Temujanji Tabung Haji & Borang Transaksi TH Online

KEMUDAHAN TEMUJANJI TABUNG HAJI ONLINE

Kemudahan janji temu disediakan bagi membolehkan pendeposit memilih tarikh dan masa mengikut kesesuaian dan tidak perlu menunggu dalam tempoh masa yang lama untuk berurusan.

Pelaksanaan kemudahan ini juga membolehkan TH mengatur kehadiran pendeposit secara berkala dan secara langsung dapat mengelak kesesakan dan ketidakselesaan pendeposit ketika berurusan di pejabat cawangan TH

Di sini kami kongsikan cara membuat temujanji di Pejabat Cawangan Tabung Haji dan cara mengisi borang transaksi bagi mempercepatkan urusan di kaunter nanti.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan Untuk Urusan Temujanji Tabung Haji

Urusan Janji Temu boleh dibuat bagi pendeposit yang ingin berurusan di kaunter TH cawangan untuk perkhidmatan seperti berikut:

  • Tuntutan Pusaka
  • Permohonan Hibah Amanah
  • Kemaskini Maklumat Peribadi
  • Pembukaan Akaun TH

Bagi perkhidmatan yang lain, pendeposit boleh terus hadir ke TH cawangan yang berhampiran. Pendeposit juga digalakkan untuk menggunakan kemudahan uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat serta kemudahan perkhidmatan dalam talian TH melalui THiJARI dan Rakan Strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank.

Sebelum hadir untuk berurusan, sila pastikan memakai pelitup muka ketika hadir untuk berurusan. Pendeposit dikehendaki hadir mengikut masa yang telah disahkan. Kegagalan untuk hadir mengikut masa tersebut menyebabkan Janji Temu dibatalkan dan Janji Temu yang baru perlu dibuat. TH tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan kehadiran pendeposit. Mohon untuk menunjukkan slip atau tangkap layar Janji Temu kepada pegawai TH.

Cara Membuat Temujanji Tabung Haji (TH) Online

Cara membuat temujanji Tabung Haji secara online adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan https://www.tabunghaji.gov.my/ms/janji-temu
  2. Sila isikan borang temu janji dengan lengkap.
  3. Pilih tarikh dan waktu mengikut masa beroperasi.
  4. Tekan butang Hantar.
  5. Sila semak waktu temujanji yang telah ditetapkan dan hadir mengikut masa yang telah berjaya didaftarkan.

Link Janji Temu : Daftar Janji Temu Anda Di sini

Baca juga: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online

Borang Transaksi TH Online

Untuk memudahkan dan melancarkan urusan anda, pendeposit digalakkan merancang sekiranya perlu berurusan di TH.

temujanji tabung haji

Muat turun borang transaksi Tabung Haji di rumah dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengisi borang di kaunter. Urusan menjadi lebih mudah, cepat dan selamat.

Muat Turun Borang :

i) Borang Simpanan. Maklumat lanjut

ii) Contoh borang Hibah Amanah THMaklumat Lanjut

iii) Borang Kelab TaHa & TaHa@UMaklumat Lanjut

iv) Urusan Haji

Baca juga: Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1,300 Melalui KWSP

Untuk melihat senarai penuh dari laman web Tabung Haji, sila klik disini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut

Telefon : +603-6207 1919(THCC)
E-mel : [email protected]
Laman web : https://www.tabunghaji.gov.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!