STR 2025 : Semakan Sumbangan Tunai Rahmah & Sumbangan Asas Rahmah
Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan bantuan persekolahan yang diberikan oleh kerajaan adalah salah satu inisiatif untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Belanjawan 2024 telah membuktikan keberkesanan insentif kerajaan tersebut dengan membantu meringankan beban kos sara hidup beliau tanpa terlalu terbeban dengan kenaikan harga barang.
Untuk artikel kali ini, kami akan berkongsi kepada anda maklumat terperinci berkenaan dengan STR 2025 yang telah dikemaskini secara rasmi.
Baca juga:
- Belanjawan Madani 2025 [ LIVE ] Pembentangan & Intipati
- STR Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran (2024)
- Borang MyKasih 2024: Syarat Permohonan dan Cara Mohon
Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah – STR 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) adalah satu bentuk bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai sebahagian dariapda inisiatif Bantuan Rahmah, bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya keluarga berpendapat rendah (B40) dan sederhana rendah (M40), dalamm mengurangkan kos sara hidup.
STR adalah kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Tujuan utamanya adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terrkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi semasa.
Untuk tahun 2025 kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion ketimbang RM10 bilion. Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.
Berikut dikongsikan infografik Sumbangan Tunai Rahmah 2025 :
Kadar Bayaran STR 2025 Bagi Setiap Kategori
Berita baik untuk penerima STR!
Bagi tahun 2025 nanti, kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.
- Penambahan peruntukan ini membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4600 berbanding RM3700.
- Kadar baharu bagi kategori bujang juga meningkat kepada RM600
- Sementara itu, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke MYKAD penerima bermula April 2025.
Berikut adalah kadar bayaran bagi setiap kategori yang diumumkan melalui Soalan Lazim STR 2025 :
Cara Semakan Status STR 2025
Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui beberapa cara berikut:
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran
Semakan status STR 2025 secara online boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Anda boleh rujuk panduan semakan STR 2025 seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran
- Masukkan kata laluan
Maksud Status
- Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar.
- Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
- Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2025.
- Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
- Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
- Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR_2025 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.
Syarat-syarat Permohonan / Kelayakan Setiap Kategori
Pemohon layak memohon STR 2025 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
a. Isi Rumah
i. Kahwin; atau
ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan
iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
b. Warga Emas Tiada Pasangan
i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
c. Bujang
i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Cara Permohonan STR 2025
Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2025 adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Anda boleh membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 melalui dua kaedah iaitu:
- Secara dalam talian di Portal STR 2025 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan. Anda boleh rujuk Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL.
Tarikh Akhir Permohonan
Permohonan Fasa 1 STR 2025 akan ditutup pada 30 November 2024. Walau bagaimanapun, permohonan bagi fasa seterusnya masih dibuka sepanjang tahun.
Kemaskini Maklumat
Anda boleh menambah maklumat akaun bank pemohon atau pasangan sekiranya tiada maklumat akaun bank pemohon atau pasangan pada borang permohonan STR 2025.
Pengemaskinian maklumat akaun bank juga dibenarkan sekiranya bayaran STR fasa terkini bukan melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan tersebut.
SIAPA PERLU KEMASKINI MAKLUMAT?
Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:
- perlu mengemas kini permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat;
- perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BKM 2022, STR 2023 dan 2024 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbangkan;
- tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat;
- tidak perlu kemas kini permohonan bagi pemohon kategori Warga Emas dan Pedalaman sekiranya tiada perubahan maklumat.
- Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu
Kaedah Pembayaran STR
Penerima bantuan STR boleh mendapatkan bayaran tersebut melalui dua cara iaitu:
- Walk In ke Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) : Bagi yang tidak memiliki akaun bank, bayaran boleh dituntut di cawangan BSN.
- Pengkreditan ke Akaun Bank : Wang bantuan akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
Maklumat Lanjut STR 2025
Maklumat lanjut mengenai STR 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Sila layari saluran berikut untuk mengetahui info terkini :
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Perincian Belanjawan 2025
- Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/