Tawaran Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pasir Gudang 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Bantuan Pendaftaran IPT Awam & Swasta untuk pelajar yang menetap di Pasir Gudang kini dibuka.
Bantuan ini ditawarkan sebagai tanda pengiktirafan Yayasan pasir Gudang kepada siswazah setmpat yang berjaya mlanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi.
Untuk malkuman, bantuan ini dibuka mengikut fasa. Pada waktu ini, permohonan bagi fasa keempat kini dibuka.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan yang ditetapkan bagi bantuan ini adalah RM 300 seorang.
Peringkat Pengajian Yang Layak Memohon
Bantuan ini ditawarkan bagi siswazah yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran sepenuh masa ke peringkat berikut :
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
Syarat-Syarat Permohonan
Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :
- Merupakan warganergara Malaysia dan Kad Pengenalan beralamat di majlis Bandaraya Pasir Gudang.
- Diploma/Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa pendaftaran tahun pertama.
- Mendapat tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPTA/IPTS
- Pendapatan isi rumah/keluarga tidak melebihi RM 4,000
Cara Mohon Tawaran Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pasir Gudang 2022
Pelajar yang berkelayakan boleh lakukan permohonan selewat-lewatnya pada Jun 2022.
Permohonan boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu :
Secara Online
Permohonan secara atas talian boleh dilakukan melalui pautan di berikut :
BANTUAN PENDAFTARAN IPTA YAYASAN PASIR GUDANG
Pemohon juga dikehendaki untuk muat naik salinan kad pengenalan diri, ibu bapa, slip gaji ketua isi rumah dan surat tawaran kemasukan IPTA/S.
Secara Manual
Pemohon boleh dapatkan borang permohonan melalui pautan di bawah dan hantar ke pejabat Yayasan Pasir Gudang.
Pemohon mestilah kembalikan borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen yang diminta pada tarikh yang ditetapkan.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian berikut :
019- 329 8714
014- 690 4745