SSP BSN atau Sijil Simpanan Premium di Bank Simpanan Nasional merupakan produk simpanan BSN yang unik sejak tahun 1978.
Berbeza dengan simpanan biasa, SSP adalah satu simpanan berbentuk pelaburan patuh syariah yang menawarkan pulangan dividen setiap tahun.
Apa yang menariknya, ramai yang menyertai Sijil Simpanan Premium BSN ini kerana ia melayakkan individu tersebut untuk memenangi hadiah menarik setiap bulan serta RM1,000,000.
Berdasarkan dokumen Terma dan Syarat yang disediakan oleh pihak BSN, ia ‘dikendalikan mengikut prinsip Mudharabah serta tertakluk kepada Akta Bank Simpanan Nasional (BSN) 1974’ dan ‘menggunakan kaedah PER (Profit Equalisation Reserve) dalam menguruskan pulangan ke atas deposit akaun-akaun di bawah konsep Mudharabah.’
Ianya boleh dikatakan mirip dengan pelaburan ASB dan untuk mengetahui perbezannya, baca selanjutnya di SINI.
Kelebihan Sijil Simpanan Premium BSN
- Merupakan produk simpanan Patuh Syariah yang menawarkan peluang kepada penyimpan untuk memenangi hadiah dalam Cabutan Bertuah.
- Simpanan Sijil Premium oleh BSN ini dijamin oleh kerajaan.
- Semua hadiah dikecualikan daripada cukai pendapatan.
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang memiliki SSP (minimum RM5,000) layak memohon Kad Kredit BSN Al-Aiman.
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang memiliki SSP (minimum RM5,300) layak untuk memohon Pembiayaan Peribadi sehingga 95% daripada jumlah BSN SSP.
Baca juga : MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan
Tarikh Cabutan SSP BSN 2024
Berikut adalah tarikh cabutan bagi sijil simpanan premium sepanjang tahun 2024:
- Januari – 03/02/2024
- Februari – 02/03/2024
- Mac – 06/04/2024
- April – 04/05/2024
- Mei – 01/06/2024
- Jun – 06/07/2024
- Julai – 03/08/2024
- Ogos – 07/09/2024
- September – 05/10/2024
- Oktober – 02/11/2024
- November – 07/12/2024
- Disember – 04/01/2025
Kesemua cabutan akan dibuat di Auditorium Wisma BSN Jalan Ampang. Bagi hadiah cabutan bernilai RM1 juta, cabutan akan dibuat dari Februari sehingga Disember 2024.
Cara Melakukan Penyimpanan SSP BSN
Untuk pengetahuan anda terdapat 6 cara kita boleh menyimpan dengan Sijil Simpanan Premium atau SSP BSN.
- Melalui Perbankan SMS
- Daftar di mana-mana cawangan BSN.
- Taip “SSP<jarak>mpin<jarak>amaun”.
- Contoh: SSP 123456 100 dan hantarkan ke 36898.
- Balas “CONFIRM 7212” untuk pengesahan atau “CANCEL 5740” untuk pembatalan BSN SSP.
- Melalui Mesin ATM
- Masukkan kad ATM/Debit BSN.
- Pilih bahasa.
- Masukkan nombor PIN.
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Masukkan amaun dalam gandaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
- Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan kad ATM/Debit BSN)
- Masukkan kad ATM/Debit BSN.
- Pilih bahasa.
- Masukkan nombor PIN.
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai).
- Depositkan wang dalam gandaaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi
- Melalui Mesin Deposit Tunai (Tanpa kad ATM/Debit BSN, hanya untuk penyimpan sedia ada sahaja)
- Pilih bahasa.
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i.
- Depositkan wang dalam gandaaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
- Melalui Perbankan Internet myBSN
- Kunci masuk ke Laman Web BSN
- Pilih ‘Simpanan BSN eSSP’.
- Pilih ‘nombor akaun’ daripada senarai.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi.
- Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB)
- Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) ATAU kad ATM/Debit BSN atau tunai (bagi pelanggan sedia ada) kepada EB BSN.
- EB BSN akan proses simpanan BSN SSP di terminal POS.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi .
- Simpanan maksima adalah RM1,000 untuk setiap transaksi.
*NOTA PENTING:
- Sijil SSP BSN tidak akan dikeluarkan apabila anda membeli SSP secara online.
- Anda perlu semak dan sahkan alamat anda sebelum meneruskan pembelian SSP.
- Jika alamat anda belum dikemas kini, jangan teruskan pembelian. Pergi ke cawangan bank dahulu untuk mengemas kini alamat anda.
Kategori Cabutan SSP BSN 2024
Bagi tahun 2024 ini, terdapat 10 kategori cabutan yang telah diperkenalkan oleh Bank Simpanan Nasional. Berikut merupakan 10 kategori tersebut bersama syarat penyertaanya:
- Cabutan Jutawan
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Simpanan minimum: RM3,000.
- Tempoh simpanan minimum: enam puluh (60) hari*
- *Tidak terpakai untuk Cabutan Bulan November.
- Cabutan Bulanan
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Simpanan minimum: RM10.
- Cabutan Ulang Tahun BSN Ke-50
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Simpanan minimum: RM500.
- Cabutan Simpanan Konsisten
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Simpanan minimum: RM100.
- Simpanan berterusan minimum tiga (3) bulan secara berturut-turut bulan bermula Januari 2024.
- Gandaan Penyertaan bagi penyimpan yang membuat simpanan berterusan selama 12 bulan berturut-turut.
- Cabutan Wilayah
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Simpanan minimum: RM500.
- Cabutan Penyimpan Muda
- Individu berumur 12 – 21 tahun (Had umur Pelanggan yang layak adalah 21 tahun, 11 bulan dan 30 hari.)
- Simpanan minimum: RM100.
- Cabutan Kesetiaan
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Simpanan minimum: RM500.
- Tempoh simpanan minimum: 20 tahun dan ke atas.
- Cabutan Penyimpan Baru
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Simpanan minimum: RM500 dan Pelanggan baharu bank (Pelanggan baharu bank merupakan akaun BSN SSP yang dibuka 12 bulan sebelum tarikh cabutan.)
- Cabutan Istimewa Guru & Pekerja Barisan Hadapan
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Simpanan minimum: RM500.
- Cabutan Akaun Gaji (Gandaan Penyertaan)
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Pelanggan mestilah pemegang akaun gaji BSN.
- Simpanan minimum: RM500 dan purata baki RM1,000 dalam akaun gaji sebelum tarikh cabutan.
Cara Semakan Pemenang
Panduan Menyemak Keputusan SSP BSN adalah melalui empat (4) cara yang dinyatakan berikut:
- Melalui Laman Rasmi BSN
- Kunjungi www.mybsn.com.my
- Di bawah “Deposits-i”, klik “Keputusan Cabutan BSN SSP”
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda atau Nombor Sijil BSN SSP dan kemudian klik ‘Hantar’.
- Anda akan menerima mesej yang menyatakan sama ada anda menang atau tidak.
- Melalui Cawangan / Kaunter BSN
- Melalui Facebook BSN
Cara Membuat Tuntutan Dividen / Jualan Balik (Pengeluaran)
Anda boleh membuat tuntutan dividen SSP ini di cawangan BSN yang berdekatan dengan mengisi borang pengeluaran. Hanya perlu bawa Kad Pengenalan untuk pengesahan.
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat tambahan berkenaan SSP BSN ini anda boleh terus ke Facebook atau Instagram BSN. Anda juga boleh menghubungi pegawai bertugas di talian 1300 88 1900.
Pertanyaan juga boleh disalurkan melalui pos atau terus berurusan di cawangan BSN terdekat atau Unit BSN SSP di alamat berikut:
Unit BSN SSP,
Bahagian Deposit & Inisiatif Kerajaan,
Jabatan Operasi Perbankan,
Tingkat 8, Wisma BSN,
117, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.