Tempat Menarik Di Hatyai Untuk Kanak-Kanak

Tempat Menarik Di Hatyai Untuk Kanak-Kanak
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tempat Menarik Di Hatyai Untuk Kanak-Kanak

Bercuti bersama keluarga dan membawa anak-anak adalah momen yang indah. Hatyai adalah salah satu destinasi percutian keluarga yang menarik untuk dikunjungi. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh diterokai di sini bersama anak-anak. 

Bandar ini menawarkan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mendidik, memberikan peluang kepada anak-anak untuk belajar sambil mengembara.

Berikut dikongsikan beberapa tempat menarik di Hatyai yang sesuai untuk kanak-kanak terokai. 

BACA JUGA: 10 Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!

Tempat Menarik Di Hatyai Untuk Kanak-Kanak

1. Pantai Samila

Tempat Menarik Di Hatyai Untuk Kanak-Kanak

Pantai Samila adalah destinasi yang sempurna untuk keluarga yang ingin menghabiskan masa bersama anak-anak sambil bersantai dan menikmati keindahan alam. 

Salah satu aktiviti yang menarik di pantai ini adalah menunggang kuda. Anak-anak dapat merasai pengalaman menunggang kuda sambil menikmati pemandangan laut yang menakjubkan. Ini adalah aktiviti menarik untuk mereka berinteraksi dengan haiwan dan meningkatkan keyakinan diri.

Tempat Menarik Di Hatyai Untuk Kanak-Kanak

Selain itu, bermain layang-layang juga adalah aktiviti yang sangat popular di Pantai Samila, terutamanya ketika angin kuat bertiup. Dengan langit yang cerah dan laut yang membiru, anak-anak pasti teruja melihat layang-layang mereka terbang tinggi di udara. 

Di samping itu, pantai ini juga merupakan tempat yang ideal untuk berkelah dan bersantai. Keluarga boleh membeli makanan untuk dinikmati sambil duduk di atas tikar.

Tempat Menarik Di Hatyai Untuk Kanak-Kanak

Sambil tu, anak-anak boleh bermain pasir dan membina istana pasir.  Jika mereka suka aktiviti yang lebih mencabar, anda boleh membawa mereka bermain sukan air yang sesuai untuk kanak-kanak.

Suasana tenang di tepi pantai, bunyi ombak yang berdesir, dan angin sepoi-sepoi pasti akan menjadikan pengalaman berkelah anda sekeluarga sangat berharga. Jangan lupa abadikan masa bersama dengan berlatarbelakangkan pemandangan matahari terbenam yang memukau.

2. Magic Eye 3D Museum

Lawatan ke muzium pasti akan menceriakan hari anak-anak anda. Salah satu muzium yang menarik di Hatyai ialah Magic Eye 3D Museum. 

Tempat Menarik Di Hatyai Untuk Kanak-Kanak

Muzium interaktif ini menawarkan pengalaman seni ilusi optik yang mengagumkan, di mana pengunjung boleh berinteraksi dengan lukisan 3D yang seolah-olah ‘hidup’. Anak-anak boleh berinteraksi dengan karya seni ini dengan mengambil gambar dengan pelbagai gaya yang kreatif. 

Selain itu, muzium ini juga sering mengadakan pertunjukan magic show yang memberikan hiburan tambahan untuk seisi keluarga. Pertunjukan ini menampilkan aksi-aksi menakjubkan yang pasti akan membuatkan anak-anak terpesona dan ketawa. 

Jangan lupa untuk membawa kamera atau telefon bimbit yang dicas penuh! 

3. Songkhla Zoo

Tempat menarik untuk kanak-kanak di Hatyai yang seterusnya ialah Zoo Songkhla. Zoo ini terletak kira-kira 30 minit dari pusat bandar Hatyai dan boleh diakses menggunakan pengangkutan awam. 

Zoo ini menempatkan pelbagai spesies haiwan dari seluruh dunia. Anak-anak dapat melihat dengan lebih dekat haiwan seperti gajah, harimau, dan pelbagai burung yang berwarna-warni.

Di zoo ini juga, kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti memberi makan haiwan yang pasti akan mencetuskan keterujaan mereka.

Tempat Menarik Di Hatyai Untuk Kanak-Kanak

bukan itu sahaja, terdapat juga pertunjukan haiwan yang sangat menghiburkan. Anda boleh menyaksikan aksi menarik seperti ‘Survival of Wildlife’ dan ‘Seal Show and Penguin Parade’ yang pasti akan memukau si kecil. Bayangkan gelak tawa mereka melihat penguin bergolek-golek atau anjing laut melompat-lompat!

Menariknya lagi, zoo ini menggunakan konsep zoo terbuka. Anda boleh memandu kereta di dalam zoo. Ini menjadikan lawatan anda sekeluarga lebih selesa terutamanya untuk keluarga yang membawa anak-anak kecil. 

Pihak pengurusan zoo juga menyediakan kawasan permainan dan tempat berehat bagi keluarga yang ingin menikmati makanan sambil melihat haiwan. 

4.  Chang Puak Elephant Camp

Tempat Menarik Di Hatyai Untuk Kanak-Kanak

Chang Puak Elephant Camp juga salah satu tempat menarik di Hatyai untuk kanak-kanak. Di sini, anak-anak berpeluang untuk melihat gajah dari dekat, sesuatu yang mungkin hanya pernah mereka lihat di televisyen atau buku. 

Di kem ini, anda sekeluarga juga boleh memberi makan gajah, menunggang gajah diawasi dengan kakitangan yang terlatih serta menyaksikan pertunjukan gajah yang menghiburkan.

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memberikan anak-anak pemahaman tentang pentingnya menjaga haiwan dan habitat mereka.

Tempat Menarik Di Hatyai Untuk Kanak-Kanak

Selain aktiviti berkaitan gajah, kem ini juga menawarkan pelbagai aktiviti lain yang sesuai untuk kanak-kanak. Mereka boleh mencuba aktiviti memanah atau menaiki ATV.

Dengan trek yang diatur dengan baik, pengunjung boleh menjelajah kawasan hutan dan pemandangan alam sekitar sambil menaiki ATV.

Dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan di Chang Puak Elephant Camp, termasuk menjelajahi keindahan hutan dan belajar tentang gajah, tempat ini pasti akan mencipta kenangan yang indah bagi seisi keluarga. Ia adalah lokasi pilihan yang ideal bagi mereka yang mencari pengalaman unik dan mendidik di Hatyai.

5. Khlong Hae Floating Market

Untuk memperkenalkan budaya tempatan kepada anak-anak dengan cara yang menyeronokkan, anda boleh membawa anak-anak berkunjung ke Khlong Hae Floating Market. Pasar terapung ini menawarkan pengalaman unik yang pasti akan diingati oleh si kecil. 

Tempat Menarik Di Hatyai Untuk Kanak-Kanak

Salah satu aktiviti yang menyeronokkan di sini pastinya membeli makanan terus daripada sampan. Anak-anak pasti teruja apabila mereka dapat ‘membeli-belah’ dengan cara yang begitu unik. Jangan lupa juga untuk mencuba makanan dan minuman viral di media sosial – iai pasti akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk mereka!

6. Coco One Beach

Coco One Beach adalah lokasi yang ideal untuk keluarga yang ingin menghabiskan masa bersama anak-anak di tepi pantai. Di sini terdapat taman tema mini yang menawarkan pelbagai permainan dan aktiviti menarik untuk kanak-kanak.

Tempat Menarik Di Hatyai Untuk Kanak-Kanak

Taman tema mini ini menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur. Kanak-kanak boleh menikmati permainan air, meluncur di gelongsor kecil, atau bermain di kawasan pasir. Sementara itu, orang dewasa boleh bersantai di tepi pantai, menikmati makanan dan minuman di kafe-kafe yang tersedia, atau menyertai aktiviti sukan air yang lebih mencabar.

Salah satu tarikan utama di Coco One Beach ini pemandangan matahari terbenamnya yang cukup menakjubkan. Pemandangan ini boleh menjadi latar belakang yang sempurna untuk sesi fotografi keluarga. 

Coco One Beach juga popular dengan dekorasi dan spot yang menarik untuk bergambar. Anda akan menemui pelbagai sudut ‘Instagrammable’ di seluruh taman, daripada ayunan di tepi pantai sehinggalah ke pondok-pondok yang dihiasi dengan lampu-lampu berwarna-warni.

7. Songkhla Flower Farm

Songkhla Flower Farm juga merupakan antara lokasi yang menarik untuk bawa anak-anak melihat tumbuh-tumbuhan dan pelbagai pokok bunga. Anak-anak anda pasti akan teruja melihat pelbagai jenis bunga berwarna-warni di di sini. 

Ini adalah peluang yang baik untuk mengajar anak-anak tentang keindahan alam dan pentingnya pemeliharaan tumbuh-tumbuhan. Walaubagaimanapun, untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun, destinasi ini mungkin kurang sesuai. 

Taman ini juga selalu menawarkan aktiviti interaktif untuk pengunjung. Anda mungkin berpeluang untuk memetik bunga sendiri (bergantung pada musim), atau menyertai bengkel gubahan bunga apabila berkunjung ke sini. Seronokkan?

Di taman bunga ini juga ada kafe yang menjual pelbagai minuman dan snek. Selepas penat berjalan, anda boleh singgah membeli air dan makanan di sini. 

8. Hatyai Municipal Park

Hatyai Municipal Park juga salah satu tempat menarik di Hatyai untuk dikunjungi. Taman rekreasi yang yang cukup luas ini menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk anak-anak anda. 

Salah satu tarikan utama di sini ialah kereta kabel. Anda boleh melihat pemandangan panorama bandar Hatyai dari udara. Ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memberikan perspektif baru kepada mereka tentang geografi bandar.

Di puncak bukit, terdapat beberapa patung dewa-dewi yang besar. Walaupun mungkin kelihatan seperti objek keagamaan biasa untuk orang dewasa, bagi kanak-kanak, patung-patung gergasi ini boleh menjadi sumber pembelajaran. 

Anda boleh mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan sedikit tentang budaya dan kepercayaan tempatan kepada anak-anak anda.

9. Central Hatyai

Central Hatyai adalah pusat beli-belah memang terkenal di Hatyai. Ia bukan sekadar pusat membeli-belah, tetapi juga menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak. 

Di sini, anda boleh menemui taman permainan indoor yang selamat dan menyeronokkan untuk anak-anak bermain. Tempat ini membolehkan anak-anak menghabiskan tenaga sambil bermain dengan rakan-rakan atau adik-beradik.

Bagi mereka yang gemar menonton filem, Central Hatyai juga mempunyai pawagam yang sering menayangkan filem animasi atau filem kanak-kanak terkini. Anda boleh menghabiskan masa menonton filem bersama anak-anak dalam suasana yang selesa dan menyeronokkan. 

Pusat beli-belah ini juga dilengkapi dengan pelbagai restoran dan kafe yang mesra kanak-kanak, menjadikannya tempat yang sesuai untuk bersantai selepas seharian bersiar-siar. 

Dengan semua kemudahan dan tarikan ini, Central Hatyai adalah tempat yang ideal untuk menghabiskan masa bersama anak-anak, memastikan mereka tidak bosan dan sentiasa aktif sepanjang percutian.

Bercuti di Hatyai Bersama KLOOK

Jom rancang percutian anda di Hatyai bersama KLOOK dengan harga yang istimewa. Dengan KLOOK anda boleh menempah hotel, tiket masuk ke tempat tarikan di Hatyai, sewa kereta/van, dan pelbagai lagi dengan mudah!

Klook.com

Hatyai menawarkan pelbagai pengalaman yang menarik dan mendidik untuk kanak-kanak. Dari berinteraksi dengan haiwan di Zoo Songkhla dan Chang Puak Elephant Camp, hingga ke pengalaman budaya di Khlong Hae Floating Market, setiap destinasi menjanjikan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

Percutian ke Hatyai bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memberi peluang kepada anak-anak untuk mempelajari tentang budaya baru, menghargai alam semula jadi, dan membina kenangan indah bersama keluarga. Jadi, jangan tunggu lagi! Mula merancang percutian keluarga anda ke Hatyai dan saksikan sendiri bagaimana mata anak-anak anda bersinar dengan keterujaan di setiap destinasi yang dilawati.

BACA JUGA:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut