Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023

Takwim bagi Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi tahun 2023 sudah dikeluarkan pihak sekolah, penganjur dan pelajar yang terlibat untuk melakukan persiapan rapi dengan sebaiknya.

Kejohanan MSSM merupakan kejohanan peringkat tinggi di peringkat sekolah setelah atlet yang terdiri daripada para pelajar melepasi kejohanan peringkat sekolah, (MSSD) dan negeri (MSSN).

Hanya sukan-sukan tertentu sahaja yang akan dipertandingkan di setiap tahun di peringkat MSSM dan takwim akan dikeluarkan lebih awal bagi memudahkan pemilihan atlet di peringkat sekolah, daerah dan negeri dibuat terlebih dahulu.

Tema MSSM 2023

Tema rasmi bagi penganjuran MSSM 2023 adalah “Sukan Nadi Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC)”.

Pemilihan tema ini selari dengan hasrat KPM dalam melahirkan konsep ‘Anak Yang Baik Lagi Cerdik’ dengan menitikberatkan pembentukan karakter, pembinaan insan, akhlak dan integriti dalam kalangan murid.

Sukan sebagai asas dan penggerak utama dalam usaha membudayakan adab, akhlak dan integriti dalam kalangan murid.

Baca lagi: Konsep “Anak Yang Baik lagi Cerdik” (ABC) – KPM

Sejarah MSSM

Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia Persekutuan Tanah  Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1958 melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Penasihat Persekutuan Tanah Melayu dan dianggotai oleh semua Ketua Pegawai Pelajaran Negeri.

Mesyuarat kali pertama diadakan pada 3 Mac 1958 di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selepas tertubuhnya Negara Malaysia pada tahun 1963, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah Malaysia atau lebih dikenali sebagai MSSM.

Untuk memperkasakannya, MSSM diletak dibawah Akta Pelajaran 1961 dan dibawah kuasa Menteri Pelajaran.

Tujuan asal penubuhan MSSM adalah untuk mengamalkan konsep sukan untuk kecemerlangan selaras dengan Dasar Sukan Negara.

Pada 6 April 2009, MSSM telah diwarta kerajaan Seri Paduka Bagida dan diterbitkan dengan kuasa mengikut Akta Pendidikan 1996.

Sebanyak 22 jenis sukan disenaraikan ketika itu dan telah berkembang kepada 24 jenis sukan sehingga sekarang.  

Jenis-jenis sukan dipertandingkan

Takwim MSSM

Untuk makluman, hanya 24 jenis sukan yang telah diwartakan untuk dipertandingkan mengikut takwim MSSM:

24 jenis sukan ini adalah seperti yang berikut:

  1. Akuatik
  2. Badminton
  3. Bola Baling
  4. Bola Keranjang
  5. Bola Tampar
  6. Boling Tenpin
  7. Catur
  8. Gimnastik Artistik
  9. GImrama
  10. Golf
  11. Hoki
  12. Kriket
  13. Memanah
  14. Pelayaran
  15. Ping Pong
  16. Ragbi
  17. Sepak Takraw
  18. Skuasy
  19. Tenis
  20. Bola Sepak
  21. Bola Jaring
  22. Sofbol
  23. Olahraga
  24. Merentas Desa

Takwim 2023

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan rasmi MSSM 2023 di https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/mssm2023/home

Lokasi penganjuran

Peta di bawah adalah senarai lokasi tuan rumah dan jenis-jenis sukan yang dipertandingkan di setiap lokasi.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: