Surat Kebenaran Ibu Bapa: Tujuan, Fungsi & Contoh Surat

surat kebenaran ibu bapa
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Untuk mengadakan aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah di luar sekolah yang melibatkan kehadiran murid, pihak sekolah mestilah mendapatkan surat kebenaran ibu bapa bagi tujuan tersebut.

Ini bagi memastikan setiap murid yang menyertai aktiviti terbabit telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa mereka.

Mengenai Surat Kebenaran Ibu Bapa

Surat kebenaran ibu bapa merupakan surat persetujuan yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga yang membenarkan anak mereka menyertai sesuatu aktiviti, sama ada di sekolah atau di luar sekolah. 

Surat ini mengandungi maklumat penting seperti butiran diri pelajar, aktiviti yang dibenarkan, serta persetujuan ibu bapa untuk anak mereka mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.

Dengan adanya persetujuan surat ini, ibu bapa tersebut bersetuju agar anak mereka menyertai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.

Tujuan Utama Surat Kebenaran Ibu Bapa

Tujuan utama surat ini diberikan adalah bagi kebenaran menghadiri aktiviti-aktiviti seperti:

  • Aktiviti Sekolah: Lawatan sambil belajar, sukan, perkhemahan, dan aktiviti kokurikulum lain. 
  • Penyelidikan atau Kajian
  • Aktiviti Luar: Sukaneka, pertandingan, atau program luar

Fungsi Utama Surat Kebenaran Ibu Bapa

Tujuan utama surat ini dikeluarkan adalah untuk:

  • Persetujuan Ibu Bapa: Ibu bapa atau penjaga telah memberikan kebenaran kepada anak mereka untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan.
  • Tanggungjawab: Menjelaskan tanggungjawab pihak penganjur terhadap keselamatan pelajar sepanjang aktiviti tersebut.
  • Rujukan Kecemasan: Surat ini boleh menjadi rujukan penting untuk tindakan selanjutnya, termasuk rawatan perubatan.
  • Dokumen Sah: Ia merupakan dokumen sah yang mengesahkan persetujuan ibu bapa secara bertulis.

Contoh Surat Kebenaran Ibu Bapa

Berikut adalah contoh surat kebenaran ini.

Alamat ibu bapa/ penjaga
________________________________
________________________________
________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

Nama Guru Besar/Guru Kelas
Alamat Guru Besar/Guru Kelas
_________________________________
_________________________________ Tarikh

Tuan,

KEBENARAN IBUBAPA/PENJAGA UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN/LAWATAN

Bahawa saya, (HURUF BESAR), (NO KAD PENGENALAN) ibu bapa/penjaga murid kepada (NO SURAT BERANAK) dengan ini membenarkan / tidak membenarkan anak jagaan saya mengikut aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah seperti berikut:

Aktiviti :
Tarikh :
Tempat :
Masa :

2. Saya faham bawa pihak sekolah telah pun memberi segala penerangan dan akan mengambil langkah-langkah pengawasan dan keselamatan sepanjang program tersebut diadakan.

3. Saya juga bersetuju memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat apa-apa perubahan kesihatan atau keadaan fizikal jagaan anak saya sebelum tarikh aktiviti berkenaan. Saya juga telah memastikan bahawa anak jagaan saya faham bahawa setiap peraturan dan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan guru pengiring hendaklah dipatuhi bagi memastikan keselamatan murid.

4. Saya juga memberikan kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberikan segala bentuk rawatan ke atas anak saya sekiranya diperlukan.

Sekian, terima kasih.

______________________________
( )

Selain itu, terdapat contoh-contoh lain yang hampir sama dengan surat ini iaitu:

Baca juga: Surat Tidak Hadir Ke Sekolah – Contoh & Template

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: