SSM vs SSPA: Perbezaan, Kelebihan & Soalan Lazim (FAQ)

SSM vs SSPA: Perbezaan, Kelebihan & Soalan Lazim (FAQ)

Bermula pada 1 Disember 2024, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). 

Para penjawat awam boleh memilih sama ada untuk kekal di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) atau memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dalam tempoh 40 hari bermula 21 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024. 

Sekiranya anda masih perlukan lebih banyak info mengenai Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), berikut dikongsikan beberapa perkara penting untuk rujukan semua. 

BACA JUGA: Celik Digital – Penilaian Kemahiran Digital Penjawat Awam

Apa Itu Sistem Saraan Malaysia (SSM)?

Sistem Saraan Malaysia (SSM) telah diperkenalkan pada tahun 2002, menumpukan kepada aspek pengukuhan terhadap penambahbaikan di bawah SSB yang mana antaranya melibatkan pengenalan elemen kompetensi dalam pengurusan prestasi penjawat awam. 

Pada tahun 2011, sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah diperkenalkan dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak  RM2.9 bilion. 

Namun, pelaksanaannya telah dibatalkan dan SSM ditambah baik melalui pengenalan Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) dan kadar gaji baru serta kenaikan gaji 7% hingga 13%.

Pemantapan SSM diteruskan pada tahun 2016 melalui rasionalisasi skim perkhidmatan yang melibatkan penyeragaman gred lantikan, tambahan lapisan gred kenaikan pangkat, perluasan pemakaian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), pindaan perbekalan skim perkhidmatan, pemindahan kelayakan sijil politeknik / sijil setaraf Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) daripada skim perkhidmatan dengan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada skim perkhidmatan berkelayakan STPM/ diploma serta penjumudan dan pemansuhan skim perkhidmatan. 

Setelah hampir 21 tahun anggota perkhidmatan awam mengguna pakai SSM, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 7 Ogos 2023 telah bersetuju agar semakan sistem saraan dilaksanakan menerusi Kajian SSPA.

Ringkasan:

  • Kadar upahan untuk kerja mengikut. perkhidmatan, jawatan dan prestasi anggota. 
  • Kelayakan masuk dan latihan. 
  • Gaji pokok dan komponen berubah. 
  • Perbandingan adil bagi jenis dan peringkat kerja yang dianggap penting dan tinggi nilainya. 
  • Relativiti dan Pariti. 
  • Pengasingan bagi Badan-badan Berkanun tertentu yang mempunyai kemampuan dan segi kewangan dan jentera organisasi yang kukuh.
Sumber infografik : Laman web rasmi SSPA

Prinsip-Prinsip Saraan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM)

1. KADAR UPAH UNTUK KERJA 

Prinsip ini menetapkan bahawa seseorang pegawai yang menyandang sesuatu jawatan hendaklah dibayar upahan mengikut jenis kerjadan tanggungjawab yang dijalankan. Semakin berat dan kompleks tugas dan tanggungjawab yang dijalankan, semakin tinggi upahan yang diterima.

2. KELAYAKAN MASUK DAN LATIHAN 

Prinsip yang memerlukan seseorang calon memenuhi syarat kelayakan dan latihan yang ditetapkan bagi melayakkannya menjalankan sesuatu kerja dalam Sektor Awam dan prinsip ini membolehkan kadar upah ditentukan berdasarkan kepada kelayakan dan latihan yang ditetapkan dalam sesuatu Skim Perkhidmatan.

3. RELATIVITI DAN PARITI 

Relativiti: satu hubungkait munasabah dalam struktur gaji antara gred jawatan lebih tinggi dengan gred jawatan lebih rendah. Contohnya relativiti antara pegawai gred 48 dengan gred 29. 

Pariti: pegawai Perkhidmatan Awam dalam Kumpulan Perkhidmatan setaraf sewajarnya menerima saraan yang setaraf.Contohnya paritidi antara pegawai gred UD54 dengan M54.

4. PERBANDINGAN ADIL

Prinsip perbandingan adil menetapkan saraan yang diterima oleh pegawai perlulah munasabah dan secara keseluruhannya setanding dengan saraan semasa bagi jawatan setaraf di pasaran bagi membolehkan Sektor Awam menarik dan mengekalkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran.

5. GAJI POKOK DENGAN KOMPONEN BERUBAH

Prinsip ini menetapkan supaya pegawai dibayar gaji yang mencukupi untuk menyerah keperluan hidup asas (living wage) yang mengandungi keperluan bagi makanan,pakaian dan tempat tinggal.

6. PENGASINGAN

Prinsip ini mengasingkan pentadbiran saraan bagi badan-badan berkanun tertentu yang mempunyai kemampuan dari segi sumber kewangan dan jentera organisasi yang kukuh daripada sistem saraan Sektor Awam yang lain.

Apa Itu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

SSPA merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk memperbaharui dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. SSPA bakal menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang telah diguna pakai selama hampir 21 tahun bermula pada 1 Disember 2024. 

Semakan semula adalah selari dengan perkembangan semasa, serta seiring dengan peranan yang perlu dimainkan oleh perkhidmatan awam dalam mencapai aspirasi nasional yang digariskan menerusi dokumen-dokumen dasar termasuk Ekonomi MADANI, Rancangan Malaysia Ke-12 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) yang memberi fokus kepada keberkesanan dan pencapaian keberhasilan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Fokus SSPA tertumpu kepada aspek mempertingkatkan produktiviti perkhidmatan awam, menangani pendapatan yang tidak seiring dengan kos sara hidup serta mengukuhkan kemampanan fiskal negara.  

Melalui SSPA, kerajaan akan melaksanakan penambahbaikan menerusi pengukuhan elemen-elemen perkhidmatan awam iaitu, Pengoptimuman Sumber dan Peningkatan Produktiviti, Pengurusan dan Pembangunan Modal Insan, Pengukuhan Kepimpinan, Pengukuhan Tatakelola dan Pemerkasaan Penyampaian Perkhidmatan. 

SSPA dirangka sebagai satu sistem saraan yang berteraskan kepada aspek prestasi. Selaras dengan hasrat untuk memastikan peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam dan menjaga kesejahteraan pegawai, prinsip pemberian ganjaran berasaskan prestasi dan tatakelakuan diperkenalkan.  

BACA JUGA: SSPA – Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

Objektif Pelaksanaan SSPA

Berikut ialah beberapa objektif pelaksanaan SSPA:

  1. Bagi memastikan penjawat awam yang berprestasi tinggi dan berintegriti diberikan pengiktirafan;
  2. Bagi meningkatkan kecekapan penjawat awam serta struktur organisasi ke arah memantapkan penyampaian perkhidmatan;
  3. Bagimengoptimumkan sumber manusia dan kewangan negara; dan
  4. Bagi peningkatan kualiti perkhidmatan awam akan menyumbang kepada keberkesanan Kerajaan yang akan diterjemahkan dalam bentuk penarafan antarabangsa.

Prinsip Digunakan untuk Merangka SSPA

SSPA telah dibentuk dengan mengambil kira perkaitan antara pembentukan modal insan dan aspirasi nasional.

Tiga (3) elemen utama prinsip SSPA adalah Dinamik, Nilai dan Adil (DNA), yang merangkumi elemen organisasi dan penjawat awam seperti yang berikut:

  • Dinamik: Struktur dan skim perkhidmatan serta modal insan sektor awam yang tangkas dan sedia masa hadapan.
  • Nilai: Penerapan nilai dan amalan murni penjawat awam ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan perkhidmatan berorientasikan rakyat. 
  • Adil: Kesaksamaan dan kesamarataan dalam penetapan dasar sumber manusia merangkumi fasa sebelum semasa dan pasca perkhidmatan.

Perbezaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – SSM vs SSPA

Berikut ialah beberapa perbezaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA):

1. SSM vs SSPA – Umum

SSM vs SSPA: Perbezaan, Kelebihan & Soalan Lazim (FAQ)
Kredit: Cikgu Share / NUTP / NikFasihah N HarisHarun
Kredit: Cikgu Share / NUTP / NikFasihah N HarisHarun

2. SSM vs SSPA – Jenis Elaun

SSM vs SSPA: Perbezaan, Kelebihan & Soalan Lazim (FAQ)
Kredit: Cikgu Share / NUTP / NikFasihah N HarisHarun

3. SSM vs SSPA – Aspek Kemudahan

SSM vs SSPA: Perbezaan, Kelebihan & Soalan Lazim (FAQ)
Kredit: Cikgu Share / NUTP / NikFasihah N HarisHarun

4. Perbezaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Dari Aspek Kemajuan Kerjaya

SSM vs SSPA: Perbezaan, Kelebihan & Soalan Lazim (FAQ)
Kredit: Cikgu Share / NUTP / NikFasihah N HarisHarun

Contoh Simulasi Gaji SSM vs SSPA

RINGKASAN:

SSPA – TPG (Tarikh Pergerakan Gaji), KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) dan KGM (Kenaikan Gaji Maksimum)

  1. TPG masih kekal ada 4 – Januari, April, Julai dan Oktober
  2. Hanya pegawai yg dari gred 11 (SSM) yg ditukar lantik ke gred 19 (SSM) / gred 1 (SSPA) – TPG akan berubah kepada bulan OKTOBER.
  3. Gred lain yang hanya berubah kepada gred setara di SSPA (contoh gred N19 ke N1, JA29 ke JA5) – TPG tidak berubah
  4. KGT akan berubah mengikut Jadual baru dan Jadual Gaji Minimum – Maksimum juga akan standard mengikut Jadual di bawah tanpa mengira jawatan, hanya berdasarkan Gred.
  5. Sekiranya kadar KGT anda sekarang lebih tinggi dari dalam Jadual tersebut, anda akan kekal terima KGT sekarang yang lebih tinggi secara KUP.
  6. Kalau KGT sekarang lebih rendah dari dalam jadual, KGT ikut dalam Jadual.
  7. KGM adalah kadar kenaikan yangg digunakan kalau gaji anda hampir atau melebihi gaji maksimum di dalam jadual tu.

JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIUMUM BAGI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL MULAI 1 DISEMBER 2024

SSPA VS SSM
SSPA VS SSM
SSPA VS SSM

Selaras pelaksanaan SSPA, pergerakan gaji tahunan adalah berdasarkan syarat berikut :

  • Markah penilaian melebihi 75% (dahulu 60%)
  • Tidak dikenakan tindakan tatatertib dalam tahun penilaian – maksud bg perkara (c) lulus tapisan tatatertib dalam gambar di bawah
  • Memenuhi tempoh PGT yang melayakkan; dan
  • Diperakukan PPSM.
Sumber: Soalan Lazim SSPA

Contoh simulasi gaji untuk Jururawat dan Penerbit Rancangan pemberian BIPK dalam SSM dan SSPA.

Sumber : Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Simulasi N11 – Jumlah pelarasan gaji di Fasa 2 = RM496 (RM1,712 – RM1,216).

Sumber : Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Simulasi Gaji Gred 19

Peningkatan gaji untuk Gred 19 ialah 23.9%.
Jika Tuan/ Puan memilih opsyen SSPA, 1 Disember 2024 gaji baru ialah RM3,008.00.
Tunggu setahun, 1 Januari 2026 pula RM3,282.51.

Sumber : Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Simulasi Elaun Pegun

Sumber : Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Kelebihan SSPA

Kredit: Cikgu Share / NUTP / NikFasihah N HarisHarun
Kredit: Cikgu Share / NUTP / NikFasihah N HarisHarun

BACA JUGA: Kalkulator Gaji Penjawat Awam (SSPA) – Kira Kenaikan Gaji 2024

Soalan Lazim Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

1. SSPA terpakai kepada siapa?

JAWAPAN:

SSPA terpakai kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui Pekeliling Perkhidmatan SSPA yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada September 2024.

Peruntukan Pekeliling Perkhidmatan SSPA berkenaan pada keseluruhannya turut dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun, tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

Tawaran opsyen SSPA hanya diberikan kepada Pegawai Lantikan Tetap. Bagi pegawai-pegawai lantikan kontrak sedia ada termasuk Lantikan Kontrak (Interim), terma-terma kontrak akan diselaraskan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan SSPA.

2. Bilakah SSPA berkuat kuasa?

JAWAPAN: 

Tarikh kuat kuasa SSPA adalah pada 1 Disember 2024.

3. Apa kelebihan SSPA berbanding SSM?

JAWAPAN:

SSPA disediakan bersandarkan kepada falsafah ganjaran menyeluruh (total rewards) merangkumi skim perkhidmatan, urusan perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, dan persaraan serta faedah persaraan ke ] arah peningkatan motivasi, prestasi dan produktiviti perkhidmatan awam yang disokong dengan pembudayaan nilai-nilai teras yang ditetapkan dalam perkhidmatan awam.

Terdapat pelbagai penambahbaikan yang dibawa oleh SSPA kepada penjawat awam termasuk pelarasan gaji dan pencen, Jadual Gaji Maksimum-Minimum (JGMM) baharu, penambahbaikan dalam pemberian elaun, kemudahan, pemberian pengiktirafan dan struktur skim perkhidmatan.

4. Siapakah peneraju SSPA?

JAWAPAN:

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku jabatan penggerak utama dalam pembaharuan keseluruhan perkhidmatan awam telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kajian penambahbaikan sistem saraan perkhidmatan awam.

Kajian SSPA telah dijalankan bermula dari 29 Julai 2023 dan diterajui oleh oleh tiga (3) jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kecil Kerja Pengurusan Bakat (JKPB), Jawatankuasa Kecil Kerja Pembangunan Operasi (JKPO), dan Jawatankuasa Kecil Kerja Kemapanan Saraan (JKKS).

5. Apakah keberhasilan utama yang diperolehi melalui SSPA?

JAWAPAN:

SSPA memfokuskan kepada dua (2) keberhasilan utama seperti yang berikut:

  1. Memantapkan kesejahteraan dan produktiviti kerja penjawat awam. Peningkatan produktiviti dilihat melalui output kerja yang lebih tinggi dan layanan yang lebih berkualiti kepada masyarakat.
  1. Memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dengan mengoptimumkan sumber sedia ada seperti tenaga kerja, teknologi, dan kewangan dengan cara yang paling efektif dan efisien. Ini termasuk penambahbaikan proses-proses kerja dengan penggunaan teknologi bagi mengautomasi dan memudahkan prosedur, serta pengurangan pembaziran sumber. Melalui pengoptimuman sumber ini, sektor awam dapat menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat dengan lebih cepat, tepat dengan kos yang lebih rendah.

6. Apakah dokumen rujukan mengenai SSPA?

JAWAPAN:

Pegawai boleh merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan SSPA Tahun 2024 yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada September 2024 dan Senarai Soalan Lazim Pekeliling Perkhidmatan SSPA yang dilampirkan di bawah.

Berikut dilampirkan SENARAI SOALAN LAZIM PEKELILING PERKHIDMATAN SSPA yang lebih terperinci untuk dimuat turun (kemaskini 14 September 2024) :

*Sumber: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Maklumat Lanjut SSM vs SSPA

Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk Portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Jawapan Perkhidmatan Awam. 

PEKELILING SSPA SSM

Pemakluman:

  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 hingga 5 Tahun 2024 dan Surat Pelaksanaan Bilangan 6 Tahun 2024 akan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.
  • Pekeliling Perkhidmatan berikut perlu dirujuk kepada Pengurus Sumber Manusia (PSM) di Kementerian/Jabatan/Agensi berkenaan:
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2024 – Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2024 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2024 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
  • Surat Pelaksanaan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Bantu kami share artikel ini: