Advertisements

Tarif Elektrik Kekal, Harga Ayam Tidak Akan Diapungkan – PM

Advertisements

TERKINI: 24 Jun 2022 – Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.

Dalam sebuah kenyataan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan keputusan itu, kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.

Ini bermakna, katanya, pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan.

“Untuk itu, tiada kenaikan tarif elektrik kepada pengguna domestik di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pengenaan surcaj 3.70 sen/kWj dikekalkan kepada pengguna bukan domestik iaitu pengguna komersil dan industri.

Pada masa sama, katanya, kerajaan turut memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

Beliau berkata, harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

“Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup,” katanya.

(Sumber: Facebook Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob)

Leave a Comment