PELBAGAI PELUANG PEKERJAAN DI BAWAH PROGRAM LATIHAN MODULAR INDUSTRI NEGERI PERAK
Skim Latihan Modular Pacuan Industri Negeri Perak merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Perak untuk membantu pemerkasaan kemahiran TVET di samping menyediakan peluang pekerjaan bagi penduduk negeri Perak.
Secara ringkasnya, antara kelebihan program ini termasuklah:
- ELAUN LATIHAN SEBANYAK RM500 AKAN DIBERIKAN
- PERSIJILAN DI BAWAH INDUSTRI
- TAWARAN PEKERJAAN SELEPAS LATIHAN
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang kekosongan yang ditawarkan dan cara membuat permohonan.
Pengenalan
Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) fasa 2 yang telah diumumkan pada bulan Jun 2020, Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan pelaksanaan Program Transformasi Pekerjaan (Work-Pro) sebagai salah satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa TVET Negeri Perak dalam menggiatkan usaha membantu permasalahan kelompok terkesan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka melalui tiga (3) kategori iaitu Latihan Peralihan Tenaga Kerja, Latihan Pengekalan Tenaga Kerja dan Latihan Peningkatan Kemahiran.
RM4.3 juta bagi skim latihan TVET yang dikendalikan oleh Jawatankuasa TVET Negeri Perak dibawah pakej rangsangan ekonomi ke-2, memanfaatkan 1,500 peserta menerusi latihan Reskilling, DualSkills dan pemerkasaan kemahiran sedia ada.
SKIM LATIHAN MODULAR PACUAN INDUSTRI NEGERI PERAK
Skim ini merupakan latihan kemahiran yang dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi latihan kemahiran melalui latihan jangka pendek kepada peserta.
Banyak kursus latihan modular dari pelbagai industri di negeri Perak yang ditawarkan bersama elaun untuk peserta.
Antara kekosongan jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Juruteknik Automotif, (25 Kekosongan) KAMPAR
- Welder, Blast & Painting Technician, Fitter ( 45 Kekosongan ) , BATU GAJAH
- Welder Helper ( 20 Kekosongan ), MANJUNG
- Service Crew ( 10 Kekosongan ), IPOH
- Penyelia Penyedia Makanan ( 30 Kekosongan ) , IPOH
- Pembantu Pastry Chef ( 10 Kekosongan ), IPOH
- Non Destructive Tester, Welding QC & Inspector ( 36 Kekosongan ), BATU GAJAH
- Machine Technical Operator ( 20 Kekosongan) , PUSING
- Kitchen Crew ( 10 Kekosongan ), IPOH
- Kitchen Crew (Chef, Cook, Steward Bartender) (13 Kekosongan), BATU GAJAH
- CADCAM Draftman, PLC Operator, CNC Operator (17 Kekosongan), BATU GAJAH
- Service Crew, Front Floor Service Crew (13 Kekosongan), BATU GAJAH
- Mekanik & Pembantu Mekanik, (9 Kekosongan),SILIBIN
Klik: https://perakpasak.org/skimlatihanmodularpacuanindustri/
Baca juga:
- Cara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-In
- i-Fitri : Bantuan Dana Hari Raya B40 (RM400) & M40 (RM250)
Cara Permohonan Skim Latihan Modular Pacuan Industri Perak
Untuk mendaftar, sila isikan borang di pautan ini: https://perakpasak.org/skimlatihanmodularpacuanindustri/
Maklumat Lanjut
Whatsapp :
- http://wasap.my/60182974725/ProgramModularPacuanIndustri atau
- http://wasap.my/60194000514/ProgramModularPacuanIndustri
(Isnin – Jumaat jam 8.30 pagi – 5.30 petang – Tidak termasuk cuti umum
- Facebook Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)
- Email: [email protected]: https://perakpasak.org
- Alamat: No. 129 Jalan Raja Musa Mahadi, Desa Perwira, 31350 Ipoh, Perak
- Faks: 05-318 2650
- https://perakpasak.org/