Tarikh Akhir e-Filing 2024 Borang Cukai Pendapatan

KEMASKINI: Tarikh Akhir e-Filing 2024 Borang Cukai Pendapatan

Tarikh untuk membuat e-Filing bagi tahun 2024 sudah pun bermula sejak 1 Mac dan pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah tarikh tarikh akhir e-Filing 2024.

Cukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.

Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Sebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.

Apa itu Cukai Pendapatan?

Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan pada setiap tahun terhadap seseorang yang menerima pendapatan bersifat hasil seperti:

  • Laba / keuntungan daripada sesuatu perniagaan;
  • Laba / keuntungan daripada penggajian;
  • Dividen, faedah atau diskaun;
  • Sewa, royalti atau premium;
  • Pencen, anuiti atau bayaran berkala lain; dan
  • Laba / keuntungan yang tidak termasuk dalam mana-mana butiran di atas.

Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) menguatkuasakan hal-ehwal pentadbiran dan kutipan cukai pendapatan ke atas orang dan pendapatan yang layak dikenakan cukai.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) pula merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

Untuk tahun 2024, setiap individu haruslah peka dengan tarikh akhir e-filing 2024 bagi mengelakkan anda dikenakan penalti atau denda kerana tidak memfailkan cukai pendapatan anda seperti yang tertakluk dalam undang-undang.

Cara Memfail Cukai Pendapatan

Mulai 1 Januari 2024, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax.

Antara borang yang boleh difailkan melalui portal MyTax adalah borang seperti borang E, BE, B, BT, P, MT dan TF.

Pembayar cukai dan majikan hendaklah mengguna e-Filing untuk mengemukakan borang nyata (BN) yang mempunyai kemudahan e-Filing.

Kegalalan setiap individu untuk memfailkan cukai mengikut tarikh akhir e-filing 2024 boleh menyebabkan anda dikenakan penalti.

Baca lagi: MyTax Hasil: Cara Daftar & Login e-Filing 2024 Kali Pertama

Tarikh Akhir e-filing 2024

Tarikh Akhir e-Filing 2024

KEMASKINI: Berikut dikongsikan tarikh akhir e-Filing 2024 bagi borang nyata 2023 untuk pelbagai kategori:

Jenis BorangKategoriTarikh Akhir Pengemukaan 
e-EMajikan31 Mei 2024
e-BEIndividu Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan15 Mei 2024
e-BIndividu Pemastautin yang menjalankan perniagaan30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-PPerkongsian30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-BTIndividu Pemastautin (Pekerja berpengetahuan/Berkepakaran)> Tidak Menjalankan perniagaan : 15 Mei 2024
> Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-MTIndividu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan)> Tidak Menjalankan perniagaan : 15 Mei 2024
> 30 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan)
e-MIndividu Bukan Pemastautin> Tidak Menjalankan perniagaan : 15 Mei 2024
> 30 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan)
e-TFPertubuhan> Tidak Menjalankan perniagaan : 15 Mei 2024
> Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-TPHarta PusakaTidak Menjalankan perniagaan : 15 Mei 2024
> Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-TJKeluarga Sekutu Hindu> Tidak Menjalankan perniagaan : 15 Mei 2024 (Menjalankan perniagaan) *Tiada e-Filing
C 2024Syarikat (Pembayar cukai dan majikan yang terdiri daripada syarikat diwajibkan mengemukakan borang C dan borang E secara e-filing)7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-C1Koperasi7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-PTPerkongsian libiliti terhad7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-TCUnit amanah/amanah harta tanah7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-TABadan amanah7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-TRAmanah pelaburan harta tanah/tabung amanah harta7 bulan daripada tarikh penutupan akaun *Tiada eFiling
e-TNAmanah perniagaan7 bulan daripada tarikh penutupan akaun *Tiada eFiling
e-CPEOrang yang boleh dikenakan cukai di bawah seksyen 30A Akta Petroleum
(Cukai Pendapatan) 1967 [Eksplorasi]
Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir tempoh eksplorasi
e-CPP 2024Orang yang boleh dikenakan cukai di bawah seksyen 30 Akta Petroleum
(Cukai Pendapatan) 1967 [Produksi]
Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan

Sumber: Kenyataan Media : Lanjutan Tarikh Akhir Memfail Borang Nyata LHDN

Denda / Penalti Melewati Tarikh Akhir e-Filing 2024

Bagi kegagalan mengemukakan BN dalam tempoh (sehingga akhir tarikh e-filing) yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:

  • BN selain Borang E dan Borang P
    • Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAU
    • Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
  • Borang E dan Borang P
    • Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!