SKIM BANTUAN RUMAH LZNK & BIMB (Pembiayaan Peribadi-i Asnaf Zakat) KINI DIBUKA!
Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang Skim Bantuan Rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah & BIMB ini, kami kongsikan cara membuat semakan kelayakan dan permohonan.
Apakah Skim Bantuan Rumah LZNK?
Skim bantuan ini khusus untuk rakyat negeri Kedah yang mempunyai gaji/elaun tetap bulanan antara RM1200 hingga RM1500.
Skim bantuan ini merupakan kerjasama strategik bersama Bank Islam Malaysia Berhad membiayai perumahan asnaf melalui Pembiayaan Peribadi – i (Asnaf Zakat).
Baca juga: BMT 2021: Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA RM600
Syarat Kelayakan Skim Bantuan Rumah LZNK
- Individu beragama Islam,
- Warganegara Malaysia dan bermastautin serta bekerja di Negeri Kedah (sekurangkurangnya (2) dua tahun)
- Setiap pemohon dan pasangan hendaklah bergaji/elaun tetap tidak kurang daripada
RM1,200.00 dan tidak melebihi RM1,500.00 sebulan serta mempunyai Slip Gaji.
(pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00) - Berumur 25 tahun sehingga 40 tahun pada tarikh permohonan dan telah berkahwin.
- Bukan penghutang penghakiman atau muflis.
- Pemohon mempunyai geran tanah sendiri atau mendapat kebenaran daripada tuan
tanah. - Tapak binaan rumah hendaklah selamat didiami dan bukan di kawasan tanah rizab, tepi
sungai, tanah jerlus, atau di kawasan-kawasan yang boleh membahayakan penghuni
rumah. - Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK dan BIMB
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang permohonan ini mestilah diisi menggunakan HURUF BESAR
- Dokumen utama seperti yang dinyatakan perlu disertakan bersama borang permohonan ini
iaitu:- Salinan Kad Pengenalan pemohon (Depan & Belakang).
- Salinan Kad Pengenalan / surat lahir bagi semua tanggungan / surat perakuan bagi anak angkat atau anak tiri.
- Salinan sijil perkahwinan, surat cerai / sijil cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan).
- Salinan slip gaji, penyata pendapatan, surat pengesahan pendapatan dan sebagainya (jika berkenaan)
- Bil Elektrik, Air, Telefon dan Lain-lain bil (jika berkenaan)
- Salinan geran tanah bagi tujuan pembinaan rumah
- Salinan Geran Tanah
- Salinan Geran Tanah atas nama pemohon diutamakan
- Surat perjanjian akuan bersumpah (jika tanah milik orang lain/nyatakan hubungan
pemilik tanah dengan pemohon) - Akuan pemohon/pihak kedua/waris dan saksi-saksi (ditanda-tangani di setiap helaian
bawah surat perjanjian dan ruangan akuan surat tersebut) - Surat kebenaran perjanjian menduduki tanah boleh dipohon di Pejabat Zakat yang berdekatan.
- Gambar Rumah Pemohon
- Gambar keadaan rumah semasa (4x penjeru, dalam-belakang-tepi-depan)
- Gambar tapak rumah
Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohon sahaja akan dipertimbangkan.
Baca juga: Jadual PdPR Selepas Hari Raya Aidilfitri & Cuti Penggal Sekolah KPM 2021
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan : 3 Mei 2021-3 Julai 2021
Muat Turun Borang Permohonan
Dapatkan borang permohonan dengan muat turun di laman web rasmi LZNK www.zakatkedah.com.my
(Muat turun>Borang>Bantuan Rumah Peribadi-i Asnaf)
Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan dan soalan, sila salurkan kepada:
Bahagian Operasi Agihan, Jabatan Agihan & Pembangunan Asnaf
Aras 3, Menara Zakat, Jalan Telok Wan Jah
05200 Alor Setar
No Tel : 04-7331740