Penyakit Tubercolosis (TB) atau tibi ini merupakan masalah kesihatan peringkat global dan tidak hanya berlaku di Malaysia sahaja.
Ia juga dikenali sebagai batuk kering dan mudah berjangkit pada orang sekeliling menerusi sebaran udara.
Ditambah pula dengan penularan Covid-19, pesakit yang berisiko tinggi boleh menghidap TB dan Covid-19 pada masa yang sama. Ini juga boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan yang sangat serius.
Oleh itu, adalah penting untuk anda kenalpasti simptom serta golongan berisiko bagi penyakit ini.
Baca juga:
Apa itu Penyakit Tubercolosis?
Penyakit Tibi ialah sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh kuman “Mycobacterium Tuberculosis” (Kuman TB).
Kebanyakan individu yang dijangkiti tidak akan mendapat penyakit TB kerana kuman-kuman TB akan terpendam dan aktif di dalam badan seseorang.
Namun, jika sistem pertahanan badan seseorang itu lemah, TB boleh menjadi aktif dan boleh membuatkan seseorang menghidap penyakit TB.
Beza simptom Covid-19 dan Tibi
Kedua-dua penyakit ini mungkin mempunyai beberapa persamaan kerana ia melibatkan jangkitan sistem pernafasan.
Ia juga boleh berlaku secara serentak dan komplikasinya lebih serius. Namun, pesakit Covid-19 akan menunjukkan beberapa simptom seperti :
- Batuk kering yang berlaku secara tiba-tiba
- Demam
- Hilang deria rasa
- Sukar bernafas
Sementara itu, pesakit TB akan menunjukkan gejala seperti berikut :
- Batuk berpanjangan melebihi dua minggu
- Demam
- Berpeluh pada waktu malam
- Kurang selera makan
- Berat badan menyusut
- Batuk berdarah
Golongan berisiko tinggi
Terdapat beberapa individu yang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini iaitu :
- Pesakit HIV
- Perokok
- Pesakit diabetis
- Pesakit Renal Failure dalam rawatan dialisis
- Pesakit Chronic Obstructive Pulmonary Diseases (COPD)
- Warga emas berumur 60 tahun ke atas
- Penghuni pusat koreksional seperti penjara
- Petugas kesihatan
Ujian saringan dan rawatan Tibi
Antara ujian yang akan dilakukan oleh doktor untuk kenalpasti jangkitan TB atau batuk kering adalah :
- Pemeriksaan klinikal untuk kenalpasti gejala
- Tuberculin Skin Test (TST)
- Ujian interferon-gamma (IGRA) iaitu ujian darah khas bagi mengesan jangkitan TB
- Ujian kahak mikroskopi
- X-ray dada
Rawatan yang boleh dilakukan
Jika pesakit disahkan dijangkiti TB, maka doktor akan memberikan rawatan selama 6 bulan
Sekiranya pesakit disahkan Latent Tibi, pesakit akan diberikan rawatan LTBI selama 6 bulan
Sekiranya tibi yang dialami normal, maka pesakit akan diminta untuk lakukan pemeriksaan selama 4 kali dalam tempoh 2 tahun.
Hari Tibi Sedunia 2024
Hari Tibi Sedunia disambut pada 24 Mac Mac setiap tahun bagi memperingati sejarah penemuan bakteria Mycobacterium tuberculosis oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882.
Tujuan sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan terhadap usaha-usaha pencegahan dan kawalan penyakit Tibi yang dilakukan di seluruh negara.
Tema bagi sambutan Hari Tibi Sedunia 2024 adalah sama dengan tahun lalu iaitu, “Yes! We Can End TB” yang memberi inspirasi dan harapan kepada negara dalam usaha dan strategi menamatkan epidemik tibi menjelang tahun 2035.
Justeru salah faham berkaitan penyakit Tibi serta stigma terhadap pesakit dan keluarga perlu dihentikan.
Komitmen yang tinggi dari anggota kesihatan di samping kerjasama yang erat dari semua agensi kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sangat diperlukan bagi mencapai hasrat Malaysia untuk menamatkan Tibi menjelang tahun 2035 menjadi kenyataan.
Fakta menarik tentang Tibi
Tips pengurusan penyakit Tibi
Sekiranya anda masih dalam rawatan, pastikan anda patuhi janji temu bagi mendapatkan rawatan yang secukupnya.
Anda juga perlulah terus mengambil ubat mengikut dos yang diberikan dan patuhi arahan doktor.
Sekiranya gejala TB semakin teruk, dapatkan rawatan dengan segera dan maklumkan kepada doktor bahawa anda penghidap TB.
Cara mencegah
- Kerap cuci tangan dengan air dan sabun
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung serta mulut
- Sentiasa pakai pelitup muka terutamanya apabila berada di kawasan sesak
- Amalkan penjarakan fizikal.
Selain individu yang mengalami simptom, ahli keluarga atau rakan yang tinggal serumah dengan pesakit tibi perlulah hadir ke klinik atau hospital berdekatan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan jalani ujian saringan bagi penyakit ini.
Langkah ini adalah penting bagi mengesahkan tahap kesihatan pesakit serta penularan yang mungkin berlaku.
Sumber:
- Penyakit Tuberkulosis (TB) dan Covid-19. Kementerian Kesihatan Malaysia
- Basic TB Facts. Centers for Disease Control and Prevention