Pendaftaran Skim Latihan Modular Pacuan Industri Perak, Elaun RM500

PELBAGAI PELUANG PEKERJAAN DI BAWAH PROGRAM LATIHAN MODULAR INDUSTRI NEGERI PERAK

Skim Latihan Modular Pacuan Industri Negeri Perak merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Perak untuk membantu pemerkasaan kemahiran TVET di samping menyediakan peluang pekerjaan bagi penduduk negeri Perak.

Secara ringkasnya, antara kelebihan program ini termasuklah:

  • ELAUN LATIHAN SEBANYAK RM500 AKAN DIBERIKAN
  • PERSIJILAN DI BAWAH INDUSTRI
  • TAWARAN PEKERJAAN SELEPAS LATIHAN

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang kekosongan yang ditawarkan dan cara membuat permohonan.

Pengenalan

Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) fasa 2 yang telah diumumkan pada bulan Jun 2020, Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan pelaksanaan Program Transformasi Pekerjaan (Work-Pro) sebagai salah satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa TVET Negeri Perak dalam menggiatkan usaha membantu permasalahan kelompok terkesan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka melalui tiga (3) kategori iaitu Latihan Peralihan Tenaga Kerja, Latihan Pengekalan Tenaga Kerja dan Latihan Peningkatan Kemahiran.

RM4.3 juta bagi skim latihan TVET yang dikendalikan oleh Jawatankuasa TVET Negeri Perak dibawah pakej rangsangan ekonomi ke-2, memanfaatkan 1,500 peserta menerusi latihan Reskilling, DualSkills dan pemerkasaan kemahiran sedia ada.

SKIM LATIHAN MODULAR PACUAN INDUSTRI NEGERI PERAK

Skim ini merupakan latihan kemahiran yang dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi latihan kemahiran melalui latihan jangka pendek kepada peserta.

Banyak kursus latihan modular dari pelbagai industri di negeri Perak yang ditawarkan bersama elaun untuk peserta.

Antara kekosongan jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Juruteknik Automotif, (25 Kekosongan) KAMPAR
  • Welder, Blast & Painting Technician, Fitter ( 45 Kekosongan ) , BATU GAJAH
  • Welder Helper ( 20 Kekosongan ), MANJUNG
  • Service Crew ( 10 Kekosongan ), IPOH
  • Penyelia Penyedia Makanan ( 30 Kekosongan ) , IPOH
  • Pembantu Pastry Chef ( 10 Kekosongan ), IPOH
  • Non Destructive Tester, Welding QC & Inspector ( 36 Kekosongan ), BATU GAJAH
  • Machine Technical Operator ( 20 Kekosongan) , PUSING
  • Kitchen Crew ( 10 Kekosongan ), IPOH
  • Kitchen Crew (Chef, Cook, Steward Bartender) (13 Kekosongan), BATU GAJAH
  • CADCAM Draftman, PLC Operator, CNC Operator (17 Kekosongan), BATU GAJAH
  • Service Crew, Front Floor Service Crew (13 Kekosongan), BATU GAJAH
  • Mekanik & Pembantu Mekanik, (9 Kekosongan),SILIBIN

Klik: https://perakpasak.org/skimlatihanmodularpacuanindustri/

program latihan modular industri perak (1)
program latihan modular industri perak (1)
program latihan modular industri perak (1)
program latihan modular industri perak (1)
program latihan modular industri perak (1)
program latihan modular industri perak (1)

Baca juga:

Cara Permohonan Skim Latihan Modular Pacuan Industri Perak

Untuk mendaftar, sila isikan borang di pautan ini: https://perakpasak.org/skimlatihanmodularpacuanindustri/

Maklumat Lanjut

Whatsapp :

(Isnin – Jumaat jam 8.30 pagi – 5.30 petang – Tidak termasuk cuti umum

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!