Skim Pembiayaan Informal ( SPIN TEKUN ) adalah pembiayaan kepada usahawan yang tiada lagi Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) atau lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Antara objektif Skim Pembiayaan Informal (SPIN) ini adalah untuk membantu usahawan yang baru memulakan perniagaan tanpa daftar perniagaan atau lesen perniagaan dalam kesukaran masa pandemik COVID-19.
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan dibawah skim ini ialah dari RM1,000 hingga RM5,000.
Berikut kami kongsikan maklumat lanjut tentang program ini khusus bagi usahawan yang berminat.
Apakah Skim Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN?
Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) adalah pembiayaan kepada usahawan yang tiada lagi Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) atau lesen Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ).
Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan patuh syariah boleh dipohon melalui skim ini.
Antara kriteria bagi SPIN ialah warganegara Malaysia yang mempunyai bukti perniagaan selain premis mereka akan turut dikunjungi oleh wakil TEKUN Nasional sebelum mendapat kelulusan.
Baca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon
Jumlah Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan dibawah skim ini ialah dari RM1,000 hingga RM5,000.
Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Bumiputera dan Masyarakat India yang mempunyai perniagaan sah.
- Usahawan perlu menyertakan Borang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04 ) ini bersama dengan borang permohonan pembiayaan (JPTT/Borang/02,JPTT/Borang/03, JPP/Borang/02 atau JPP/Borang/07)
- Borang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04) adalah dokumen yang mengantikan Lesen atau Pendaftaran Perniagaan (SSM)
- Borang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04 ) ini perlu dicop dan disahkan oleh Pemimpin Tempatan/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Ketua PSAT.
Baca juga: LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semakan Status & Baki Pinjaman
Cara Permohonan / Muat Turun Borang Permohonan
Peserta boleh memuat turun Borang Permohonan Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN di bawah.
- JPP Borang 02 – Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN
- JPP Borang 07 – Borang Permohonan Pembiayaan Ulangan, Bertindih atau Berasingan
- JPTT Borang 02 – Borang Permohonan Pembiayaan TEMAN TEKUN
- JPTT Borang 03 – Borang Permohonan Pembiayaan Ulangan, Bertindih atau Berasingan Skim TEMAN TEKUN
- JPTT Borang 04 – Surat Pengesahan Perniagaan
Kepada yang berminat boleh terus menghubungi pejabat TEKUN yang berhampiran atau mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.
Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat)
Sila rujuk senarai Pejabat TEKUN Nasional di setiap negeri di bawah ini:
Maklumat Lanjut Tentang Skim Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN
Maklumat lanjut tentang pembiayaan ini boleh didapati melalui laman web rasmi TEKUN Nasional di www.tekun.gov.my
ATAU
Hubungi ibu pejabat TEKUN di
TEKUN NASIONAL
Ibu Pejabat TEKUN Nasional
T5-01-01, Menara 5,
Jalan Lingkaran Tengah, Lingkaran Maju ( Maju Link ),
57000 Bandar Tasik Selatan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-9059 8888. No. Faks: 03-9059 9292.
Emel: mailbox@tekun.gov.my