Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) YAWAS 2022

SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR TUNAS 2022 – YAWAS

Untuk makluman semua pendaftaran TUNAS bagi sesi 2022 telah dibuka!

Program subsidi yuran tadika sebanyak RM50.00 sebulan akan diberikan kepada ahli yang layak. 

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini.

Apakah Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) ?

Program ini bertujuan membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran TADIKA anak-anak mereka.

Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak.

Bantuan ini disalurkan terus kepada TADIKA yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN)

skim bantuan tadika tunas selangor

Syarat Permohonan

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah sama ada:
    • Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    • ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    • ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
  3. Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
  4. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
  5. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja
  6. Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja.KLIK SINI UNTUK LIHAT SENARAI

NOTA: Tahukah anda, yuran tadika / taska juga boleh ditolak dalam pelepasan cukai! Rujuk : Senarai Pelepasan Cukai 2021 Untuk e-Filing 2022

Cara Permohonan & Dokumen Yang Diperlukan

Permohonan dibuka secara atas talian melalui pautan berikut: https://tunasv2.yawas.my/admin/mohon_online.php

Sila isikan kad pengenalan dan lampirkan dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan:

  • Cetak Borang Permohonan
  • Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
  • Salinan MyKad Ibu
  • Salinan MyKad Bapa
  • Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat 
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat 
  • Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar
  • Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan
    • Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
    • Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)

Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke emel [email protected] atau alamat berikut : 
Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan 
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel 03-5481 8800

Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.

skim bantuan tadika tunas selangor

Baca juga: Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022

Maklumat Lanjut TUNAS Selangor

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) melalui saluran berikut:

Alamat

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.

03 5481 8800

Isnin Hingga Jumaat 
10pagi – 2petang

Emel Kami

[email protected]

Jangan lepaskan peluang ini, Layari laman sesawang www.tunas.yawas.my untuk memohon.

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan syarikat dibawah seliaan Menteri Besar (PEMERBADANAN). YAWAS telah ditubuhkan pada 05 Februari 2009 dibawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!