Sistem Permohonan Sekolah Khusus Tingkatan 1 atau singkatannya SPSKT1 merupakan sebuah sistem berpusat yang telah dibangunkan oleh kerajaan untuk memudahkan proses permohonan ke sekolah-sekolah khusus bagi pengajian di Tingkatan 1 setelah pelajar menamatkan pengajian di sekolah rendah.
Sistem Permohonan Sekolah Khusus Tingkatan 1 ini lahir susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke khusus berikut di Tingkatan 1:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Artikel berkaitan: Permohonan Sekolah Khusus Tingkatan 1 & 4 KPM 2024/2025
SPSKT1 : Sistem Permohonan Sekolah Khusus
Sistem Permohonan Sekolah Khusus Tingkatan 1 atau singkatannya SPSKT1 merupakan sebuah sistem berpusat yang telah dibangunkan oleh kerajaan untuk memudahkan proses permohonan ke sekolah-sekolah khusus bagi pengajian di Tingkatan 1 setelah pelajar menamatkan pengajian di sekolah rendah.
Untuk maklumat anda, berikut adalah kapasiti sekolah-sekolah khusus yang disenaraikan anda seperti yang dipaparkan dalam laman web SPSKT1:
Promosi: Dapatkan Buku Teks Tingkatan 1 Pos terus ke rumah anda
Panduan Permohonan Sekolah Khusus Online Melalui SPSKT1
Berikut merupakan infografik panduan permohonan melalui Sistem Permohonan Sekolah Khusus Tingkatan 1 (SPSKT1).
Panduan Am
- Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
- Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT.
- Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
- PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak.
- Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/ SMKA/ SMT/ KV/ MTD). PKSK Tingkatan 4 akan dilaksanakan dalam tempoh 02 Oktober 2023 hingga 13 Oktober 2023.
Panduan Khusus
- Pemohon dikehendaki memasukkan No. MyKad Murid dan No. MyKad/ No. Pengenalan Diri Penjaga Utama/ Penjaga Kedua kemudian tekan Log Masuk.
- Maklumat pemohon yang telah dipaparkan adalah maklumat padanan daripada Modul Pengurusan Murid. Jika terdapat maklumat yang tidak tepat, sila kemaskini maklumat di portal SPATKPM di pautan public.moe.gov.my. Seterusnya, sila berhubung dengan guru kelas sekolah asal untuk pengesahan pindaan maklumat. Pindaan maklumat yang telah disahkan oleh guru kelas akan dikemaskini dalam sistem permohonan ini secara automatik.
Semakan PKSK
Pemohon yang menghantar permohonan boleh membuat semakan Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) melalui laman web SPSKT1 di halaman https://spskt1.moe.gov.my/ atau https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm
- Masukkan nombor MyKad Pemohon
- Masukkan nombor MyKad Penjaga Utama
- Klik butang “Klik Untuk Semak”
Semakan Keputusan PKSK / Tawaran Sekolah Khusus 2024/2025
SEMAKAN TAWARAN PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU (1)
SEKOLAH KHUSUS (SBP/SMKA)
SESI 2024/2025 ADALAH PADA
1 MAC 2024
HARAP MAKLUM
Sila buat semakan melalui pautan berikut: https://spskt1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/
Pertanyaan dan maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan atau aduan boleh disalurkan melalui emel : [email protected]