SSDM KPM – Login Sistem Sahsiah Diri Murid

Sistem Sahsiah Diri Murid
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

SSDM (Sistem Sahsiah Diri Murid) merupakan sebuah portal atau sistem yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengurus dan merekod sahsiah dan disiplin para pelajar di sekolah. Portal ini boleh diakses melalui pautan ssdm.moe.gov.my/

Menurut Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek, Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) akan dikembalikan kepada fungsi asalnya bagi memudahkan urusan dan mengurangkan beban tugas guru.

SSDM akan digunakan untuk merekod salah laku dan tindakan disiplin murid bukan lagi untuk merekod amalan baik seperti sebelum ini. Ini sekaligus, mengurangkan beban tugas guru yang sebelum ini terpaksa memasukkan data amalan baik dalam jumlah yang sangat banyak.

Langkah penambahbaikan ini akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Berikut dikongsikan info terkini dan lebih terperinci mengenai SSDM KPM.

Apa Itu SSDM?

Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) adalah satu sistem digital yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merekod dan memantau sahsiah serta disiplin pelajar di sekolah.

SSDM berfungsi merekod tingkah laku pelajar bagi membantu menilai status sahsiah murid secara holistik dan berterusan.

Melalui sistem ini, guru dan pentadbir sekolah dapat mengesan tingkah laku positif dan negatif murid, yang kemudiannya digunakan untuk mengambil tindakan yang sesuai serta menggalakkan nilai murni dalam kalangan pelajar.

SSDM KPM
SSDM KPM

Matlamat utama SSDM adalah untuk membentuk sahsiah dan jati diri pelajar dengan menggalakkan nilai murni serta menyediakan data yang sahih bagi memudahkan pengurusan disiplin sekolah.

Terkini, fungsi SSDM telah dikembalikan kepada fokus asalnya yang menumpukan pada pencatatan salah laku dan tindakan disiplin murid sahaja bagi mengurangkan beban tugas guru.

Ini bermakna SSDM kini tidak lagi digunakan untuk merekod amalan baik secara meluas supaya guru dapat lebih fokus kepada tugas akademik dan kurikulum baharu yang akan dilaksanakan. Sistem ini juga membantu memantau trend kes buli dan isu disiplin lain secara lebih objektif.

Matlamat & Objektif

Matlamat Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) KPM adalah untuk membangunkan satu sistem yang dapat mengukur status sahsiah murid secara holistik.

Objektif utama SSDM termasuk:

  • Membangunkan sistem yang valid dan holistik untuk menilai sahsiah murid.
  • Menambah baik sistem SSDM sedia ada dari segi penggunaan dan keberkesanan.
  • Membantu pihak sekolah dalam menentukan tindakan atau hukuman disiplin mengikut peraturan dan Standard Operasi Prosedur (SOP).
  • Memantapkan pengurusan sahsiah di sekolah dengan sokongan teknologi maklumat.
  • Memastikan murid yang melakukan kesalahan disiplin mendapat bantuan penuh daripada guru bimbingan dan kaunseling.
  • Menjalinkan rangkaian kerjasama jelas antara guru, guru disiplin, pengetua, kaunselor, murid dan penjaga.
  • Menyediakan pengkalan data disiplin yang boleh digunakan untuk laporan, sijil akuan sahsiah, dan pengiktirafan status sahsiah murid secara progresif.
  • Menyediakan data yang tepat untuk kegunaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Kementerian Pendidikan Negeri (KPN), dan KPM bagi pengurusan sahsiah pelajar.

SSDM akan kembali kepada fungsi asal iaitu hanya merekod kes salah laku dan tindakan disiplin bagi mengurangkan beban kerja guru dan memberi tumpuan kepada pelaksanaan kurikulum baharu 2026 dan 2027.

Dengan penekanan terhadap fungsi asal ini, SSDM diharap dapat lebih menyokong sistem pendidikan dalam pembentukan sahsiah pelajar secara objektif, efektif, dan bersepadu dalam ekosistem pendidikan Malaysia.

Penambahbaikan Terbaru SSDM KPM

Pada November 2025, KPM mengumumkan bahawa SSDM akan dikembalikan kepada fungsi asalnya yang menumpukan kepada pencatatan salah laku dan tindakan disiplin murid sahaja.

Langkah ini akan mengurangkan tekanan terhadap guru yang sebelum ini perlu merekodkan amalan baik pelajar secara berlebihan.

Dengan penambahbaikan ini, guru dapat menumpukan lebih masa untuk tugas akademik dan pembelajaran kurikulum baharu yang akan dilaksanakan pada tahun 2026 dan 2027.

ssdm
Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek

Keputusan penambahbaikan SSDM KPM ini disambut baik oleh Persatuan Guru NUTP yang sebelum ini membantah beban kerja yang terlalu berat berkaitan dengan rekod dalam sistem SSDM.

Dengan rekod salah laku sahaja yang didokumenkan, pengurusan sekolah dapat memberi tumpuan lebih objektif terhadap pelajar yang bermasalah, termasuk isu buli yang semakin meningkat di sekolah-sekolah.

Selain itu, data yang lebih fokus dapat membantu pihak berkuasa membuat intervensi pemulihan yang tepat dan berkesan.

Tahap Pengguna

Sistem ini hanya boleh diakses oleh 4 tahap pengguna seperti yang disenaraikan di bawah ini:

  • Sekolah
  • Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
  • Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
  • Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)

Setiap tahap pengguna mempunyai akses dan fungsi tertentu dalam sistem mengikut peranan mereka untuk memastikan data sahsiah murid dapat direkod dan dipantau secara berkesan dari peringkat sekolah hingga ke KPM.

Ini membolehkan pendekatan bersepadu dalam memperbaiki sahsiah pelajar dan disiplin di sekolah seluruh negara.

Panduan Login SSDM KPM

Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada 4 tahap pengguna di atas, anda boleh log masuk portal SSDM dengan mengikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Layari laman web rasmi SSDM di https://ssdm.moe.gov.my/.
  2. Masukkan ID Pengguna dan Katalaluan yang telah diberikan oleh pihak sekolah atau pentadbir SSDM. ID dan kata laluan ini boleh diperoleh melalui pegawai SSDM di Pejabat Pendidikan Negeri (JPN) atau Bahagian Pengurusan Sekolah.
  3. Klik butang “Masuk” untuk mengakses sistem.
  4. Setelah berjaya log masuk, pengguna boleh mengakses beberapa menu utama seperti maklumat murid, kemaskini rekod disiplin, cetakan surat amaran, laporan, dan lain-lain.
  5. Jika terlupa kata laluan, klik pautan “Lupa Katalaluan?” pada halaman log masuk dan ikut arahan untuk menetapkan semula kata laluan, atau hubungi pegawai SSDM di JPN/Bahagian untuk bantuan.

 Ibu bapa dan pelajar tidak mempunyai akses langsung ke sistem ini, namun boleh mendapatkan maklumat melalui guru kelas atau guru disiplin sekolah masing-masing.

BACA JUGA: School Holiday 2026 Malaysia – Public Holidays & KPM Calendar

Senarai Manual Pengguna

Untuk panduan penuh cara menggunakan sistem Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) seperti memasukkan rekod salahlaku murid, kemaskini maklumat murid, melihat laporan statisitik salah laku dan sebagainya. Sila klik fail di bawah ini untuk muat turun.

Manual (Link Download) Keterangan 
Manual Pengguna – SekolahManual untuk penggunaan Sistem Sahsiah Diri Murid online bagi tahap pengguna Sekolah (pdf)
Manual Pengguna – PPDManual penggunaan online bagi tahap pengguna PPD (dalam bentuk pdf)
Manual Pengguna – JPNManual penggunaan online bagi tahap pengguna JPN (dalam bentuk pdf)
Manual Pengguna – BPSHManual penggunaan online untuk tahap pengguna di Kementerian, iaitu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (dalam bentuk pdf)
Slide Latihan Pengguna SekolahSlide manual penggunaan online dalam bentuk powerpoint

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai sistem ini, sila hubungi pegawai yang bertugas seperti maklumat yang tertera di bawah:

Unit Pembangunanan Sahsiah Murid
Sektor Hal Ehwal Murid
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3 & 4, Blok E2,
Parcel E, 62604 Putrajaya
Tel : 03-88849339

Sila rujuk >> PEGAWAI MEJA SSDM MENGIKUT NEGERI

CARA EMEL ADUAN / MASALAH

1. Nyatakan nama,no telefon dan dari sekolah mana
2. Nyatakan butiran ‘error’ atau ralat sistem berlaku
      seperti (tarikh,masa,bagaimana masalah terjadi)
3. ‘Print screen error’/ralat dan emelkan aduan dan dokumen tersebut ke alamat emel [email protected]

Soalan Lazim SSDM KPM

Apakah tujuan utama SSDM diperkenalkan?

SSDM diperkenalkan untuk merekod dan mengurus sahsiah serta disiplin pelajar secara holistik, membantu memupuk nilai murni dan jati diri pelajar.

Siapa yang boleh mengakses?

Hanya guru, pentadbir sekolah, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan Bahagian Pengurusan Sekolah KPM yang mempunyai akses ke sistem ini.

Bagaimana cara login ke dalam SSDM?

Pengguna perlu melayari laman rasmi ssdm.moe.gov.my/ dan memasukkan ID pengguna serta kata laluan yang disediakan oleh JPN atau pentadbir sekolah.

Apakah fungsi utama SSDM terkini?

Fungsinya kini menumpukan kepada pencatatan kes salah laku dan tindakan disiplin pelajar sahaja, bagi mengurangkan beban kerja guru.

Bolehkah amalan baik pelajar direkod dalam SSDM?

Sebelum penambahbaikan terkini, amalan baik juga direkod, tetapi telah dikembalikan kepada fungsi asal yang fokus kepada salah laku murid untuk mengurangkan beban tugas guru.

Apa yang perlu dilakukan jika terlupa kata laluan SSDM?

Pengguna boleh menggunakan fungsi “Lupa Katalaluan” pada portal atau menghubungi pegawai di JPN atau pentadbir sistem untuk penetapan semula kata laluan.

Bagaimana SSDM membantu dalam pengurusan disiplin?

Portal ini menyediakan rekod digital yang sistematik untuk tindakan disiplin, mengenal pasti murid bermasalah, dan menyediakan laporan serta surat amaran yang boleh dicetak.

Apa itu IDME SSDM?

IDME adalah sistem log masuk tunggal (Single Sign-On) untuk akses ke semua sistem KPM, termasuk SSDM dan lain-lain.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut