Terbuka Indonesia 2025 atau Indonesia Open Badminton 2025 kini kembali!
Kejohanan ini menampilkan aksi-aksi sengit daripada pelbagai negara di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, peminat sukan badminton tempatan semestinya ternanti-nanti keputusan terkini team Malaysia yang bertarung hebat di pentas antarabangsa ini.
Jom ketahui lebih lanjut mengenai kejohanan ini dan keputusan terkini team Malaysia.
Indonesia Open Badminton – Sejarah & Pengenalan
Indonesia Open Badminton atau Terbuka Indonesia merupakan salah satu kejohanan tertua dan paling berprestij dalam kalender BWF World Tour. Kejohanan ini telah dianjurkan sejak tahun 1982.
Untuk edisi 2025, kejohanan ini dikenali secara rasmi sebagai Kapal Api Indonesia Open 2025 dan mengekalkan status Super 1000 yang menjadi rebutan jaguh-jaguh dunia.Dengan penyertaan pemain elit dari seluruh dunia, saingan di kejohanan ini memang sangat sengit.
Kejohanan ini bukan sekadar platform untuk memungut mata ranking dunia, malah menjadi platform penting untuk menguji prestasi menjelang kejohanan-kejohanan besar seperti Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik.
BACA JUGA: 10 Kasut Badminton Terbaik Untuk Lelaki & Perempuan
Lokasi & Tarikh Perlawanan Terbuka Indonesia 2025
Terbuka Indonesia 2025 berlangsung di gelanggang Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, dari 3 hingga 8 Jun 2025.
Arena ini menjadi ‘rumah kedua’ bagi ramai pemain dunia kerana sokongan padu dan suasananya yang mendebarkan.
- Lokasi: Istora Gelora Bung Karno, Jakarta
- Tarikh: 3 hingga 8 Jun 2025
Kategori & Hadiah
Kejohanan ini menampilkan lima kategori utama iaitu Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, Beregu Lelaki, Beregu Wanita, dan Beregu Campuran.
Jumlah hadiah keseluruhan mencecah USD 1,450,000 bersamaan lebih kurang RM 6,800,000 (enam juta lapan ratus ribu Ringgit Malaysia).
Team Malaysia yang Layak ke Suku Akhir & Final
Salah satu tumpuan utama Terbuka Indonesia 2025 adalah pencapaian skuad Malaysia. Tahun ini, pasukan badminton Malaysia menunjukkan prestasi membanggakan terutama dalam kategori beregu lelaki, beregu perempuan dan juga beregu campuran.
Dalam aksi suku akhir beregu lelaki, pasangan Malaysia, Tee Kai Wun dan Man Wei Chong mencipta kejutan apabila menewaskan gandingan India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty dengan keputusan 21-19, 21-16.
Kita nantikan sama ada Tee Kai Wun dan Man Wei Chong berjaya ke final atau tidak kelak.
Pasangan beregu wanita Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah pula berjaya melangkah ke peringkat final Terbuka Indonesia 2025 setelah menewaskan pasangan dari China, Li Yi Jing dan Luo Xu Min, dalam perlawanan separuh akhir yang sengit dengan keputusan 12-21, 21-17, 21-11.
Ini merupakan pencapaian bersejarah buat Pearly-Thinaah kerana ia adalah kali pertama mereka mara ke final kejohanan berstatus Super 1000 seperti Terbuka Indonesia.
Di perlawanan akhir yang dijadualkan pada 8 Jun 2025, mereka akan berdepan dengan pemenang antara pasangan China Liu Sheng Shu-Tan Ning dan pasangan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee-Lee So Hee.
Bukan itu sahaja, dua beregu campuran Malaysia turut mara ke suku akhir.
Pasangan Goh Soon Huat/Shevon Jemie Lai berjaya melangkah ke suku akhir selepas mencatat kemenangan ke atas lawan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh/Supissara Paewsampran pada peringkat suku akhir dan sebelum itu menewaskan pasangan tuan rumah di pusingan 16 terbaik.
Pasangan Chen Tang Jie/Toh Ee Wei juga mara ke suku akhir dengan menewaskan lawan dari India dan Denmark dalam perjalanan ke lapan terbaik.
Namun, mereka tidak berjaya mara ke final setelah tewas di peringkat separuh akhir kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh/Supissara Paewsampran.
Keputusan Terkini
Keputusan terkini Indonesia Open Badminton 2025 menyaksikan wakil dari beberapa negara utama berjaya melangkah ke peringkat final dalam setiap kategori.
Malaysia mencatat sejarah apabila pasangan beregu wanita, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke final, sekali gus menjadi satu-satunya wakil negara di pentas penentuan juara.
Korea Selatan turut menghantar wakil ke final, khususnya dalam kategori tunggal wanita menerusi An Se-young.
Sementara itu, Indonesia menguasai kategori beregu lelaki dengan sekurang-kurangnya satu pasangan mara ke final, mengekalkan tradisi kekuatan mereka di gelanggang sendiri. Thailand pula berjaya menempatkan wakil dalam final beregu campuran.
Secara keseluruhan, negara yang berjaya ke final Indonesia Open Badminton 2025 ialah Malaysia, Korea Selatan, Indonesia dan Thailand.
Anda boleh menyemak keputusan terkini Indonesia Open Badminton 2025 boleh disemak secara langsung di laman rasmi BWF World Tour.
Siaran Langsung
Jangan lupa untuk mengikuti keputusan terkini team Malaysia melalui saluran rasmi BWF, BAM serta siaran langsung di platform sukan utama.
Anda juga boleh melanggan dan menonton siaran langsung BWF TV – YouTube. Selain itu, platform seperti Astro Badminton 1 & 2 juga biasanya menyiarkan perlawanan secara langsung.
BACA JUGA: 20 Sukan Prestasi Tinggi 2025-2028 – Majlis Sukan Negara (MSN)