain seperti arnab, ayam, merpati, burung merak, biri-biri dan beberapa haiwan lain lagi. 

Pengunjung boleh membeli makanan haiwan yang ada dijual di sini dan memberi makan haiwan-haiwan secara langsung. 

3. Port Bergambar ‘Instagrammable’

Zahara Garden juga terkenal dengan sudut-sudut bergambar yang cantik dan kreatif. Setiap kawasan taman dihias dengan bunga-bungaan berwarna-warni, landskap menarik dan dekorasi yang unik. Memang “instagrammable”!

4. Aktiviti Flying Fox 

Bagi pengunjung yang sukakan aktiviti lasak, Zahara Garden menyediakan aktiviti Flying Fox. Aktiviti ini dikawal selia dengan baik dan sesuai untuk semua peringkat umur. 

5. Aktiviti Kreatif untuk Kanak-kanak

Selain memberi makan haiwan, terdapat juga bilik khas untuk aktiviti mewarna yang berhawa dingin. Kanak-kanak boleh meluangkan masa dengan aktiviti kreatif ini sementara ibu bapa berehat. Ini adalah nilai tambah yang jarang ada di taman rekreasi lain.

Kenapa Kena Ke Sini?

  • Boleh berinteraksi bersama alpaca dan haiwan-haiwan jinak yang lain. 
  • Destinasi mesra keluarga dengan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur. 
  • Banyak port bergambar cantik untuk kenangan dan perkongsian di media sosial.
  • Suasana taman yang tenang dan pemandangan indah sesuai untuk ‘healing’ dan melarikan diri dari tekanan harian.
  • Kemudahan lengkap dan harga tiket yang berpatutan. 

Maklumat Lanjut

Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengenai Zahara Garden Gopeng, Perak melalui:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut