Solat Jamak Dan Qasar : Panduan, Syarat & Niat (JAKIM)

solat jamak qasar
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

SOLAT JAMAK & QASAR

Apabila kita bermusafir lebih daripada dua marhalah, kita diberi kelonggaran untuk menjamak (menghimpun) dan mengqasar (memendekkan) solat.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Solat Jamak & Qasar untuk panduan kita bersama.

Pengertian

Solat jamak dan qasar adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada hamba-Nya bagi orang musafir dengan jarak melebihi dua marhalah.

SYARAT-SYARAT PERJALANAN YANG DIHARUSKAN SOLAT JAMA’ & QASAR

  1. Perjalanan yang jaraknya 81 km dan lebih.
  2. Perjalanan yang tentu tujuannya (bukan merayau).
  3. Perjalanan yang tidak bertujuan maksiat.
  4. Tidak diambil kira perjalanan untuk berniaga arak, mengamal riba atau menyamun.
solat jamak qasar

Solat Qasar (Memendekkan)

Solat qasar bermaksud memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat.

Solat yang boleh dipendekkan (qasar) adalah solat Zohor, Asar dan Isyak.

Syarat-syarat Solat Qasar

  1. Solat fardhu yang diqqasarkan berkenaan wajib ke atas seseorang yang bermusafir dan melakukannya semasa bermusafir itu
  2. Perjalanannya telah melepasi sempadan qaryah
  3. Tidak berniat menetap selama 4 hari atau lebih di tempat yang dituju (tak termasuk hari datang & pulang).
  4. Tidak mengikuti imam solat yang bermukim.
solat jamak qasar

Berapa Hari Kita Dibolehkan Solat Jamak dan Qasar?

Masih ramai antara kita yang lupa atau tertanya-tanya soalan berikut: Berapa hari dibolehkan solat jamak dan qasar?

Menurut JAKIM, tempoh dibolehkan Jamak dan Qasar adalah 3 hari 3 malam, tidak termasuk hari datang dan hari pulang.

TETAPI, jika seseorang berniat tinggal di suatu tempat selama 4 hari atau lebih, maka TIDAK BOLEH QASAR dan JAMAK ketika sampai di tempat itu kerana sudah dikira bermukim.

Namun, ketika masih dalam perjalanan, tiada had hari yang tetap, dibolehkan qasar dan jamak sehingga sampai ke destinasi musafir.

Baca juga: JAKIM: Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Berjemaah & Bersendirian

Solat Jamak (Menghimpunkan)

Solat jamak bermaksud menghimpunkan atau mengumpulkan 2 solat dalam satu waktu.

Contohnya:

  • Mengumpulkan solat Zohor kepada Asar dan sebaliknya
  • Mengumpulkan solat Maghrib dengan Isyak dan sebaliknya

Solat Jamak terbahagi kepada 2:

i) JAMAK TAKDIM

  • Kedua-dua solat mengikut tertib (dahului dengan solat empunya waktu)
  • Niat jamak dilakukan dalam solat yang pertama (hingga sebelum beri salam)
  • Berturut-turut antara solat pertama & kedua
  • Masih musafir hingga takbir solat kedua

iI) JAMAK TA’KHIR

  • Niat ta’khir kan solat pertama pada waktu kedua adalah ketika masuk waktu solat pertama.
  • Masih musafir hingga selesai kedua-dua solat
  • Tertib di antara kedua-dua solat TIDAK DISYARATKAN malah boleh dimulakan dengan amna-mana antara 2 solat tersebut
solat jamak qasar

Lafaz Niat

i) Niat Jamak Taqdim dan Qasar

ZOHOR – ASAR

“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah SWT.”

“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Zohor tunai kerana Allah SWT.”

MAGHRIB – ISYAK

“Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah SWT.”

“Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah SWT.”

ii) Niat Jamak Takhir dan Qasar

ASAR – ZOHOR

“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Zohor tunai kerana Allah SWT.”

“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah SWT.”

ISYAK – MAGHRIB

“Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah SWT.”

“Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah SWT.”

Sumber infografik: JAKIM

Panduan Video

Himpunan Serta Panduan Solat Sunat (DVD Version) Solat Jamak Dan Qasar

Sumber: MVM Islamic YouTube Channel

Akhir kata, jagalah solat walau di mana kita berada.

Semoga Allah SWT merahmati permusafiran kita dan melindungi daripada sebarang kesusahan dan kepayahan.

Selamat Balik Kampung Semua!

Baca juga: Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah – Jabatan Agama Islam WP (JAWI)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut