Advertisements

TESP MARA 2022: Program Penajaan Pengajian Tertiari

Advertisements

Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP MARA) Kini Dibuka!

MARA mengalu-alukan pelajar lepasan asasi/STPM dan Diploma yang ditawarkan pengajian bagi peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Institusi Pengajian Tinggi terpilih di dalam negara untuk memohon Program Penajaan Pengajian Tertiari atau Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP).

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang TESP MARA 2022 dan cara membuat permohonan.

Apakah TESP MARA 2022?

TESP (Tertiary Education Sponsorship Programme) ialah Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)terpilih bagi sesi kemasukan dalam 2022.

Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.

Pinjaman Boleh Ubah bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.

Advertisements

Bentuk Pinjaman Yang Bakal Diterima

Pinjaman pelajaran di bawah Program TESP ini merangkumi

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup (ESH)
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Pengangkutan (pergi dan balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah / Sarawak atau pelajar Sabah / Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung.

Syarat Kelayakan

Syarat Umum

Syarat kelayakan Program ini boleh dirujuk dalam garis panduan permohonan yang diletakkan di Portal MARA, seperti berikut:

  • Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia
  • Had umur pelajar tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan.
  • Memenuhi kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) yang ditetapkan.
  • Ibu,bapa dan penjaga serta pemohon tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  • Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.

Syarat Kelayakan Khusus

  • Bagi pelajar baharu, perlu memperolehi keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas bagi peringkat pengajian Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM dan yang setaraf dengannya. Pelajar juga telah mendapat tawaran dan mendaftar pengajian di IPT bermula Januari 2021.
  • Bagi pelajar sedia ada, keputusan akademik yang terkini sekurang-kurangnya mendapat PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang 1 (satu) tahun.
  • Pelajar juga perlu lulus dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu semasa di peringkat SPM. Manakala, bagi pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional yang berkaitan

Baca juga: Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Ijazah Kelas Pertama)

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 23 September hingga 25 Oktober 2022.

Cara Permohonan TESP MARA 2022

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MARA pada tarikh yang dinyatakan.

Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.

Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami Garis Panduan Permohoanan TESP yang disediakan sebelum membuat permohonan.

Infografik:
1. http://online.anyflip.com/oxlss/dfov/mobile/index.html

2. http://online.anyflip.com/oxlss/ssev/mobile/index.html

Soalan Lazim:
https://www.mara.gov.my/wp…/uploads/2021/09/FAQ-TESP.pdf

Sila layari permohonan https://myeduloan.mara.gov.my/v3

Syarat Kelayakan http://online.anyflip.com/shdgj/qbhy/mobile/index.html

Manual Pengguna : http://online.anyflip.com/shdgj/ftij/mobile/index.html

Semakan Status TESP MARA 2022

Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di portal MARA; http://www.mara.gov.my dan emel masing-masing dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekiranya dalam tempoh 3 (tiga) bulan daripada tarikh tutup
permohonan pelajar tidak menerima sebarang maklum balas daripada MARA, maka permohonan tersebut dianggap Tidak Berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi melalui emel seperti di alamat berikut; [email protected]

Leave a Comment