Tiada PKP Untuk Pulang Ke Kampung Pada Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini

Kerajaan beri jaminan tiada lagi PKP, sekatan balik Hari Raya Aidilfitri tahun ini

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi jaminan kerajaan tidak akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk pulang ke kampung bagi sambutan Hari Raya Aidilftri tahun ini.

Perkara ini diumumkan sekali lagi melalui Sidang Media Lawatan Rasmi Perdana Menteri ke Thailand pada 26 Februari 2022, menerusi laporan oleh BERNAMA TV.

Berkaitan pembukaan semula sempadan Malaysia-Thailand, Ismail Sabri dan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-O-Cha telah berbincang mengenai keperluan untuk membenarkan semula aktiviti rentas sempadan di antara kedua-dua negara.

Kedua-dua negara telah bersetuju agar perbincangan di peringkat agensi dapat digiatkan bagi membuka semula sempadan dalam masa terdekat melalui skim VTL bagi Malaysia atau Test & Go bagi Thailand. Sebagai permulaan, Malaysia bakal melaksanakan VTL-Udara di antara Kuala Lumpur dan Bangkok bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi.

Dalam kenyataan berkenaan juga, Kerajaan akan memutuskan pembukaan semula sempadan negara sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi gambaran itu sambil menegaskan menjadi kebimbangan kerajaan ketika ini adalah saringan di pintu masuk negara melalui jalan darat.

Dalam sebuah kenyataan terdahulu, beliau telah menjelaskan bahawa sektor ekonomi dan sosial serta pergerakan merentas negeri telah dibenarkan kembali seperti biasa, dan jika kes meningkat di sesuatu kawasan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar akan dilakukan di kawasan terbabit sahaja.

Perkara ini turut diulangi oleh beliau melalui video yang dimuat naik di Twitter rasmi Perdana Menteri :

“Sudah ada orang yang buat spekulasi macam-macam, termasuk kononnya tak boleh balik raya kerana kes meningkat semula sejak beberapa hari lepas, namun jangan bimbang, kita tidak akan tutup lagi seluruh negara, atau negeri atau daerah kerana jaminan sudah diberikan.

“Pergerakan rakyat juga seperti biasa, tetapi kita akan memfokus kepada kawasan sasaran yang banyak berlaku penularan kerana kita ada PKPD. Jika kampung itu yang dikenakan PKPD, maka mereka dari kampung itu sahaja yang tidak boleh pulang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Bera di Pejabat Kemas Bera di sini.

kabinet baru ismail sabri

Baca juga:

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata cadangan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dibentang dalam mesyuarat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan turut dihadiri wakil parti-parti pembangkang.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemukakan cadangan SOP itu secara terperinci, kerana keutamaan adalah untuk mengelakkan berlaku peningkatan kes positif COVID-19 akibat PRN itu, selain turut mengambil kira jumlah kes baharu yang kembali mencecah 4,000 kes sejak beberapa hari lepas.

“Kita tidak boleh selesa dan perlu terus membendung (penularan COVID-19) walaupun kita mengatakan perlu hidup dengan COVID-19 pada masa depan. Kita mengharapkan supaya kes terus menurun sehingga bawah 1,000 supaya kita boleh mengumumkan Malaysia sebagai endemik, bukan lagi pandemik.

“Kita serahkan kepada KKM untuk menentukan SOP secara terperinci dan saya boleh memanggil mesyuarat sidang khas MKN untuk membincangkannya,” kata Ismail Sabri.

Sumber: Bernama, Twitter DS Ismail Sabri

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!