Bersempena dengan kedatangan tahun 2024, PERKESO telahpun mengeluarkan jadual terkini bagi bayaran faedah / pencen PERKESO.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran faedah atau pencen PERKESO dan tarikh pembayaran bagi tahun 2024 ini.
Apakah Bayaran Faedah PERKESO 2024?
Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan melalui bayaran PERKESO 2021 (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).
Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security.
Dalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.
Untuk makluman, bayaran PERKESO 2021 adalah mengikut 2 Skim Faedah Keselamatan Sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
Baca juga: EIS PERKESO Login: Daftar & Mohon Elaun Kehilangan Pekerjaan (SIP)
Tarikh Bayaran Pencen PERKESO 2024
Tarikh bayaran PERKESO 2024 telah diumumkan melalui Jadual rasmi di bawah.
Bil | Bulan | Tarikh Bayaran Faedah | Hari | Catatan |
---|---|---|---|---|
1 | Januari | 31 Januari 2024 | Rabu | – |
2 | Februari | 1 Mac 2024 | Jumaat | – |
3 | Mac | 1 April 2024 | Isnin | – |
4 | April | 30 April 2024 | Selasa | – |
5 | Mei | 24 Mei 2024 | Jumaat | 30 Mei 2024 bersamaan Pesta Keamatan 1 Jun 2024 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak |
6 | Jun | 11 Jun 2024 | Selasa | 17 Jun 2024 bersamaan Hari Raya Qurban |
7 | Julai | 1 Ogos 2024 | Khamis | – |
8 | Ogos | 30 Ogos 2024 | Jumaat | – |
9 | September | 1 Oktober 2024 | Selasa | – |
10 | Oktober | 25 Oktober 2024 | Jumaat | 31 Oktober 2024 bersamaan Hari Deepavali |
11 | November | 29 November 2024 | Jumaat | – |
12 | Disember | 19 Disember 2024 | Khamis | 25 Disember 2024 bersamaan Hari Krismas |
Tarikh Bayaran PERKESO 2023 :
Bil. | Bulan | Tarikh Bayaran Faedah | Hari | Catatan |
---|---|---|---|---|
1 | Januari | 17 Januari 2023 | Selasa | 22 Januari 2023 bersamaan Tahun Baru Cina |
2 | Februari | 1 Mac 2023 | Rabu | – |
3 | Mac | 31 Mac 2023 | Jumaat | – |
4 | April | 17 April 2023 | Isnin | 22 April 2023 bersamaan Hari Raya Puasa |
5 | Mei | 25 Mei 2023 | Khamis | 30 Mei 2023 bersamaan Pesta Keamatan 1 Jun 2023 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak |
6 | Jun | 23 Jun 2023 | Jumaat | 29 Jun 2023 bersamaan Hari Raya Qurban |
7 | Julai | 1 Ogos 2023 | Selasa | – |
8 | Ogos | 1 September 2023 | Jumaat | – |
9 | September | 29 September 2023 | Jumaat | – |
10 | Oktober | 1 November 2023 | Rabu | – |
11 | November | 7 November 2023 | Selasa | 12 November 2023 bersamaan Hari Deepavali |
12 | Disember | 19 Disember 2023 | Selasa | 25 Disember 2023 bersamaan Hari Krismas |
i) Skim Keilatan
Seseorang yang layak menerima bayaran PERKESO 2021 apabila dianggap sebagai menghidap keilatan setelah mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.
Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
ii) Skim Bencana Pekerjaan
Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.
- Kemalangan Semasa Kecemasan
Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.
- Penyakit Khidmat
Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Contoh Penyakit Khidmat:
- Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
- Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya
Semua yang dinyatakan di atas ini layak untuk menerima bayaran PERKESO 2021.
Tentang PERKESO
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.
Pada 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.
Maklumat Lanjut Tentang Bayaran PERKESO 2024
Untuk maklumat lanjut anda boleh baca segala maklumat di portal rasmi PERKESO.