Talula Hill Farm Resort Kluang adalah salah satu pilihan penginapan terbaik di Malaysia yang menawarkan ketenangan alam semula jadi, suasana mesra keluarga serta kemudahan yang serba-serbi moden.
Resort ini menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa dan keluarga yang mahukan pengalaman penginapan yang dekat dengan alam semulajadi serta mempunyai pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan bersama-sama.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Talula Hill Farm Resort Kluang.
BACA JUGA: 10+ Cadangan Tempat Makan Sambut Anniversary Di Johor
Talula Hill Farm Resort Kluang
Talula Hill Farm Resort Kluang merupakan sebuah destinasi percutian unik yang terletak di kaki Gunung Lambak, Johor.
Resort ini menawarkan pengalaman “farm stay” yang berbeza daripada penginapan biasa. Dengan hanya 16 kabin, resort ini sangat eksklusif dan memberi privasi kepada setiap tetamu.
Resort ini bukan sekadar tempat bermalam tetapi juga berfungsi sebagai ladang buah-buahan, sayur-sayuran dan haiwan ternakan yang dibangunkan berasaskan prinsip kelestarian alam dan pertanian semula jadi.
Resort ini juga mengamalkan konsep farm-to-table, di mana setiap hasil pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang dituai akan digunakan terus dalam penyediaan makanan di restoran resort.
Pengunjung turut berpeluang untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti.
Contohnya seperti berkebun, memetik hasil ladang, memberi makan haiwan ternakan seperti kambing, ayam, dan arnab serta mencuba pelbagai aktiviti seni seperti lukisan batu, kelas kraftangan, membuat penanda buku dan sebagainya.
Terdapat juga aktiviti program khas hujung minggu seperti campfire dan BBQ.
Lokasi & Cara Ke Sana
Alamat: PTD 40612, Jalan Padang Tembak, 86000 Kluang, Johor Darul Ta’zim, Malaysia
Resort ini terletak lebih kurang 8 km dari pusat bandar Kluang dan kira‑kira 75 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Jika anda memandu dari Singapura, perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam setengah melalui Lebuhraya Utara-Selatan, manakala dari Kuala Lumpur pula sekitar 3 jam.
Pengunjung amat digalakkan menyewa kereta atau menggunakan pengangkutan sendiri kerana tiada pengangkutan awam terus ke resort.
Pilihan dan Harga Pakej Penginapan
Talula Hill Farm Resort Kluang menawarkan penginapan jenis kabin yang sesuai untuk keluarga, pasangan mahupun kumpulan kecil yang ingin menikmati suasana ladang moden dan keindahan alam semula jadi.
Kadar bilik biasanya bermula sekitar RM350 hingga RM600 satu malam, bergantung kepada jenis bilik dan musim.
Harga pakej biasanya termasuk:
- Sarapan pagi percuma untuk semua tetamu.
- Akses ke kolam renang, taman, dan kawasan ladang.
- WiFi percuma di bilik dan kawasan umum.
- Tempat letak kereta percuma
Waktu daftar masuk di Talula Hill Farm Resort bermula dari jam 3 petang, manakala daftar keluar sehingga jam 12 tengah hari.
Waktu daftar masuk di Talula Hill Farm Resort bermula dari jam 3 petang manakala daftar keluar sehingga jam 12 tengah hari.
Harga boleh berubah mengikut tarikh dan polisi resort, jadi disarankan untuk semak harga terkini sebelum tempahan. Caj tambahan mungkin dikenakan untuk katil tambahan, aktiviti khas atau permintaan khusus.
Tempahan boleh dilakukan melalui laman web rasmi Talula Hill Farm Resort, atau melalui platform pembelian seperti KLOOK.
Klook.comKemudahan
Walaupun resort ini berkonsepkan ladang, namun kemudahan di sini sangat lengkap. Antara kemudahan yang tersedia ialah:
1. Kabin moden dan selesa
Setiap kabin dilengkapi penghawa dingin, bilik air peribadi serta pemandangan alam. Susun atur bilik direka untuk keselesaan keluarga mahupun pasangan, dengan ruang yang luas dan privasi terjamin.
2. Kolam renang
Resort ini menyediakan kolam renang yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak bagi membolehkan tetamu bersantai dan menikmati suasana alam sekitar.
3. Restoran dan kafe berkonsepkan farm-to-table
Hidangan yang disajikan menggunakan bahan segar dari ladang sendiri, termasuk pilihan makanan tempatan dan barat yang lazat serta sihat. Menu berubah mengikut musim dan hasil tuaian.
4. Dewan acara dan ruang santai
Terdapat ruang khas untuk aktiviti dalaman seperti ping pong, carrom, board games serta ruang santai untuk membaca atau bersosial.
5. Akses WiFi
Walaupun resort ini menggalakkan ‘detox digital’, WiFi percuma tetap disediakan di kawasan umum dan bilik, sesuai untuk keperluan asas komunikasi.
6. Kedai hasil ladang
Tetamu boleh membeli sayur-sayuran, buah-buahan dan produk tempatan segar sebagai cenderahati atau untuk dibawa pulang.
7. Tempat letak kereta percuma
Kemudahan parkir yang luas dan selamat untuk semua tetamu.
8. Aktiviti ladang dan rekreasi
Pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti seperti memberi makan haiwan, berkebun, memancing, kelas seni, serta lawatan berpandu ke dusun buah-buahan dan kebun sayur.
Apa yang Menarik Di Talula Hill Farm Resort Kluang?
Bagi pengunjung yang mencari pengalaman lebih mendalam dengan alam semula jadi, Talula Hill Farm Resort Kluang menyediakan pelbagai aktiviti ladang interaktif yang menyeronokkan serta mendidik.
Antaranya:
1. Kebun Sayur Terbuka
Anda boleh menjelajah kawasan kebun sayur yang subur dan terjaga rapi apabila menginap di sini. Aktiviti ini sangat sesuai untuk mengisi masa lapang sepanjang penginapan di sini. Si kecil anda juga boleh belajar mengenai tanaman seperti bayam, sawi, bendi dan lain-lain.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh memetik hasil tanaman yang ada di sini dengan bantuan staf. Seronok!
2. Teres Buah (Fruit Terraces)
Talula Hill Farm Resort juga mempunyai ladang buah yang ditanam secara bertingkat di lereng bukit. Walaupun kawasan ini tidak dibuka secara bebas kerana faktor keselamatan (jalan curam dan licin), sebagai tetamu, anda boleh menyertai lawatan berpandu untuk meneroka pelbagai jenis pokok buah-buahan yang ditanam di sini.
3. Kunjungan ke Kandang Haiwan
Di kawasan Pond B, pengunjung boleh berinteraksi dengan haiwan-haiwan jinak seperti arnab, kambing dan ayam kampung. Aktiviti ini seperti ini memang disukai oleh kanak-kanak dan keluarga.
Anda juga boleh memberi makan haiwan-haiwan menggunakan makanan haiwan yang telah disediakan di stesen berdekatan.
4. Berkebun Bersama / Sukarelawan Ladang
Bagi sesiapa yang bercuti dengan hasrat untuk belajar berkebun dan mengenai pertanian, resort ini mengalu-alukan pendaftaran awal sebagai sukarelawan ladang.
Mereka yang mendaftar akan diberikan jadual khas aktiviti berkebun yang menyeronokkan termasuk menanam, menyiram, menuai dan kompos.Menariknya, sukarelawan akan diberi hasil ladang segar sebagai tanda penghargaan.
Siapa Sesuai ke Sini?
Talula Hill Farm Resort Kluang adalah destinasi wajib bagi:
- Keluarga yang ingin bonding tanpa gangguan gajet dan TV.
- Pencinta alam yang ingin merasai suasana ladang sebenar dan belajar tentang pertanian organik.
- Pelancong yang mencari ketenangan dari kehidupan bandar.
- Pasangan atau kumpulan yang ingin mengadakan retreat, team building, atau sambutan istimewa dalam suasana eksklusif dan damai.
Maklumat Lanjut
Untuk info terkini dan tempahan, anda boleh rujuk:
- Talula Hill Farm Resort
- Facebook Talula Hill Farm Resort Kluang
- Tiktok @talulahillkluang