Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR): Insentif Khas RM300

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan mengenai Sumbangan Kesihatan Rahmah atau singkatannya SKR, insentif khas khusus buat warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sambutan Hari Peneroka Felda 2023.

Apa itu Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR)?

Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) merupakan insentif khas buat warga FELDA melibatkan peruntukan RM21.21 juta dan pembinaan pusat hemodialisis dengan peruntukan RM21 juta.

Pusat hemodialisis ini akan beri manfaat kepada 2,000 pesakit.

Selain itu, kerajaan turut akan mengeluarkan perbelanjaan untuk kos operasi lampu jalan dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.7 juta setahun, dan subsidi diesel RM36 juta setahun bagi tiga Felda di Sabah.

Pengumuman mengenai Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) ini merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup serta memelihara kebajikan penduduk FELDA terutamanya generasi pertama.

Sumbangan Kesihatan Rahmah

Manfaat Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR)

Insentif khas SKR sebanyak RM300 itu akan memanfaatkan 70,715 peneroka yang berumur 65 tahun ke atas.

Selain itum 12 pusat hemodialisis akan dibina di semua wilayah Felda dan sebuah lagi di premis Yayasan Felda di Kelana Jaya, yang akan memanfaatkan 2,000 pesakit.

Pembinaan pusat hemodialisis in dilakukan kerana kerajaan sedia maklum tentang kesusahan peneroka yang terpaksa berulang alik jauh ke hospital untuk menjalani rawatan hemodialisis.

Kerajaan juga tidak meminggirkan warga peneroka di Sabah dan sebagai manifestasi, beliau mengumumkan subsidi diesel berjumlah RM36 juta setahun bagi operasi penjanaan tenaga dan rawatan air di Kompleks Sahabat, Umas dan Kalabakan di Sabah.

Insentif itu akan memanfaatkan hampir 43,000 penduduk di kawasan berkenaan.

Artikel berkaitan: ePeneroka FELDA: Login, Daftar & Semakan Penyata Hutang Online

Cara memohon

Buat masa ini tiada perincian mengenai permohonan untuk mendapatkan Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) ini.

Walau bagaimanapun, diharapkan kerajaan dapat memastikan tiada warga FELDA yang berhak mendapat manfaat ini tercicir kerana mereka tidak tahu bagaimana caranya untuk mendapatkannya.

Untuk maklumat terkini, sila rujuk saluran berikut:

Insentif lain Warga FELDA

Selain pengumuman mengenai Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) ini, Perdana Menteri turut mengumumkan perkara-perkara berikut sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2023:

  • Program Digital MADANI – Kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan dilaksanakan di 30 pusat ekonomi digital (PEDi) yang dikenal pasti di seluruh negara untuk menjadikan Felda peneraju transformasi digital
  • Penyelesaian isu Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang terbengkalai –
  • Usaha membantu peneroka getah beralih kepada tanaman komoditi lain
  • Komitmen untuk melupuskan 80 peratus hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!