Penentuan Tempat Ketiga Piala Dunia Qatar 2022 : Croatia lwn Maghribi

Siaran Langsung Penentuan Tempat ke-3/4 Piala Dunia 2022 di RTM Malaysia : Croatia vs Morocco (Maghribi)

Maghribi yang menewaskan Portugal 1-0 pada aksi suku akhir Piala Dunia, mengakhiri kemaraan mereka selepas tewas 0-2 kepada Perancis pada aksi separuh akhir tempoh hari.

Namun, semangat mereka tidak terhenti di situ kerana masih terdapat perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat yang akan berlangsung pada 17 Disember 2022 nanti.

Bakal berentap, Croatia yang cemerlang menewaskan Brazil turut kecewa setelah dua gol yang dijaringkan penyerang Julian Alvarez dan satu sepakan penalti sumbangan Lionel Messi memberikan kemenangan 3-0 kepada Argentina dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Dunia 2022.

Dalam Piala Dunia 2018 yang lalu, Croatia mara ke final Piala Dunia FIFA buat kali pertama dalam sejarah selepas menewaskan England 2-1 di Moscow.

Maka tentunya perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat ini bakal menyajikan aksi yang menarik dan menjadi satu pertemuan yang sengit buat kedua-dua pasukan.

Jangan lupa saksikan Morocco vs Croatia dalam perlawanan penetuan ini!

Jadual Perlawanan Penentuan Tempat Ketiga / Keempat Piala Dunia Qatar 2022 : Croatia lwn Maghribi

JADUAL SIARAN LANGSUNG PIALA DUNIA FIFA 2022 – PENENTUAN TEMPAT KETIGA / KEEMPAT

  • Tarikh : Sabtu, 17 Disember 2022
  • Tempat : Khalifa International Stadium, Qatar
  • Waktu : 10.30 malam
  • Siaran langsung di RTM2, TV Okey dan Strim Langsung di Portal Online RTMKlik

SIARAN ULANGAN

  • Ahad, 18 Disember 2022, 8.00 malam
  • Saluran Sukan RTM

Perlawanan bagi peringkat final World Cup 2022 bakal dilangsungkan mengikut tarikh dan waktu di bawah:

JADUAL SIARAN LANGSUNG PIALA DUNIA FIFA 2022 PERINGKAT AKHIR (FINAL)

  • Argentina lwn Perancis
    • Tarikh : Ahad, 18 Disember 2022
    • Waktu : 10 malam (waktu Malaysia)
    • Siaran Langsung : TV2 dan TV Okey atau Platform Online RTMKlik

PAUTAN LIVE STREAMING RTM TV2:

https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv2

final piala dunia 2022

Rujuk : Final Piala Dunia 2022 LIVE Di RTM: Argentina vs France

Senarai Pemenang Piala Dunia (World Cup) Terdahulu

Setakat Piala Dunia FIFA 2018, dua puluh satu kejohanan akhir telah diadakan dan sebanyak 79 pasukan kebangsaan telah bertanding.

Trofi Piala Dunia telah dimenangi oleh lapan pasukan kebangsaan.

Brazil telah menang lima kali, dan mereka adalah satu-satunya pasukan yang bermain dalam setiap kejohanan.

Pemenang Piala Dunia yang lain ialah Jerman dan Itali, masing-masing dengan empat gelaran; Argentina, Perancis, dan pemenang sulung Uruguay, dengan dua gelaran setiap satu; dan England dan Sepanyol, masing-masing dengan satu gelaran.

1930: Uruguay 
1934: Itali 
1938: Itali
1950: Uruguay 
1954: Jerman Barat
1958: Brazil 
1962: Brazil 
1966: England
1970: Brazil 
1974: Jerman Barat 
1978: Argentina 
1982: Itali 
1986: Argentina
1990: Jerman Barat 
1994: Brazil
1998: Perancis 
2002: Brazil 
2006: Itali
2010: Sepanyol 
2014: Jerman 
2018: Perancis

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!