Tarikh & Jadual SPM 2023-2024 (Lembaga Peperiksaan Malaysia)
INFO KPM: Jadual / Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 akan bermula pada 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024
Jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 telah mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.
Media melaporkan peperiksaan SPM 2023 bermula pada 5 Disember depan sejajar langkah KPM bagi mengembalikan sesi permulaan persekolahan kembali kepada asal iaitu pada Januari secara beransur-ansur.
Peperiksaan itu akan bermula dengan Ujian Amali Sains pada 5 Disember, diikuti Ujian Bertutur pada 8 Januari tahun depan.
Bagi peperiksaan bertulis, ia berlangsung pada 30 Januari dengan kertas terakhir pada 7 Mac.
Ini berbeza dengan jadual yang dihadapi oleh pelajar SPM 2022 yang bermula pada 30 Januari sehingga 15 Mac lalu.
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom menyifatkan langkah mengawalkan SPM itu merupakan langkah pertama untuk mengembalikan jadual persekolahan kembali seperti sediakala.
Perkara itu penting kerana tarikh peperiksaan paling sesuai adalah seperti sebelum pandemik iaitu pada November dan Disember yang merupakan tempoh cuti yang panjang, sekali gus memudahkan KPM menggunakan waktu dan ruang yang ada untuk menjalankan peperiksaan.
Sumber: Astro Awani
Tarikh-tarikh Penting Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia Tahun 2023 – KPM
Dapatkan Koleksi Kertas Peperiksaan Sebenar SPM 2021-2022 Edisi 2023 di SINI.
Jadual SPM 2023
Berikut dikongsikan tarikh terkini Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk makluman semua, khususnya calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan ini.
Senarai lampiran seperti berikut.
Jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 telah mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.
Sila layari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan muat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023.
Sumber: Jadual SPM 2023
http://lp.moe.gov.my/files/JWP/2023/JWP%20SPM%202023.pdf
ARAHAN AM
- Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan Ujian Bertutur, Ujian Mendengar, Ujian Lisan, Ujian Amali Sains dan Kerja Kursus akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor) / Ketua Pengawas Amali sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2022.
- Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
- Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya.
- Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2022 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.
Jadual waktu peperiksaan/ujian ini juga boleh dimuat turun melalui
portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan berikut : Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2022
http://lp.moe.gov.my/index.php/jw-spm/1187-jadual_waktu-peperiksaan-spm_2022
Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.
Sasbadi kini menawarkan voucher RM26 untuk pembelian pertama buku-buku rujukan di Shopee. Rujuk tawaran terhad Sasbadi Official Store di SINI.
Baca juga: