Solat musafir merupakan salah satu solat sunat yang boleh dilakukan oleh umat Islam sebelum kita hendak memulakan perjalanan yang jauh.
Solat ini dilakukan bagi memohon keredaan dan perlindungan Allah SWT sepanjang perjalanan kita nanti.
Untuk mengetahui cara melakukan solat sunat ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Baca juga:
Apa itu Solat Sunat Musafir?
Solat Sunat Musafir atau Solat Safar adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan di rumah kediamannya ketika seseorang yang bakal atau ingin memulakan sesuatu perjalanan melebihi 2 Marhalah (80 – 90 kilometer)
Hukum melaksanakan solat sunat ini adalah sunat. Ia dilakukan seperti solat-solat sunat biasa yang lain dengan dua rakaat. Berikut merupakan antara hadis yang membincangkan berkenaan solat sunat ini:
ما خلف أحد على أهله أفضل من ركعتين يركعهما عندهم حين يريد السفر
“Tiada seorang hamba meninggalkan atas keluarganya sesuatu yang lebih utama daripada melakukan rukuk (solat) dua rakaat di dekat keluarganya ketika menghendaki musafir (safar).”
Al-Imam An-Nawawi, Al-Majmu’, Dar Ihya’ At-Turots al-ArobiyTrending sekarang
Daripada Abu Hurairah ra, Nabi SAW ada bersabda:
إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ
وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ
“Jika kamu keluar dari rumahmu, maka lakukanlah solat dua rakaat yang dengan ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika kamu memasuki rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan yang masuk ke dalam rumah.”
H.R. Al-Bazzar
Hukum bermusafir
Bagi anda yang bakal bermusafir, berikut merupakan hukum melaksanakan musafir dalam Islam:
- Wajib: Berkemampuan bermusafir ke Mekah untuk menunaikan ibadat.
- Sunat: Menziarahi keluarga, saudara mara dan waris.
- Harus: Bermusafir di mana-mana sahaja tempat yang diharuskan syarak.
- Makruh: Jika bermusafir tanpa tujuan dan matlamat yang baik.
- Haram: Bermusafir dengan tujuan untuk melakukan maksiat
Niat Solat Musafir
Bagi anda yang ingin melakukan solat sunat jenis ini, berikut merupakan niat yang perlu anda lafazkan sewaktu melaksanakan solat sunat ini:
أُصَلِّي سُنَّةً السَّفَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli Sunnatas-Safari Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Makna: Aku berniat solat sunat musafir dua rakaat kerana Allah Taala
Baca juga: Niat Solat Jemaah & Kelebihan Melakukannya
Panduan Solat Sunat Musafir
Bagi anda yang bakal melakukan solat sunat ini, anda boleh melakukan ia seperti solat sunat dua rakaat yang lain. Anda hanya perlu memastikan anda mengikuti rukun-rukun Islam yang telah ditetapkan.
Anda juga digalakkan untuk membaca Surah Al Kafirun sebagai surah tambahan pada rakaat pertama, dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua. Anda boleh lihat dan ikuti rukun solat di bawah sebagai panduan anda:
- Mulakan solat dengan niat dan lafaz takbiratulihram.
- Baca doa iftitah dan bacaan Al-Fatihah seperti solat biasa.
- Baca Surah Al-Kafirun atau surah-surah lain daripada Al-Quran
- Meneruskan rukuk, sujud dan seterusnya.
- Membaca Al-Fatihah, kemudian Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.
- Teruskan sehingga selesai solat.
- Memberi salam.
Doa Bermusafir
Setelah selesai menunaikan solat sunat musafir anda boleh membaca salah satu doa di bawah sebelum memulakan perjalanan anda:
سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا، وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ ،اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ .وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ
Subhaanal Lazii Sakh KhaRaLana Hazaa Wa Maa KunNaLaHuu MuqRinin Wa Inna iIaa Rabbina Lamung Qalibuun. Allahumma inna Nas Aluka fii Safarinaa Hazaal Birra Wattaqwaa, Waminal Amali Maa Tardhaa. Allahumma Hawwin ‘Alainaa SafaraNaa Hazaa Wa Atwi Anna Bu’dah. Allahumma AntasSoohiibu FissaFari Wal KhaliiFatu Fil Ahli. Allahumma innaa Na ‘Uuzubika Min Wa’thaa issaFar, Waka Aa Batil Mang Zhori Wa Suu ilmung Qalabi fil Maali Wal Ahli.
Makna : Maha Suci Tuhan yang telah mempermudahkan kami dan kami tidak syirik kepadaNya, juga kepadaNya kami kembali. Ya Allah,kami memohon pada perjalanan kami ini kebaikan, ketaqwaan, dan amalan yang engkau redhai. Ya Allah,mudahkanlah bagi kami perjalanan ini dan pendekkanlah perjalanan ini.Wahai Tuhan kami,Engkaulah pengiring di dalam perjalanan ini dan Penjaga keluarga kami. Ya Tuhan kami,kami memohon di pelihara daripada segala kesusahan perjalanan ini dan perkara-perkara buruk yang dilihat dan berlaku kepada harta dan keluarga kami.
Bagi anda yang tidak mempunyai masa yang panjang, anda boleh membaca ringkasan doa musafir di bawah:
سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
subhanallazi sakkharalana haza wama kunna lahu muqrinin wa inna ila rabbina lamunqolibun
Makna: Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
Trending sekarang
Diharapkan artikel ini, dapat melancarkan perjalanan anda sewaktu anda bermusafir nanti, dan dalam masa diharapkan ia dapat membantu kita semua untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik.
Untuk mendapatkan lebih banyak lagi perkongsian berkenaan dengan ilmu agama dan soal jawab berkenaan fiqh dari sudut pandang Mufti, anda boleh ikuti kami di e-Central (Agama) dan Taqwa.
Dapatkan telekung dan sejadah travel di Shopee dengan harga yang murah dan berpatutan bagi memudahkan perjalanan anda.
Sumber:
- Al-Kafi #1004: Hukum Solat Musafir Bagi Mereka Yang Mempunyai Dua Tempat Tinggal. Mufti Wilayah Persekutuan
- Cara Solat Musafir: Niat, Hukum dan Tips Bermusafir. Taqwa.my
- Kesalahan Dalam Solat Yang Ramai Orang Terlepas Pandang. Taqwa.my