Tarikh Bayaran SKAS 2025 (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak)

skas
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tarikh Bayaran SKAS 2025 (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) – Permohonan & Rayuan

Berita baik! Kerajaan Sarawak telah mengumumkan bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah melalui baucar digital, yang boleh diakses melalui S Pay Global (e-dompet) untuk pembelian makanan asas.

Nilai bantuan SKAS yang akan diterima adalah sebanyak RM800 bagi kategori isi rumah, RM400 bagi warga emas manakala RM250 bagi kategori bujang.

Mereka yang layak adalah rakyat Sarawak yang mempunyai kad pengenalan K yang menetap di Sarawak dan merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 Tahun 2024 berdasarkan maklumat LHDN.

Berikut dikongsikan kenyataan media tentang SKAS dan tarikh bayaran bagi mereka yang layak.

Tarikh Permohonan / Rayuan SKAS

Bagi bukan penerima bantuan SKAS secara automatik, anda layak untuk membuat permohonan / rayuan yang akan dibuka mulai 1 Februari 2025 hingga 1 Jun 2025.

Keputusan rayuan itu boleh disemak bermula pada 1 Jun 2025.

rayuan skas

Tuntutan SKAS dibuka sepanjang tahun 2025. Anda tidak perlu tergesa-gesa kerana anda boleh tuntut bila-bila masa dalam tahun 2025 dan menggunakannya sebelum 31 Disember 2025.

Cara Permohonan Rayuan SKAS

Proses rayuan boleh dibuat melalui portal https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai proses rayuan SKAS, sila rujuk pautan rasmi https://sarawak.gov.my atau rujuk panduan berikut:

Panduan untuk S PAY GLOBAL

  • Bagaimana mendaftar S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
  • Lupa kata laluan dan tukar nombor telefon untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
  • Tukar telefon mudah alih yang digunakan untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )

Panduan untuk SarawakID

Panduan untuk SKAS

  • Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL Infografik ].
  • Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
  • Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS Video  |  Infografik ]

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke [email protected].

Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to [email protected]

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut