10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan

10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan

Cameron Highlands sememangnya merupakan salah satu destinasi pelancongan yang cukup terkenal di Malaysia.

Dengan iklimnya yang sejuk dan pemandangan yang menakjubkan, ia berjaya menarik ramai pengunjung daripada dalam mahupun luar negara. 

Untuk memudahkan anda merancang percutian, berikut dikongsikan lebih 10 tempat menarik di Cameron Highlands. Sambil melawat tempat menarik, anda juga boleh lakukan pelbagai aktiviti di Cameron Highlands.

Nak tahu lebih lanjut? Jom baca!

BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!

10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands 

1. Ladang Teh Cameron Valley (Ladang Teh Bharat)

Cameron Highlands terkenal dengan ladang teh yang meliputi kawasan bukit bakaunya. Jadi, anda memang wajib berkunjung ke ladang teh semasa bercuti di sini. Kalau tak, memang rugi. 

10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan

Salah satu ladang teh yang utama disini ialah Ladang Teh Bharat. Ia merupakan pengeluar teh kedua terbesar di Cameron Highlands. Lokasinya terletak hanya sekitar 5 km sebelum Tanah Rata. 

10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan

Kawasan perladangan Teh Bharat ini memiliki dua buah rumah teh.  Kedua-dua rumah teh tersebut menghidangkan teh segar, pelbagai jenis kek, biskut dan kuih, jem strawberi dan sebagainya. Anda boleh pilih nak pergi yang mana satu. Kalau pergi dua-dua lagi baik!

Bukan itu sahaja, di rumah-rumah teh tersebut juga anda boleh dapatkan pelbagai jenis cenderamata untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan ataupun ole-ole. 

10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan

2. Ladang Teh BOH

Selain Ladang Teh Bharat, anda juga wajib berkunjung ke Ladang Teh BOH. Ladang teh ini menawarkan pemandangan hijau segar yang terbentang luas. Sejuk mata memandang!

Ladang Teh BOH adalah ladang teh terbesar dan tertua di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, disinilah kilang teh BOH yang pertama dibina iaitu pada sekitar tahun 1930-an. 

10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan
Sumber: Trip Advisor

Pengunjung boleh melawat kilang pemprosesan teh, menikmati pemandangan indah ladang teh yang luas, serta berjalan-jalan di sekitar ladang teh ini sambil menghirup udara segar dan aroma daun-daun teh. 

Selain itu, anda juga boleh melawat kilang pemprosesan daun teh, membeli cenderamata dan menikmati pemandangan indah ladang teh yang menenangkan.

Jangan lepaskan peluang untuk menghirup teh segar di kafe yang terletak di atas bukit. Sedap!

3. Kebun Teh Sungei Palas

Kebun Teh Sungei Palas merupakan sebahagian daripada ladang teh BOH yang ditubuhkan pada tahun 1929 oleh J.A. Russell, seorang usahawan British. 

Sama seperti ladang teh yang lain, ia juga menawarkan pemandangan yang pemandangan indah ladang teh di atas bukit.

Pengunjung boleh berjalan-jalan di sekitar kebun teh ini dan mengambil gambar untuk kenangan.

Kebun teh ini juga menyediakan pusat informasi di mana pengunjung boleh belajar lebih lanjut tentang sejarah ladang, jenis-jenis teh, dan proses pembuatan teh.

Salah satu tarikan utama kebun teh ini ialah balkoni ikoniknya sepanjang 20 kaki, yang juga berfungsi sebagai dek pemerhatian. 

10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan
Sumber: BOH Tea

Pada tahun 2019, pusat pelawat telah diperluaskan lagi dengan menambah bahagian baru yang dikenali sebagai Balkoni Tristan. Bahagian baru ini mempunyai kapasiti tempat duduk untuk 200 orang dengan pemandangan panorama yang menakjubkan. 

4. Ladang Strawberi

Selain ladang teh, Cameron Highlands juga terkenal dengan ladang strawberinya yang luas sama ada di Tanah Rata, Brinchang, mahupun Ladang Kea. Geografi tanah tinggi dengan iklim dan cuaca yang sejuk. menjadikannya salah satu pusat penanaman strawberi yang utama di Malaysia. 

Di ladang-ladang strawberi ini, anda berpeluang untuk mengutip buah strawberi dan merasai buah strawberi yang anda kutip. Seronok sangat!

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli produk-produk berasaskan strawberi seperti wafel, aiskrim, biskut, jem, minuman dan sebagainya. Jangan lupa juga abadikan kenangan di ladang strawberi sambil menikmati keindahan alam semulajadinya. 

Berikut ialah antara ladang strawberi yang ada di Cameron Highlands:

  • Big Red Strawberry
  • Kok Lim Strawberry
  • Ark Strawberries
  • EQ Strawberry
  • Healthy Strawberry
  • Kasimanis Strawberry
  • Abang Strawberry

5. Mossy Forest

Mossy Forest adalah merupakan salah satu ‘hidden gems’ yang terdapat di Cameron Highlands. Anda boleh terokai hutan yang unik dan mempesonakan ini di tanah tinggi Gunung Brinchang, iaitu puncak kedua tertinggi di Cameron Highlands. 

10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan

Sumber: Malaysia Tourism

Hutan ini terletak pada kedudukan tinggi 2,032 meter dari aras laut dan dipenuhi dengan lumut, orkid liar, pakis serta tumbuhan unik lain. Pengunjung boleh meneroka hutan ini melalui laluan pejalan kaki yang disediakan. Untuk memudahkan penerokaan anda, sertai lawatan bersama pemandu arah profesional. 

10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan

6. Taman Lavender Cameron

Taman Lavender Cameron adalah sebuah tempat yang sangat indah terutamanya bagi pencinta bunga. Ia terletak lebih kurang 10 km daripada pekan Brinchang dan sangat mudah diakses. 

Walaupun namanya Taman Lavender, namun di sini, anda juga boleh lihat pelbagai jenis bunga yang lain juga selain Lavender. Antaranya ialah, bunga daisy, bunga ros Jepun, bunga seri pagi dan sebagainya. 

Dengan pemandangan indah bunga-bungaan, ia sangat sesuai dijadikan lokasi untuk mengambil gambar ataupun video. 

Selain itu, taman ini juga menawarkan pelbagai produk berasaskan lavender seperti minyak wangi, sabun, dan teh. Jangan lepaskan peluang untuk merasai aiskrim perisa lavender dan makanan lain seperti kek keju lavendar untuk melengkapkan lagi percutian anda di sini. 

7. Cactus Valley

Cactus Valley juga merupakan salah satu tempat menarik di Cameron Highlands yang anda wajib singgah. Ia terletak di lereng bukit yang menghadap ke pusat bandar Brinchang. 

10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan
Sumber: Cameron Highlands

Anda boleh lihat pelbagai jenis kaktus di taman botani ini. Dari yang kecil hingga yang besar dan unik, termasuklah jenis yang jarang ditemui. 

Selain kaktus, Cactus Valley juga menempatkan pelbagai jenis bunga dan tumbuhan hiasan lain. Pengunjung boleh menikmati keindahan bunga ros, orkid dan pelbagai bunga tropika lain.

Sekiranya anda berminat nak beli kaktus dan jadikan sebagai ole-oleh pun boleh. Semuanya comel-comel belaka!

Dengan latar belakang yang indah dan pelbagai jenis tumbuhan yang unik, Cactus Valley adalah tempat yang sesuai untuk mengambil gambar. Pastikan anda membawa kamera untuk merakam kenangan di sini.

8. Taman Flora Cameron

Hah, ini satu lagi tempat menarik untuk pecinta bunga. Taman Flora Cameron ini terletak di Ladang Kea, sebuah kawasan pertanian di Cameron Highlands. Anda boleh saksikan pelbagai jenis bunga-bunga tumbuh mekar dengan indahnya di taman ini. Memang cantik sangat!

Selain bersiar-siar sambil melihat bunga, anda juga boleh berkelah bersama keluarga ataupun pasangan dengan berlatar belakangkan lautan bunga merah jambu di taman ini. Boleh rasa-rasa seperti bercuti di luar negara semasa musim bunga. 

Pastikan juga anda memakai pakaian terbaik kerana semestinya anda wajib mengambil sebanyak-banyaknya gambar ‘ootd’ dan juga gambar-gambar estetik di Taman Flora Cameron ini!

9. Taman Rama-Rama

Taman Rama-Rama ini juga terletak di Ladang Kea di Brinchang. Dah pergi Taman Flora Cameron, bolehlah singgah ke taman ini. 

Seperti namanya, di taman ini terdapat pelbagai jenis rama-rama yang terbang bebas. Bukan itu sahaja, sudah pasti ada bermacam-macam jenis bunga juga ditanam disini sebagai habitat untuk rama-rama. 

10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan
Sumber: Cameron Highlands

Selain merasai pengalaman bermain bersama rama-rama, anda juga boleh memberi makan kepada haiwan lain yang turut ada di taman ini. Contohnya seperti arnab, itik, kura-kura dan tikus belanda. 

10. Pasar Pagi – Kea Farm Market

Selain melawat Taman Flora Cameron dan Taman Rama-Rama, pastikan juga anda singgah ke Kea Farm Market. Semuanya berdekatan sahaja.  

10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan
Sumber: Cameron Highlands

Kea Farm Market ini memang sesuai untuk anda bawa anak-anak bagi merasai pengalaman melihat kehidupan warga tempatan kerana kebanyakan penjual terdiri daripada petani yang menjual hasil tanaman mereka sendiri.

Untuk pengetahuan anda lagi, pasar ini adalah merupakan salah satu pasar terbesar di Cameron Highlands. Di pasar ini, anda boleh dapatkan pelbagai pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Selain itu, ada juga snek seperti jagung kukus, aiskrim buatan sendiri dan ubi keledek goreng yang dijual. 

Sumber: Google review
10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan
Sumber: Google review

Jangan lupa gunakan kemahiran tawar-menawar anda untuk dapatkan harga terbaik. Semakin anda bijak menawar, semakin murah harga yang anda dapat!

11. The Sheep Sanctuary

Setelah selesai menerokai Pasar Pagi – Kea Farm Market, jangan lupa juga singgah ke Sheep Sanctuary pula. Anda boleh lihat papan tanda besar dengan kartun kambing biri-biri terpacak tinggi di kawasan masuknya. Lokasinya pun sangat berdekatan dengan Kea Farm Market. 

10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan
10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan
10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan

The Sheep Sanctuary ini menempatkan berpuluh-puluh kambing biri-biri yang gebu dan comel. Alpaca pun ada!

Anda boleh memberi makan, membelai dan juga bermain bersama kambing biri-biri dan alpaca yang ada disini. Kambing biri-biri dan alpaca di sini ada yang diletakkan dalam kurungan dan ada juga yang bebas berjalan di ruang kawasan yang ada. 

10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan

Kalau dah penat berjalan dan bermain bersama kambing biri-biri dan alpaca, anda boleh rehat sebentar di sebuah kafe yang disediakan. 

12. Cameron Adventurous

Selain menikmati pemandangan, mencuba teh tempatan dan bermain bersama haiwan, di Cameron Highlands juga terdapat pilihan aktiviti lasak yang lain seperti bermain ATV di Cameron Adventurous!

Cameron Adventurous terletak di ladang teh Cameron Valley, lebih kurang 22 kilometer dari Tanah Rata. Sambil beraktiviti lasak, anda boleh menikmati pemandangan ladang teh yang menghijau dan menyegarkan. 

10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan
Sumber: Cameron Adventurous

Selain bermain ATV, anda juga boleh memilih beberapa aktiviti lasak yang lain seperti menaiki  4×4 safari  sambil melawati zoo mini yang ada.  

Jangan lupa bawa kamera untuk abadikan kenangan anda disini. Banyak latar belakang menarik yang anda boleh jadikan sebagai spot untuk mengambil gambar. 

Untuk lebih banyak tempat menarik di Cameron Highlands, anda boleh buat carian melalui KLOOK di bawah ini!

Klook.com

Kesimpulan

Sejujurnya, terdapat banyak lagi tempat menarik serta aktiviti yang anda boleh lakukan di Cameron Highlands. Kalau nak senaraikan semua memang tak cukup ruang. 

Tips, pastikan merancang percutian anda dengan sebaiknya dan membuat tempahan awal terutamanya tempat penginapan kerana hotel-hotel di Cameron Highlands selalu penuh terutamanya pada musim cuti sekolah dan cuti umum. 

Selamat bercuti!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut